From Mahazalim http://mahazalimtwo.tripod.com Baca sebelum pilihanraya kecil Sanggang -Siri 1 Oleh Cicak (yang mana?) Dollah Badawi Bengang,
Raja-raja Melayu Bodoh, UMNO Jahanam. Dollah Badawi ingin
memiliki imej orang agama! Raja-raja Melayu mahu
dicucuk hidung oleh Mahathir. UMNO sudah tiada erti
lagi! Semua media alat
propaganda dan penyebar fitnah kerajaan pimpinan Mahathir
Si Lidah Biawak berkokok pada 19hb Mac 2000. Membawa
cerita Dollah Badawi meminta agensi agama menegur
fatwa-fatwa yang mengelirukan. Maka rakyat pun
bertambah keliru, kerana di negara ini fatwa hanya boleh
dikeluarkan oleh majlis fatwa kerajaan. Jadi fatwa siapa
pula dimaksudkan oleh Dollah ini. Satu dua hari sebelum
ini bossnya Si Lidah Biawak mennegur Raja-raja Melayu
yang tidak berperanan menyatu-padukan orang Islam/Melayu
dalam negara. Suratkhabar juga main
isu peranan Raja-raja Melayu. Soalnya apa dah jadi? Kes Anwar Ibrahim saja
cukup jelas, Mahathir sudah mahu menghancurkan asas
perundangan dan penghakiman Islam. Malah aqidah umat
Islam cuba dirosakkan dengan memaksa orang ramai
mempercayai Persaksian Mahathir. Sedangkan
peranan saksi dan pembuktian Islam cukup sempurna. Allah
lebih mengetahui bukannya Mahathir atau Dollah Badawi.
Kalau mereka masih yakin yang mereka lebih mengetahui,
hanya doa kita supaya Allah melaknati mereka kerana
mereka cuba berperanan seperti Tuhan. Mereka bukan Tuhan
sebaliknya Taghut! Selepas Mahathir Si
Lidah Biawak menghina Raja-raja Melayu dalam krisis
perlembagaan suatu ketika dahulu, kini dia cuba mendesak
mereka supaya berperanan agar Raja-raja Melayu
menggunakan pengaruh mereka menyatukan semula orang
Melayu untuk menyokong BN. Mahathir sebenarnya
gagal mendapatkan sokongan orang Melayu. Jadi untuk
menutupi kegagalannya maka dipindahkan sebahagian
tanggungjawabnya kepada Raja-raja Melayu. Rakyat yakin Raja-raja
Melayu hari ini tidak sebodoh mana yang sering
diperkatakan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Sultan
Pahang memang mudah dicucuk hidung oleh Mahathir kerana
sentiasa diumpan dengan balak dan perniagaan. Tahun
1987/8 dahulu Mahathir tolong jelaskan hutang judi di
casino London lebih kurang empat juta (Ringgit atau Pound
Sterling, maaf terlupa - kalau pun Ringgit, itu pun
banyak). Persoalannya duit siapa. Kerja haram oleh
seorang ketua agama Islam ini amat mengejikan. Mahathir
keji, Sultan Haji Ahmad Shah lagi keji! Pembaca tahukah
pasport ketua Islam ini juga dirampas (impounded) oleh
casino tersebut. Maka kami tahu - Mahathir kasi tahu.
Lepas itu kami selidik. Betul 100% beb! Raja-raja Meayu lain dah
serik dengan peel Mahathir Si Lidah Biawak.
Takkanlah pula setelah sekali dihina oleh Mahathir,
Raja-raja Melayu akan ikut masuk ke lubang biawak sekali
lagi!!! Di temasya F1 tahun lepas Raja-raja termasuk
Agong dikurung dalam bilik kaca (kononnya tidak mahu
mencemar Duli (ke guli? Itu pun kalau masih ada lagi!)).
Hero F1 Malaysia ke suluruh dunia ialah Mahathir!! Ada
maruahlah sikit kalau pun tiada martabat lagi. Orang ramai sedang
bicara apakah UMNO dan Raja-raja masih relevan??? Tetapi nampaknya UMNO tidak boleh diharapkan kerana hidup dalam ketakutan ancaman Mahathir dan kuncu-kuncunya. Nampaknya UMNO masih mahu menanggung biawak hidup. Jadi akhirnya Rakyat juga yang mesti mengambil tanggungjawab untuk menyingkirkan Mahatir dan seluruh kuncu-kuncunya dalam pilihanraya akan datang! |