From Harakahdaily http://harakahdaily.com Pemuda BA Kesal Sikap Adnan Pemuda
Barisan Altenatif melahirkan kekesalan diatas sikap tidak
senonoh Menteri Besar Pahang, Dato Seri Adnan
Yaakob yang menunjukkan isyarat lucah pada hari penamaan
calon, Selasa lalu. Berikutan
itu, mereka telah membuat satu lapuran polis di Balai
Polis Temerloh, petang Khamis lalu. Aduan telah dibuat
oleh Ketua Pemuda KeAdilan Pahang, Saudara Zakaria Abdul
Hamid. Turut mengiringi beliau, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Takiyuddin Hassan, Ahli Majlis Tertinggi Parti KeAdilan, Goballakrisnan, Ketua KeAdilan Maran, Mohd Nizam Abdul Hamid serta penyokong altenatif. Menurut jurucakap, Adnan boleh didakwa dibawah akta Kesalahan Kecil 1955 (act 336) sek14. |