From PRM http://prm.tsx.org LIONG SIK BAIK BERUNDUR + ADNAN TOLAK MUZAKARAH Oleh Cili Api LIONG SIK BAIK BERUNDUR Menteri Pengangkutan Datuk Ling Liong Sik menyeru supaya perkhidmatan di KLIA dipertingkatkan. Cili Api tidak boleh kira entah berapa kali dia membuat seruan yang sama selama entah berapa belas tahun menjadi menteri. Apabila
seruan yang sama terpaksa diulang-ulang berertilah
perkhidmatan tidak bertambah baik. Jikalau begitulah,
lebih baik Liong Sik berundur sajalah. Sekarang
lapangan terbang Subang diganti dengan KLIA. Jauh lebih
hebat, lebih canggih dan lebih membazir. Tetapi,
mula-mula dulu heboh khabar mengenai tikus - besar-besar
pula - yang banyak berkeliaran di sana. Kemudian
baru-baru ini, keluar pula berita sebuah kotak
mengandungi ular yang hendak dibawa dari sebuah negeri ke
negeri lain terburai. Berpuluh ular Di kebanyakan lapangan terbang, barang sudah menunggu apabila penunpang tiba saja di tempat mengambil bagasi. Cili Api banyak kali mendengar pemain golf merungut kerana mereka diberitahu alat main golf mereka akan sampai di satu tempat, tetapi selepas lama menunggu, diberitahu pula terpaksa pergi ke lain tempat. Tidak efisien seperti lapangan terbang lain, kata mereka Ada pihak yang lebih tidak bernasib baik. Mereka terpaksa lebih daripda menunggu. Dalam dua tahun yang lalu, barang import dan eksport benilai lebih daripada RM14 juta telah lesap. Adakah sudah dikerit tikus atau ditelan ular? Cili Api memang kurang enak mendengar rungutan, aduan dan seruan tentang perkhidmatan kurang baik di lapangan terbang ini. Yang Cili Api rasa lebih tak enak ialah, mengapakah pelu dibazirkan begitu banyak wang rakyat untuk membina gajah-gajah putih seperti KLIA? Bolehkah Liong Sik beritahu berapa kerugian yang harus ditanggung rakyat setiap tahun? ADNAN TOLAK MUZAKARAH? Mula-mula selepas Majlis Raja-Raja beberapa hari lalu, Sultan Pahang selaku pengerusi membuat pengumuman bahawa tugas menyatukan umat bukan tugas raja-raja saja. Ia tugas bersama semua golongan rakyat, termasuk orang politik dan ulamak. Ini satu tamparan kepada desakan PM Cek Dek dan Menteri Rais supaya raja-raja bertindak tegas. Sehari selepas itu Cek membuat kenyataan bahawa beliau membuat penjelasan kepada raja-raja tentang apakah punca yang menyebabkan perpecahan di kalangan umat. Katanya raja-raja telah bersetuju hendak ambil tindakan. Tetapi dia tidak pasti apakah bentuk tindakan itu. Nyata sekali Cek Det tidak puas hati dengan kenyataan Sultan Pahang. Nada cakap dan iras muka menunjukkan Cek Det semacam murka kepada raja-raja yang menderhaka kepadanya. Hari
berikutnya, Sultan Pahang mengumumkan beliau akan
menganjurkan muzakarah di kalangan semua pihak, terutama
para ulamak di negeri Pahang. Cili Api memang sudah lama
menyokong muzakarah itu. Yang tidak mahu bermuzakarah
ialah Cek Det, pemimpin-pemimimpin dan ulamak-ulamak
upahan kerajaan. Hari ini
dilaporkan pula Datuk Adnan, MB Pahang, sebagai berkata
bahawa muzakarah tidak boleh diadakan melainkan PAS
berubah sikap. Berubah sikap Cili Api rasa yang patut berubah sikap ialah Adnan yang lucah itu. Sepatutnya bertaubat nasuha. Jikalau tidak hendak atau takut hendak bermuzakarah, janganlah memberi berbagai-bagai helah pula. |