From Mahazalim http://mahazalimtwo.tripod.com TAKTIK KOTOR BN DI SANGGANG Oleh Komentar Tidak dapat dinafikan
lagi jentera paling kuat Barisan Nasional adalah
kewangan. Dengan menggunakan wang Barisan Nasional cuba
mengaut kekuatan dan memancing undi. Teknik ini
dilaksanakan dan setakat ini ia merupakan teknik paling
berkesan. Apa yang kita perlu sedar ialah wang yang
digunakan bukanlah wang dari perolehan gaji Adnan Yaakob
tetapi wang yang digunakan adalah wang hasil rompakkan
kemewahan yang sepatutnya diserahkan kepada rakyat.
Barisan Nasional bukan hanya menggunakan kewangan parti
untuk tujuan memancing undi tetapi menggunakan kerajaan
tempatan yang hasilnya dikaut dari pembayaran cukai
tanah, rumah dan lain~lain. Kemewahan yang sepatutnya
dikembalikan kepada rakyat dijaja untuk mengaburi mata
rakyat untuk terus mendapat sokongan. Rakyat Pahang
seharusnya sedar bahawa kekayaan negeri Pahang boleh
dimiliki bersama oleh rakyat sekiranya kepimpinan tidak
tamat,lapar dan tidak habis-habis mencari kekayaan
peribadi. Dr Mahazalim sendiri pernah menulis dalam
bukunya Malayan Delima bahawa kemiskinan adalah kerana
kemampuan melebihi kehendak tetapi Dr Mahazalim tidak
pula mendefinisikan ketamakkan adalah apabila kehendak
yang tidak terbatas. Ketamakan yang berlaku ini secara tidak lansung atau langsung menzalimi rakyat. Penderitaan mereka adalah peluang Barisan Nasional untuk menentukkan kemenangan yang setelah itu terus menerus merompak apa yang sepatutnya dikembalikan kepada rakyat. Ini lah senario sekarang ini, inilah yang menjadikan budaya Barisan Nasional buruk dan yang lebih memburukkan adalah menolak kepentingan rakyat dan mengutamakan kepenting peribadi. Budaya ini harus ditolak dan seharusnya peluang diberi kepada Barisan Alternatif untuk membuktikan apa yang dilaungkan mereka. Rakyat Sanggang seharusnya bertindak meminta perubahan dan perubahan itu hanya dapat apabila BARISAN NASIONAL atau UMNO ditolak dari kepimpinan sekarang ini. Usahakan pembaharuan. Barisan Nasional sudah nampak kepincangan dalam memerintah. Kita uba dan kita tuntut keadilan dan REFORMASI. |