|
Nostalgia Sejarah: Tunku Abdul Rahman
Putra Al Haj
bersama rombongan kemerdekaan kembali
ke Tanah Melayu.
Merdeka !! Itulah
laungan keramat yang telah membebaskan
Tanah Melayu daripada British pada tarikh bertuah 31hb Ogos 1957.
Terima kasih semua pejuang kemerdekaan yang telah mengorbankan
seluruh jasa dan keringat mereka untuk merealiasasikan impian rakyat
Malaysia berbilang kaum, agama dan budaya untuk bersama menghirup
udara Malaysia menuju zaman baru.
Ke sungai bersama dimudeki
Ke gunung bersama di daki
Ke lurah bersama dituruni
Para pemimpin negara meredah sungai menjelaskan
kepada
rakyat mengenai dasar-dasar kerajaan bagi sebuah negara
yang baru mencapai kemerdekaan.
Menerusi lawatan seperti ini ke ceruk rantau
pedalaman
rakyat mendapat gambaran yang jelas tentang program
pembangunan yang bakal dilaksanakan seperti:-
Rancangan pembangunan luar bandar
Membasmi
kemiskinan
Pendidikan -Membasmi buta huruf
Meluaskan instruktur seperti jalan raya
letrik dan kemudahan telefon
Membuka tanah-tanah baru -Felda
Kabinet pertama negara kita Malaysia 1957.
Terima kasih wahai pemimpin.Merekalah
tenaga penggerak pertama untuk membentuk wajah-wajah
Malaysia baru ketika mula-mula mencapai kemerdekaan.
Mereka merancang fikiran, keringat dan pengorbanan untuk
negara ini secara kolektif dalam semangat Malaysia.
Situasi seperti ini sekarang hanyalah
sebuah kenangan ........
Syabas pemimpin ku !! Tanpa
pengorbanan mu,
tanpa jasa-jasa mu semua yang ada pada masa ini
mustahil untuk kita nikmati. Kini semua yang mereka
rancangkan dahulu telah menjadi suatu realiti.
Patutkah kita lupakan semua ini ?
Tiada lagi jalan yang tidak berturap !
Tiada lagi rumah yang tiada bekalan elektrik !
Tiada lagi kelaparan dan kebuluran!
Tiada ! Tiada! Semua ini kini hanyalah
tinggal sebagai satu kenangan ........