From Mahazalim http://pemantau.tripod.com SANGGANG : RAKYAT BIJAK MEMILIH .. Oleh ALI ALLAH DITTA Pada 1 April ini pengundi-pengundi Sanggang akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil pertama dalam abad baru ini selepas pemilu 1999. Barisan Nasional(BN) akan berusaha sedaya-upaya untuk mempertahankan kerusi ini. Barisan Alternatif(BA) yang diwakili oleh PAS akan cuba merampas kerusi DUN untuk menambahkan ADUNnya dalam Dewan Undangan Negeri Pahang(DUN). Dalam pemilu 1999 BN hanya menang dengan majoriti 1038 undi. Walaupun majoriti pengundi di kawasan ini adalah terdiri daripada orang-orang Melayu,adakah kemenangan calon BN kerana sokongan orang-orang Melayu? Ramai berpendapat kemenangan BN adalah kerana undi orang bukan Melayu,tetapi Mahathir bermati-matian mengatakan bahawa orang-orang Melayu masih menyokong UMNO. Bagi memastikan kemenangan calon BN,Mahathir akan berusaha sedaya upaya menjajikan berbagai program pembangunan dan kemajuan bagi penduduk Sanggang. Sejauh manakah BN yang selama ini menguasai Sanggang dalam setiap pilihanraya telah membawa pembangunan kepada penduduk Sanggang ? Kalau ada pembangunan,pembangunan itu adalah program pembangunan yang menyeluruh untuk negeri Pahang khasnya. Sanggang hanyalah merupakan kawasan luar bandar yang kecil dan Mahathir tidak akan pedulikannya sama ada BN menang atau kalah. Kalau BN tewas Sanggang akan diberi tumpuan pembangunan secukup-cukupnya bagi memastikan BN merampasnya kembali kelak. BN sudah menggunakan tatik-tatik kotor dengan menjajikan berbagai macam pembangunan dan mencurahkan jutaan wang ringgit untuk menawan hati rakyat. Pengundi-pengundi disoggokkan dengan wang ringgit,kain dan baja. Jalanraya menuju ke kampung ditar dan setiap insan yang miskin diberi bantuan secukupnya. Terima saja apa yang orang-orang UMNO atau BN bagi. Bila lagi hendak rasa barang-barang percuma daripada orang yang tidak pernah saudara saudari kenali,yang muncul secara tiba-tiba di hadapan rumah saudara saudari,tetapi bila mengundi nanti pangkah PAS/BA. Sebelum saudara-saudari turun untuk mengundi renungkan peristiwa-peristiwa berikut dan pastikan sama ada adil atau tidak, BILA; a. Hakim dan pihak pendakwa membantu menghalang Mahathir supaya TIDAK hadir diri di mahkamah. b. Mencuri coli di supermarket kena penjara 6 tahun,DSAI yang dituduh rasuah dikenakan penjara 6 tahun tapi si Rahim "bulldog" yang pukul DSAI sampai setengah mati dikenakan penjara 2 bulan saja dan dibebaskan atas ikat jamin. c. Menteri besar si Adnan tunjuk isyarat lucah dan punggungnya di depan ribuan rakyat dan Mahathir tidak tegur sapa,mungkin bagi Mahathir perbuatan itu adalah amalan bermoral tinggi yang patut dicontohi. d. Menteri besar si Adnan melarang sebarang kuliah dan ceramah agama di masjid dan surau seluruh Pahang,sedangkan amalan perjudian di Genting dan beberapa tempat lain di Pahang dibenarkan berterusan. e. Peguam negara mengenepikan tuduhan rasuah terhadap Rafidah, walhal rakyat tahu Rafidah terlibat dengan rasuah secara terbuka kerana ada bukti-bukti kukuh. f. Mahathir mendiamkan diri tentang tuduhan rasuah Daim Zainuddin berhubung dengan sumbangan wang dan saham daripada 3 tokoh koporat. g. Peguam negara mengenepikan tindakan ke atas Rahim Thamby Chik dan Mohamad Taib berhubung dengan kes rasuah dan skandal seks. h. Mahathir membisu tentang kes Eric Cheah dengan Pewaja. i. Mahathir mengarah menangkap tokoh-tokoh pembangkan dan mendakwa mereka atas berbagai kesalahan dibawah akta yang berbagai. j. Mahathir mengharamkan beberapa terbitan dan majalah serta menghadkan pengeluaran Harakah. k. Mahathir mengambilalih Indah Water Konsortium setelah konsortium itu rugi berjuta-juta ringgit tetapi khidmat kepada rakyat tidak indah mana. Sekarang kerajaan guna wang rakyat untuk bayar gantirugi konsortium tersebut. Banyak lagi penyelewengan dan salah guna kuasa yang boleh disenaraikan diatas, tetapi memadailah setakat yang tersebut di atas itu sebagai peringatan dan pencetus minda. Setelah 40 tahun memerintah parti-parti seperti LDP di Jepun, Congress di India, Golkar di Indonesia dan Kuomintang di Taiwan dikalahkan kerana amalan rasuah yang berleluasa,amalan kronisma,skandal seks,salah guna kuasa,penyelewengan serta kesombongan dan keangkuhan para pemimpin-pemimpinnya. UMNO/BN pun boleh menerima nasib yang sama. UMNO bukanlah sebuah parti yang kebal dan tidak boleh dikalahkan. UMNO seperti parti-parti LDP,Congress,Golkar dan Kuomintang boleh ditumbangkan oleh rakyat. Orang Melayu tidak harus fikir bahawa UMNO saja parti yang boleh menjaminkan masa depan mereka. Di Kelantan dan Trengganu rakyat boleh hidup dengan aman dan damai,tanpa kebuluran atau pergaduhan di bawah kerajaan PAS. Ini jelas membuktikan masyarakat orang Melayu dan bukan Melayu boleh hidup tanpa UMNO/BN dan tanpa Mahathir. Ini masanya untuk menunjukkan kepada Mahathir sama ada UMNO masih diterima oleh orang Melayu. Orang Melayu Sanggang seharusnya menolak calon UMNO sebagai protes kekejaman regim Mahathir terhadap rakyat jelata. Pengundi Sanggang berpeluang mewakili rakyat Malaysia seluruhnya bagi menyatakan rasa tidak puashati mereka terhadap salah guna kuasa,rasuah dan sekatan terhadap hak asasi rakyat untuk berfikir dan bersuara secara bebas. Kemenangan UMNO atau PAS tidak akan mengubah bentuk kerajaan Pahang kerana BN mempunyai majoriti besar dalam DUN. Kekalahan UMNO akan menjadi satu pengajaran bagi UMNO menyedari bahawa rakyat sudah tidak puashati dengan dasar-dasar UMNO ala "Ali Baba dengan 40 penyamun" itu. Kemenangan PAS akan menambahkan satu lagi suara rakyat yang bosan terhadap telatah si Adnan dan kerajaan BN Pahangnya. Jangan pilih UMNO,pilih calon pembangkang yang benar-benar boleh bersuara dan membangkitkan masalah saudara-saudari dalam DUN nanti. Pilihlah PAS/BA. |