From Mahazalim http://mahazalimtwo.tripod.com

Baca sebelum pilihanraya kecil Sanggang - Siri 5

Oleh Cicak (yang mana?)

Sanggang Oh Sanggang

Rupa-rupanya peristiwa kelakuan bodoh, kurang ajar, dan rendah akhlak Adnan mencelik mata Rakyat bahawa melalui Internet mereka akan mendapati berita alternatif yang benar, berwibawa dan adil. Tidak seperti budaya samseng yang serupa Adnan yang diamalkan oleh TV3, TV1&2, Utusan, Berita Harian.

Peristiwa ini juga mencelik mata rakyat, bahawa berita dalam bentuk audio-visual (pandang-dengar) serupa seperti televisyen boleh didapati melalui Internet. Paling menyenangkan berita ini tak boleh dikawal oleh kerajaan BN.

Tokoh-tokoh UMNO yang berada bersama Adnan terperanjat besar bila melihat betapa hebatnya Adnan seperti kera sumbang dan berok Mak Yeh!

Sebelum pilihanraya umum 1999, rakyat Pahang terkejut bila Mahathir, Daim, Dollah dan Sultan Pahang berkonspirasi melantik Adnan si samseng bodoh ini menjadi MB Pahang. Tetapi rakyat tak boleh buat apa-apa sehinggalah pilihanraya umum yang lalu, rakyat memalukan BN. Jadi inilah peluang sekali lagi rakyat boleh beri isyarat kepada dunia bahawa makhluk seperti Adnan memang tak layak jadi MB. Yang juga bermakna, Mahathir, Daim, Dollah dan Sultan Pahang jangan sewenang-wenang buli rakyat.