From PRM http://prm.tsx.org

Petarungan Di Sanggang Hebat

Penamaan calon di Sanggang semalam menarik dari dua segi. Pertama, rombongan yang mengiring calon PAS khabarnya empat kali ganda lebih besar daripada rombongan yang menghantar calon BN.

Kedua, rombongan alternatif itu terdiri daripada para pemimpin, anggota serta penyokong semua parti dalam BA - PAS, keADILan, DAP dan PRM.Kalau ada orang mengatakan kerjasama parti-parti dalam BA sudah tamat, sorrylah.

Sebenarnya kerjasama itu semakin mantap. Ini ternyata di Sanggang semalam.
Selepas ini semua parti akan berusaha bersama PAS untuk memastikan kemenangan bagi calonnya.Untuk menang memang tidak mudah. BN akan menggunakan segala kekuatan organisasi, sumber kekayaan dan taktik kotor (menipu, mengugut serta membeli pengundi) untuk menewaskan calon PAS. Tetapi siapa tahu?

Undi bukan-Melayu, kira-kira 34 peratus Cina dan 5 peratus India akan jadi penentu. Boleh jadi mereka ini tidak begitu keberatan mengundi pembangkang kali ini. Sebabnya? Pilihanraya kecil tidak melibatkan penentuan siapakah akan memerintah.Cili Api harap pengundi di Sanggang tidak akan membenarkan diri mereka tertipu sekalilagi.

Buatlah perubahan.