From Sanggang By Election Page PILIHANRAYA KECIL SANGGANG: PENGUNDI CINA PENENTU MASA DEPAN NEGARA KENYATAAN MEDIA MALAYSIAN CHINESE STUDENTS ASSOCIATION (MACSA) UNITED KINGDOM & EIRE Malaysian
Chinese Students Association (MACSA) yang mewakili
penuntut-penuntut Cina Malaysia di United Kingdom
dan Ireland ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru
kepada semua pengundi-pengundi Cina di Dewan Undangan
Negeri Sanggang supaya bertindak bijak dengan
melakukan perubahan pada pilihanraya kecil ini dengan
memberikan undi kepada calon Pas iaitu Dato Hishamuddin
Yahaya dari Barisan Alternatif. Pendirian dan seruan kami ini adalah bersandarkan kepada perkembangan-perkembangan yang berlaku akhir-akhir ini terutamanya pada ketika hari penamaan calon tempohari. Perbuatan dan tingkah laku biadap yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Pahang iaitu Dato Seri Adnan Yaakob sudah cukup untuk kita menolak kepimpinan Barisan Nasional di negeri Pahang ini. Aksi dan isyarat lucah itu bukan sahaja menggambarkan betapa rendahnya akhlak dan sikap pemimpin-pemimpin UMNO bahkan mendedahkan lagi betapa rosaknya akal fikiran mereka. Memberikan undi kepada Barisan Nasional adalah sama seperti kita memberikan mereka kebebasan melakukan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral yang telah pun berleluasa di negeri Pahang ini. Kami merasa
amat bimbang perbuatan tidak senonoh Dato Seri Adnan itu
akan menjadi ikutan anak-anak muda dan generasi kita
yang akan datang. Kaum Cina amat dikenali sebagai suatu
kaum yang sangat berakhlak dan tinggi budi pekerti. Kita
harus bersama-sama mempertahankan kedudukan ini
sebagaimana nenek moyang kita menjaga dan memelihara kita
semua. Kami sekali
lagi menyeru dan merayu kepada semua kaum kerabat kami
pengundi-pengundi Cina di Sanggang agar jangan
menghampakan harapan kami. Masa depan kami bergantung
kepada kebijaksaan anda semua. Berikanlah undi anda
kepada calon Pas dari Barisan Alternatif demi untuk
menyelamatkan masa depan generasi muda kita yang
akan datang. GAN SIEW
LIM |