![]() |
Lokasi
Sekolah SMK Convent Bukit Nanas |
![]() Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas atau lebih dikenali sebagai CBN terletak di Jalan Bukit Nanas, di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Kedudukan CBN adalah bersebelahan Menara Kuala Lumpur, di puncak Bukit Nanas iaitu satu-satunya hutan simpan di tengah-tengah ibu kota. CBN terletak berhampiran dengan beberapa sekolah lain seperti Sekolah Menengah St John, Sekolah Rendah Kebangsaan St John, Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Bukit Nanas, dan Tadika Fatima. Secara amnya, terdapat semua jenis sekolah di puncak Bukit Nanas iaitu sekolah rendah kebangsaan lelaki dan perempuan, sekolah menengah lelaki dan perempuan, pusat tadika, dan sekolah kanak-kanak istimewa (cacat pendengaran). Dengan pemandangan yang indah dan nyaman, CBN diselubungi alam flora yang menghijau dan memisahkannya dari kesibukan dan kebisingan kotaraya. Suasana yang indah dan tenteram ini menjadikan CBN sebagai antara sekolah yang paling indah dan nyaman di Malaysia.
|