|
Jati Diri Rakyat Malaysia
Formula Malaysia tidak mungkin terlaksana tanpa satu agenda
pembangunan yang unggul dan konsisten. Ini juga merupakan
prasarana penting hasil daripada pembentukan jati diri rakyat
Malaysia. Elemen-Elemen penting yang digarap untuk
mencapai Formula Malaysia ialah...
"Mengisi kemerdekaan ini dengan agenda
pembangunan fizikal, mental dan spiritual."
Pembentukan satu
masyarakat Malaysia yang dinamik, progresif dan mempunyai
daya saing yang tinggi sangat mementingkan setiap rakyat negara
ini mengambil kira kepercayaan, agama dan budaya kaum-kaum
utama di negara ini. Kerajaan sentiasa memberikan dorongan yang
positif dengan menyediakan peruntukan yang setimpal ke arah itu.
Pendidikan merupakan
pemangkin utama keunggulan pembentukan jati diri rakyat. Tanpa
pendidikan sudah pasti kita tidak mungkin melihat negara ini
membangun dan makmur seperti yang kita saksikan hari ini.
Justru itu setiap tahun hampir 13 dan 14 billion ringgit dibelanjakan
untuk kemajuan pendidikan di negara ini.Mereka adalah tenaga
penggerak untuk membina Malaysia menuju ke alaf baru dalam
bidang sains, teknologi dan komunikasi.
Meletakkan Malaysia
sebagai negara maju sekaligus kita mesti memiliki angkatan tentera
yang cekap, terlatih dan sentiasa bersedia mempertahan negara,
zon ekonomi negara yang sedang berkembang daripada sebarang
ancaman luar dan dalam negeri. Justru itu kita sentiasa memantau
angkatan tentera kita agar mereka boleh menggunakan
senjata-senjata terkini dalam apa juga bentuk peperangan.
Salah satu elemen
penting untuk membentuk jati diri di kalangan rakyat untuk
mencipta Formula Malaysia yang berkesan hari ini ialah
kesihatan. Pada masa kini negara kita adalah antara negara
yang mempunyai kadar kesihatan rakyat yang tinggi
di kalangan negara-negara Asia.
Lawatan-lawatan
YAB. Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Mahathir ke luar
negara merupakan salah satu faktor untuk kemajuan negara.
Menerusi lawatan ini hubungan dagang dapat dipupuk dan
dipertingkatkan selain daripada hubungan diplomatik yang
sedia terjalin dengan negara sahabat. Dengan ini Malaysia
dapat memainkan peranannya di arena antarabangsa.