|
Perindustrian Pemangkin
Formula Malaysia !
Menjelang awal 1970an bermulalah perindustrian negara.
Ini bermakna negara kita menuju zaman baru; daripada
negara pembeli barangan industri kepada negara yang
mengeluarkan barangan industri.
Semua ini dicapai dengan tekad dan wawasan untuk
menjadi negara perindustrian daripada sebuah negara
pertanian dan galian seperti pengeluar getah, kelapa sawit,
kelapa, padi, dan juga bijih timah.
Tahun 1970an
Di antara keluaran industri negara pada awal 1970 an ialah
barangan pengguna dan elektronik di antaranya ialah:
Barangan
daripada getah.
Seperti barang permainan, keperluan rumahtangga.
Barangan
letrik dan elektronik seperti tv, radio,
mesin basuh dan jentera ringan.
Tahun 1980an Dan 1990an.
Malaysia membuktikan kemampuan memasuki industri
berat dan petrokimia menjelang pertengahan 1980an.
Dengan penubuhan HICOM, semua usaha digembeling
untuk merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk
menuju zaman baru. Di antaranya ialah
Kereta Nasional Proton Saga.
Kenderaan
perdangangan.
Kapalterbang
ringan.
Barangan
Elektronik seperti Komputer.
Memproses
minyak dan gas.
Satelit
Angkasa Lepas
Sebahagian Daripada Kawasan Perindustrian Utama :-
LEMBAH KLANG -Selangor dan Wilayah Persekutuan.
BAYAN LEPAS -Penang
PASIR GUDANG -Johor
SENAWANG
-
Negeri Sembilan
AIR KEROH
-Melaka
PAKA/ KERTIH -Terengganu
Malaysia berhasrat untuk meneroka industri pesawat ringan
untuk keperluan tempatan dan eksport. Ini merupakan
satu gagasan yang digarap bersama Formula Malaysia.
Multimedia Super Corridor (MSC) merupakan percubaan
berani negara untuk memasuki era teknologi maklumat. Cyberjaya
merupakan lokasi terbaik untuk menguji kemampuan negara
dalam bidang ini. Kita sewajarnya menyokong usaha ini demi
keperluan masa depan agar setanding dengan Jepun,
Amerika Syarikat, Korea dan negara lain samada dalam
elektronik ataupun teknologi maklumat.
Membicarakan Kereta Nasional Proton Saga bermakna
kita berbangga dengan Formula Malaysia. Pengeluaran
kereta tersebut adalah sebahagian daripada gagasan
murni Formula Malaysia. Kini, pasarannya melebihi
20 buah negara. Tahniah !! Malaysia Boleh.
Industri pelancongan adalah antara penyumbang terbesar
pendapatan negara. Hampir 4 dan 5 ribu juta pendapatan
negara datangnya daripada hasil pelancongan. Keindahan
pantai, bukit bukau, maritim, perhotelan, keunikan budaya
adalah antara daya tarikan para pelancong dari Eropah,
Jepun dan Amerika Syarikat ke negara ini. Faktor ini
disokong oleh sistem pengangkutan udara dan darat yang
canggih dan sistematik.
Industri elektronik merupakan antara sektor perindustrian
yang utama di negara kita. Justru itu kita merupakan
antara pengeksport peti sejuk, television, komputer,
penyaman udara yang terbesar di rantau Asia dan di dunia.
Hampir kesemua negeri di Malaysia mempunyai kilang
elektronik dan mempunyai bilangan tenaga manusia
yang terbesar antara sektor-sektor perindustrian
di negara ini.