From Mahazalim http://mahazalimtwo.tripod.com Baca sebelum pilihanraya kecil Sanggang - Siri 4 Oleh Cicak (yang mana?) Dunia mesti tahu hanya
samseng boleh membendong kemaraan suara Islam. Hari penamaan calon
pilihanraya kecil Sanggang Pahang mencatat sejarah yang
dinanti-nantikan! Kalau Ibrahim Ali cuba
menjadi kepala samseng sebelum pilihanraya umum untuk
menentang pembangkang (rakyat) terutama sekali parti
Islam tetapi dengan mudah diterajang ke tepi oleh rakyat,
kini binatang politik lain yang namanya Adnan Yaakob pula
semasa penamaan calon Sanggang mencuba nasib untuk
membuktikan bahawa hanya cara samseng saja boleh melawan
kemaraan Islam. Ibrahin Ali dulunya
dilantik menjadi Timbalan Menteri, Adnan pula dilantik
menjadi Menteri Besar. Sebelum ini pencubaan menentang
Islam dibuat melalui kepala samseng seperti Sanusi Junid,
Megat Junid dan Hussein Serama. Nampaknya percubaan
terdahulu gagal. Rejim Mahathir, Daim dan
Dollah Badawi nampak jelas sekali menggunakan budaya
samseng untuk melawan penentang terutama sekali dari
kemaraan Islam. UMNO hari ini dipimpin
oleh kebanyakan kepala samseng dan bertindak seperti
mafia dan Firaun. Mereka mahu orang ramai tunduk kepada
mereka dalam ketakutan. Bayangkan macam mana seorang
Menteri Besar bertindak di khalayak ramai dengan kelakuan
kurang ajar, tak senonoh, biadap dan tidak berakhlak
(patutlah gagal belajar di UIA. Dengar khabar Anwar
Ibrahim yang tolong masuk ke UIA). Nasib baik ada teknologi
canggih seperti Internet. Dapatlah rakyat mengetahui
perangai pemimpin-pemimpin UMNO. Jika diharapkan
pemerintahan zalim, diktator Mahathir (bapak kepada
kepala-kepala samseng) maka tidak akan ada berita yang
akan diketahui rakyat. Yang menggelikan hati Dollah
Badawi kepala penjilat Mahathir cepat-cepat mahu membela
tingkahlaku kurang ajar Adnan (nama saja anak ulamak).
Katanya Adnan bertindak sebagai respon kepada
penyokong-penyokong pembangkang (Adnan diprovokasi). Jadi
jelaslah respon Adnan terhadap laungan AllahuAkbar adalah
melalui isyarat kotor, tak berakhlak (lihat gambar dalam
Internet
.). Jelas jugalah status Adnan bukan
Menteri Besar kepada rakyat Pahang. Sebaliknya Adnan
hanya Menteri Besar kepada penyokong BN. Sekali lagi Dollah
membebel negara ini ada demokrasi kerana itu gamabar
tingkah laku Adnan ada dalam Internet. Dollah ingat
rakyat bodoh! Internet bukan milik kerajaan atau UMNO
atau mak bapak dia punya. Internet digerakkan melalui
enjin antarabangsa. Kalau NST, BH, Utusan, TV3, TV1, TV2
memang betul milik kerajaan dan UMNO. Tapi jangan diharap
kebebasan akhbar dan bersuara dibenarkan. Sebab itu,
berita-berita seperti keburukkan Adnan, Rahim Nor,
Mahathir, Dollah, Ibrahim Ali, Aziz Samsuddin, Daim
terpaksa dikeluarkan melalui Internet. Jika UMNO kalah dalam pilihanraya ini Mahathir terpaksalah mencincang Adnan dan terpaksa pula mencari kepala samseng lain untuk berhadapan dengan kemaraan suara Islam. |