From Mahazalim http://mahazalimtwo.tripod.com MENTERI BESAR PAHANG TERSALAH JAWATAN Oleh Syed Adam Telatah Dato Adnan Yaakob pada hari penamaan calon DUN Sanggang semalam di Dewan Tun Razak, Temerloh tidak ubah seperti clown. Bayangkan seorang Menteri Besar di hadapan ribuan rakyat jelata menunjukkan isayarat lucah, menonggeng ponggong, bersorak melalut dan mencarut . Sasarannya ialah penyokong-penyokong BA. Gelagat beliau sempat dirakamkan pada rakaman video seorang jurugambar amatur. Di mana sebenarnya akhlak beliau sebagai pemimpin yang juga seorang anggota dalam Majlis Agama Islam Negeri. Tentu sahaja Tengku Mahkota sebagai pengerusi Majlis Agama boleh menegur Dato Adnan. Tidak hairanlah gelagat
jijik itu hadir pada peribadi seorang Menteri Besar bila
memikirkan beliau sanggup mengarahkan Dato Setiausaha
Kerajaan Negeri supaya mengeluarkan surat pekeliling
kepada para Kadi agar membatalkan semua kelas pengajian
agama di mesjid-mesjid seluruh negeri Pahang. Hal ini
lantaran bimbang pengaruh PAS yang semakin meluas.
Seringkali pengaruh PAS dikaitkan dengan kelas-kelas
pengajian di mesjid-mesjid. Langkah mudah ialah membunuh
kelas agama dengan harapan rakyat akan jauh dari pengaruh
PAS. Yang Dato Adnan tidak pernah terfikir ialah tindakan
ini sekadar mengundang kemarahan rakyat. Dato Adnan adalah simbol
dan lambang pemimpin yang bertuankan nafsu. Tindak
tanduk, gelagat dan telatah beliau seolah-seolah tidak
takutkan Tuhan. Benarlah beliau sudah tersalah jawatan.
Bukan Ketua Kerajaan Negeri sepatutnya tempat beliau
tetapi KETUA SAMSENG yang lebih sesuai. |