1. Mula-mula, klik START
    >PROGRAMS > NETSCAPE COMMUNICATOR >  NETSCAPE NAVIGATOR
      (sila klik pada Netscape Navigator)

      (Anda akan dapati satu muka surat kosong berwarna kelabu)

2. Cuba lihat di bawah sekali (bar) iaitu di sebelah kiri; anda akan lihat beberapa simbol iaitu 'stereng kapal'(Navigator), 'sampul surat'(Inbox), 'kotak dialog'(News Group), dan 'pensel'(Composer).

3. Sekarang   klik pada 'pensel' itu.

       (Anda dapati muka surat itu sudah menjadi putih...! Itulah hompej anda !!)

4. Mari kita isi hompej ini.

5. Anda boleh taipkan apa sahaja yang anda mahu pada mukasurat ini, tetapi sebaiknya kita 'save'kan dulu. Caranya:

5.1   Klik pada FAIL > SAVE AS ; satu paparan akan muncul bertanyakan di mana fail itu akan disimpan. Pada kotak 'tarik-turun', pilih 'my document' dan klik. (berapa banyakkah fail anda di situ?)

5.2 Sebelum anda klik 'save' ,sebaiknya anda sudah ada satu FOLDER khas untuk hompej anda. Ini akan memudahkan kerja-kerja anda seterusnya nanti. Jika belum, buatlah segera.

5.2.1 Begini caranya: Cuba lihat pada menu yang terletak di bahagian atas paparan itu; anda akan lihat terdapat 5 simbol di situ. Pilih simbol yang ke 3 dari kiri (berwarna kuning). Klik di situ dan anda akan dapati satu folder baru (New Folder) telah muncul. Klik kanan pada tulisan NEW FOLDER itu dan dapatkan arahan RENAME. Klik di situ, tekan 'backspace' pada 'keyboard' anda, dan namakan folder tersebut dengan apa-apa nama yang anda suka. Contohnya: hompej saya.

5.2.2 Setelah selesai, kliklah pada folder baru anda itu dan masukkan nama fail hompej anda di dalam kotak yang disediakan, dengan nama: index.html

5.2.3 Sekarang, klik SAVE dan selamatlah fail pertama anda di situ.

 

 NOTA:  Jika diminta menamakan tajuk hompej anda, taiplah apa saja yang anda suka (jangan bimbang...boleh ditukar kemudian).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

kembali ke laman utama

mengisi(edit) hompej dengan tulisan dan gambar/image