From Mahazalim http://mahazalimtwo.tripod.com

Baca sebelum pilihanraya kecil Sanggang - Siri 3

Oleh Cicak (yang mana?)

Mahathir buat onar lagi?

Ku Li baru sahaja menerima satu pencalonan untuk Presiden UMNO dan satu lagi untuk Timbalan Presiden. Muka Mahathir sudah seperti orang Kedah sebut muka haram jadah!!!

Tak tahulah apa yang akan terjadi dengan Hashim Safin. “You’ll be condemned to politically a dead wood” atau “will suffer a physical death”.

Bila Mahathir diam berikutan isu Rahim Noor mengaku salah dalam kes mencederakan Anwar Ibrahim dan dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM2000 oleh keadilan mahkamah yang tidak boleh lagi dipercayai, maka orang-orang yang mengenali Mahathir akan ketawa kerana gerenti hukuman yang dijatuhkan itu tentunya hasil kelicikan Mahathir.

Rakyat tidak akan lupa bila buat pertama kali setelah “Internet” memecahkan berita tentang Anwar diseksa semasa ditahan polis. Mahathirlah makhluk pertama yang cuba sembunyikan cerita dengan mengatakan bahawa Anwar telah mencederakan diri sendiri. Tujuan Mahathir selain ingin menyembunyikan kejahatan diri, juga ingin mempengaruhi rakyat bahawa Anwar ialah manusia yang sangat buruk dan tak boleh dipercayai.

Sekarang apa sudah jadi. Tuhan lebih berkuasa. Rencana jahat Mahathir akhirnya terbongkar. Kenapa mahkamah dan peguam negara tidak mahu atau berani mengadili Mahathir dan kuncu-kuncunya? Kan jelas Mahathir berbohong dan pendusta No.1!! Jelas sekali manusia paling jahat dan sewenang-wenang menabur fitnah dalam negara ialah Mahathir Mohamad. Anwar Ibrahim atau pendukungnya patut ambil tindakan terhadap fitnah Mahathir tetapi sayang, dalam negara Malaysia serba boleh ini, hanya keadilan dan undang-undang Mahathir dan kuncu-kuncunya sahaja yang berlaku.

Dari awal lagi sejak peristiwa Mahathir berkonspirasi dengan kuncu-kuncunya untuk menyingkirkan Anwar Ibrahim secara paling jahat kotor, tidak bermoral, telah menyebarkan fitnah yang belum pernah digunakan oleh mana tokoh politik sebelum ini. Ini semua dilakukan kerana Mahathir telah merasakan kedudukan politiknya sudah mula dicabar yang juga bermakna seluruh kepentingan diri, keluarga dan kekayaan yang dikaut semasa memerintah akan hancur. Tambahan pula Mahathir sedar bahawa kejahatan dan jenayah yang selama ini disembunyi di celah-celah kuasa yang dipegang akan terbongkar dan rakyat akan mengadili dirinya.

Yang anehnya, tokoh-tokoh politik kerajaan yang memerintah sibuk ke hulu ke hilir bising dan berang bercakap pasal perlunya memberhentikan fitnah sambil jari menuding ke arah parti pembangkang. Padahal raja penabur fitnah nombor satu ialah Mahathir diikuti oleh kuncu-kuncunya, Daim, Dollah Badawi, Aziz Samsuddin, Rafidah, Ibrahim Ali, Ali Rostam, Azmi Khalid, Mahathir Khir, Tg. (tipu) Adnan dan ramai lagi yang sudah hilang akhlak Islam.

Memang benar kekalahan BN di banyak kawasan pilihanraya baik kerusi atau majoriti adalah disebabkan fitnah, seperti yang dilaporkan oleh UMNO. Tetapi bukan fitnah oleh Barisan Alternatif. Sebaliknya adalah disebabkan oleh fitnah Mahathir dan kuncu-kuncunya. Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui!!

Mahathir mula sedar yang dirinya dibenci oleh rakyat. Beliau tidak mungkin terus memerintah. Rata-rata rakyat muak dan rasa muntah bila muka Mahathir atau namanya dipaparkan atau disebutkan. Untuk menutupi hakikat ini Mahathir memberi alasan urusan negara tidak akan beres kerana rakyat berpecah-belah, terutama bangsa Melayu lalu seperti biasa jarinya dituding ke arah pembangkang. Akuilah saja yang diri sudah tidak layak memerintah.

Tidak hairan, Mahathir pada Hari Raya Korban tahun ini mengingatkan peranan Raja-raja Melayu yang menjadi lambang bangsa dan agama Islam perlu memainkan peranan dan tanggungjawab untuk menyatu-padukan orang Melayu Islam. Sekali lagi Mahathir cuba memperbodohkan rakyat dan Raja-raja Melayu.

Rakyat dan Raja-raja Melayu kan masih sedar malah peristiwa Mahathir hina raja-raja Melayu dan orang Melayu masih segar dalam fikiran! Mahathirlah mahkluk perosak yang menyempitkan pengaruh dan kuasa raja-raja. Mahathirlah yang telah merosak perlembagaan negara. Semua yang telah Mahathir lakukan sepanjang berkuasa sejak 1981 adalah untuk menjadikan dirinya maharaja. Dalam negara, lihatlah mahligainya di Putra Jaya jelas tidak berbanding dengan Istana Negara! Tongkahlakunya saja jelas mencabar sendi-sendi Keislaman dalam Negara. Tidak hairan jika ada yang menggelarnya maha zalim, maha firaun, puki mak dia, kepala taik dsbnya- memag selayaknya!!

Lihat sajalah betapa takut dan tunduk sujud pemimpin-pemimpin semua peringkat dalam UMNO kepada Mahathir. Takut hilang kedudukan, rezeki dan sebagainya. Dimana roh tauhid di kalangan orang UMNO. Mahathir sudah sombong, riak, takabur, hanya belum lagi mengaku secara terbuka sebagai Tuhan. Kalau di kalangan kuncu-kuncunya beliau sering menuturkan bahawa beliau maha mengetahui dengan apa yang dilakukan, tuduh orang berzina, liwat tanpa saksi pun tak apa kerana beliau maha mengetahui. Bagi Mahathir zina, arak, judi tak apa, boleh memerintah negara. Yang tak boleh ialah liwat. Ini pun liwat yang beliau tuduh, yang orang lain tuduh tak apa! Kalau ini tulisan juga dikatakan fitnah, tanyalah kebenaran dari Ustaz Datuk Dr. Hamid Othman. (Berdosa besar dia kalau dinafikan, kerana Dr. Hamid berada dalam majlis kesombongan Mahathir).

Sedarlah manusia yang masih takutkan Allah dalam UMNO. Tak Usah bermuslihat sebagai taktik atau strategi dalam urusan kemaslahatan ummah islamiah, kalau terang-terang Mahathir adalah pendusta agama, zalim, takabur, jahil murakaf dan mahluk perosak agama, bangsa dan negara. Berhentilah dari tunduk dan patuh kepadanya. Sebaliknya manusia jenis yang mendekati nafsu iblis dan haiwan ini perlu dihalang dari terus berkuasa. Begitulah juga janagan dibiarkan kuncu-kuncunya bermaharajalela.

Satu dua hari kebelakangan ini, Mahathir berleter mengenai ada eksekutif Bank yang bocor rahsia kerajaan dan pelanggan. Seperti biasa amaran dikeluarkan supaya orang ramai sentiasa ingat yang beliau mesti ditakuti.

Seperti biasa juga nada akan mengajak rakyat mengamalkan etika yang betul memelihara rahsia pelanggan dan sebagainya. Jika tidak tindakan keras akan diambil. Orang ramai terpinga-pinga bertanya ini isu apa pula?

Dah tentulah sesuatu yang kena batang hidung penipu yang tak boleh dipercayai seperti Mahathir dan kaum kerabatnya. ( Orang tua-tua dahulu pesan kalau muka yang hidung ‘conspicuous’ macam dimiliki Mahathir jangan dipercayai )

Pantang Mahathir ialah orang mengetahui rahsianya dan mengetahui perjalanan rencananya. Mahathir mesti tahu bahawa hari ini sudah ada golongan yang tidak gentar dengan keangkuhannya mahapun seluruh tentera kezalimannya. Sudah ada rakyat kerdil yang sanggup berkongsi rahsia kejahatan, kemungkaran, kemaksiatan, jenayah yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya beserta semua alat dan jenteranya.

Sudah ada anggota kerabatnya yang mula bercerita siapa Mahathir dari sudut mata apa yang berlaku dalam keluarga besar Mahathir, bagaimana Siti Hasmah kaut harta dan gunakan firma akauntan ‘tertentu’ untuk urus kekayaan keluarga dalam negara dan luar negara, bagaimana cara komisyen dari setiap projek diperolehi, bagaimana kurang senangnya Siti Hasmah jika kaum kerabat sebelah Mahathir nak ikut serta kaut harta, bagaimana anak-anak (kononnya berhak jadi kaya kerana ada kelulusan - poorah!!!) Kaut harta melalui komisyen projek-projek besar atas nama syarikat yang tersenarai di KLSE.

Sudah ada pegawai-pegawai dari jabatan peguam negara yang mulai mencerita episod-episod panggilan dan komunikasi peguam negara si Mokhtar bodoh sombong yang dengan mudah dicucuk hidung dan ditiup jampi serampah untuk menjadi hamba abdi Mahathir, Daim , Dollah dan Aziz. Bagaimana anak pajak dan beberapa pegawai dan pendakwa di ‘take care’ oleh ‘ big brother’ dari segi peluang, karier masa depan, kekayaan dan entertainment esklusif. Sikit hari lagi akan ada gambar-gambar dan nama-nama taiko yang terlibat dengan mereka. Semuanya ada hubungan dengan kepentingan Mahathir, Daim dan Aziz Samsuddin.

Rakyat perlu tahu semua ini supaya mengenali lebih dekat siapa Mahathir, Daim, Dollah dan Aziz sebenarnya dalam merosak seluruh sendi-sendi agama, bangsa dan negara!!

Rakyat dimomok dengan segala macam ketakutan ancaman dari luar sehingga kita terlupa sebenar-benar musuh agama, bangsa dan negara ada didalam iaitu pemimpin negara sendiri!