From Mahazalim http://mahazalimtwo.tripod.com Sanggang oh Sanggang Assalamualaikum... Salam buat semua.
Beberapa hari saja lagi, DUN Sanggang bakal memilih wakil
rakyat mereka. Seperti yang telah kita ketahui, Barisan
Alternatif telah meletakkan calon yang cukup dikenali
umum. Dato` Hishamuddin yang juka selaku Pengarah Urusan
akhbar rasmi Parti PAS iaitu Harakah. Beliau dikatakan
merupakan calon yang cukup sesuai dengan kehendak
masyarakat sekeliling. Manakala di kalangan parti pemerintah pula, katanya meletakkan seorang yang dari kelompok yang memiliki pengetahuan agama dalam parti tersebut? Kebenarannya...siapa tahu ? Kerana pada masa ini, untuk mencari sesaorang yang berilmu tidaklah susah sangat. Cuma yang beramal dengan apa yang dimiliki itu jualah persoalan yang paling besar sekali ? Tidakkah kita yakin begitu ? Atau adakah yang terlebih elok lagi selain dari agama ? Berkemungkinan besar
jika calon dari parti pemerintah ini yang berjaya, maka
dia akan dikurniakan dengan suatu tugasan yang cukup
sekular...iaitu dengan memisahkan agama dengan
politik.Rasanya tidak pelik jika ianya berlaku.Maklumlah
kerna katanya calon dari parti pemerintah itu
berpendidikan agama lagi. Siapa sangka, kerana berbagai
kemungkinan bakal berlaku di dunia akhir zaman ini. Yang
tak di jangka mahupun yang telah di jangka. Para pengundi di
Parlimen Mentakab Dun Sanggang akan melaksanakan
kewajipan mereka pada April terdekat ini. Kita yakin
dengan pertolongan ALLAH , dengan limpah kurnia-Nya,
Barisan Alternatif bakal mendapat kemenangan. Apa yang
perlu ditekankan disini, para pemancing undi, peraih
undi, penceramah...mereka janganlah berbicara sesuatu
yang boleh menyinggung perasaan orang kebanyakan. Jangan
sekali-kali memperkatakan sesuatu yang boleh menjejaskan
hubungan silaturrahim antaranya berkata buruk terhadap
calon lawan. Biarkan mereka dengan cara mereka. Kerna
kita sebagai akhinya sewajarnya memperingatkan mereka,
taufiq mahupun hidayah itu nyata bukan urusan kita. Cubalah dengan hikmah. Jangan sesedikitpun dihinggapi perasaan hasad mahupun buruk sangka. nescaya kita bakal mendapat perlindungan ALLAH. Sama-samalah kita berusaha, sesungguhnya ALLAH RABBUL JALIL tidak pernah memungkiri janjinya. |