From Mindarakyat http://mindarakyat.tripod.com BERHATI-HATILAH PETUGAS BA Oleh Dahlia Sehingga petang ini,
kedudukan calon PAS nampaknya mengatasi BN. Syukur
Alhamdulillah. Nampaknya orang UMNO yang turun ramai
bukanlah nak menolong sangat, tapi lebih kepada tunjuk
muka dan mencari peluang berkempen untuk Majlis Tertinggi
UMNO kerana ramainya perwakilan yang datang. Tetapi harus diingat
kepada semua petugas BA, jangan silap langkah kerana
Adanan Yaakub yang agak desperate sekarang akan sanggup
buat apa saja kepada penyokong BA, sekalipun secara
brutal. Ingat, jangan buat silap dan jangan memulakan
pertengkaran. Kalau mereka mulakan, biarkan saja, anggap
itu sebagai satu provocation yang sempit dan bodoh. 1. Memberikan tawaran
dan "hadiah" kepada penduduk Sanggang secara
tidak waras lagi. 2. Menjanjikan
peruntukan tanah kepada kaum Cina 3. Membina sekolah
(telahpun disiarkan oleh Media malam tadi) - peruntukan
sebanyak RM50 juta. 4. Membina jalan raya
yang diturap sehingga ke depan rumah orang tertentu yang
dianggap key-person PAS/BA di Sanggang. 5. Menjanjikan
tiket/pembiayaan Haji percuma kepada golongan tua/dan
golongan tertentu. 6. Pemberian biasiswa
menerusi Yayasan Pahang Utk makluman netters
semua, para petugas BA/PAS di Sanggang sungguh
memberangsangkan, mereka bertugas tanpa kira lelah dan
penat tanpa upah. Malah mereka menggunakan duit sendiri
untuk bergerak dan membantu pusat BA di sana. Syabas dan
tahniah! Satu lagi makluman yang
saya hendak sampaikan ialah tentang kemarahan orang-orang
UMNO terhadap perangai dan sikap Adnan Yaakub kini
meluap-luap di Pahang. Hanya mereka yang sama perangai
dengan Adnan Yaakub saja yang akan terus menyokong
tindakan lucah si Adnan. |