From Harakahdaily http://harakahdaily.com Komitmen DAP jelas semasa penamaan calon DAP
memperlihatkan komitmen mereka terhadap Barisan
Alternatif sekaligus menghancurkan impian berbagai pihak
yang ingin melihat pakatan Barisan Alternatif hancur. Komitmen
pakatan BA jelas apabila pemimpin tertinggi DAP, Encik
Lim Kit Siang hadir mengiringi calon PAS dalam pilihan
raya kecil Dewan Undangan Negeri Sanggang baru-baru ini.
Selain Lim, pengerusi DAP Pahang, Encik Lee Tuck Chee,
Adun Triang, Leong Ngah Ngah, Bekas calon DAP Parlimen
Raub Ng Kwi Ling, bekas calon DAP Mentakap, Leong Mee
Meng turut hadir. Ini
merupakan era baru gagasan BA selepas pilihan raya umum
ke sepuluh yang menyaksikan kebangkitan PAS sebagai kuasa
politik Melayu/Islam yang berupaya menjadi alternatif
kepada Umno sebagai peneraju negara pada masa depan. En
Kok Kim Wan 46, dari Bukit Bintang berkata beliau datang
adalah untuk menyatakan hasrat rakyat mahukan perubahan. Katanya, kemenangan PAS dalam pilihan raya ini akan mengembirakan seluruh penyokong DAP bukan penyokong PAS sahaja. Kok yang membawa bendera DAP turut berbangga kerana memberikan sokongan kepada BA. Rakannya, Leong Sim Po 32 yang turut membawa bendera DAP merasa gembira melihat ramainya penyokong BA dari PAS, Keadilan dan PRM. |