DALAM
DIRI 2
Ustazah
Siti Hajar pernah bercerita:
"Dunia
ini ibarat pentas dan manusia adalah ibarat pelakon-pelakonnya. Satu
hari nanti pentas ini akan digulung, dan setiap lakonan akan dihitung..."
Ustaz
Nik Daud juga pernah mengajar:
"Manusia
dijadikan Allah untuk menyembahNya. Kita lahir ke dunia dengan ikatan
janji terhadapNya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Hamba dan
Khalifah Allah di muka bumi ini..."
Abang
Koji pun pernah mengingatkan:
"Islam
memang menyuruh kita bersederhana tetapi itu tidaklah hermakna dalam
menunaikan perintah Allah pun kita bersederhana, sesiapa yang berusaha
melaksanakan hukumnya dengan lengkap dituduh "extreme"...
Kini
hatiku pula berkata:
"Ah...
tersilap konsep aku rupanya... bersederhana hanya dalam menunaikan
perintah dan larangan Allah sahaja, sedang dalam hal lain tak pula aku
ingat untuk bersikap sederhana. Berlakon... selama ini berlakon saja aku
rupanya. Aku tak perasan pula peranan apa yang aku dah bawa, penjunjung
titah atau pendurhaka? Apakah perananku sebagai Hamba dan Khalifah Allah
telah aku jalankan dengan berkesan... yang patuh atau yang engkar? Yang
meninggalkan rasa kasih atau rasa benci...pada Penghitung lakonanku?
Mima
Zohds
Note:
Midi playing is "Careless Whisper"
|