Ruangan ini dipenuhi dengan gambar-gambar budak rumah dan kelas diwaktu terakhir sebelum tamat kursus dua tahun.  Akupun tak tau lagi nak sambung di mana dan kursus yang sama atau lain, bergantung kepada kos dan financial kemudian.  Yalah famili akupun bukanlah orang senang sangat.

Mak bapak bekerja cari duit nak sara aku makan minum dan sekarang akupun dah habis belajar.  Terima kasih kepada they all sokmo.  Terima kasih juga kepada seorang brother yang tolong aku buat dan siapkan website nieh secara peribadi, percuma pulak tu.

Harta peribadi yang sempat aku collect ialah dapat IBM PC Pentium III. Xmainlah clone-clone nieh.  Kata brother tur..pakai komputer IBM umpama bawak kereta BMW di jalanraya. Akupun tanya betul ke?  Dahsyatnya.

Pandangan aku buat masa sekarang nak kerja part-time dulu sementara menunggu peluang untuk sambung ke kolej atau universiti utk kursus yang sama tapi level yang lain.  Planing nak sambung dekat PJB, belum confirm lagi.  Tengok keadaan macamana.  Susah-susah sambung dekat KUL jer.  Private college yang menyediakan macam-macam kursus dan pinjaman, sekarang pinjaman bukan lagi masalah utama.

Team-team aku entahlah dia orang macamana?    Tak pasti berapa ramai yang akan ikut dan sudi sambung belajar, macam aku nieh.

Dekat bawah nieh semua gambar foto yang terbaru, saat-saat terakhir sebelum aku habiskan kursus di KTTI - Kolej Komuniti Teluk Intan.  Candid ada, tengah berposingpun ada.  Terbaru waktu kita orang pergi pameran di KUL, Pusat Sains Negara di Bukit Kiara dan sementara, kita orangpun merayau-rayaulah sampai ke Putrajaya, KUL.

Aku nombor dua (2) dari kiri.  Dari kiri Zeck, aku, Chaien, Zaharie dan Aziz nama glamour NuaR.  Nuar nieh founder laman website kolej aku di http://www.oocities.org/animasi_ktti tengoklah web..dia orang power.  Gambar dekat bawah (single) dekat area sanalah di Putrajaya.

Untuk dapatkan gambar-gambar koleksi peribadi lain sila klik pada gambar (frame) berkenaan.  Semua gambar diambil dengan penggunaan CAMERA DIGITAL FUJIFILM 101A dan CAMERA CANON.  Harap maklum.  Mereka terdiri dari   warga boleh DownLoad gambar berkenaan dengan telefon aku untuk dptkan password - fail dalam zip.

Lepas tamat sijiL aku planing nak kerja sementara menunggu borang mana-mana poli keluar untuk sambung ke Diploma.  Tak pasti keadaan macamana lagi.  Terpulang kepada banyak perkara, kos dan financial famili aku yang support kena ikut kemampuan jugak.  Ingat dan fikir2 aku nak kerja dulu dekat mana-mana kompeni advertising atau kompeni perbitan/editing komersial punya video..macam kompeni iklan kut.

Tak expert sangat tapi kalau setakat guna beberapa software/program grafik kira bolehlah gagah dari tak tau langsung.  Aku ingat nak lepak dekat KUL, ada satu kompeni yang buat advertising.  Insyallah tengok macamana keadaan.

Ada juga idea nak pergi sambung dekat PJB..dalam kos Dip. Multimedia.  Tengok keadaan macamana...  besar kemungkin kerja dulu kut.  Boring duduk dekat-dekat sini (IPH), nak merasa jugak lepak dekat KUL sebelum further dekat mana-mana nanti tak boleh nak melepak-lepak.

Aktiviti terdekat sebelum habis kursus-di KTTI.... biasalah aku ronda-ronda, assignment dah xberapa nak ada.  Tinggal periksa akhir untuk last semester.  So..xlah susah sangat nak siapkan mana-mana assignment macam mula-mula dulu.  Lepas balik dari praktikal banyak juga yang mengubah 'aku'.

Aku ada email yang lain dari yang disebutkan - kalau sesiapa yg berminat nak berkenalan atau suka-suka untuk chatting boleh gunakan di boyjunior@yahoo.com , dan kalau nak kirimkan SMS boleh terus ke 0135060900 'you are welcome'.  Seperkara lain kalau ada sesiapa yang mahir dengan multimedia punya software nak juga aku belajar dari dia orang

 

Masa dekat kolejpun inilah geng-geng satu kelas dan satu rumah dengan aku.  Kecuali dari kiri - pendi, lan, ariep, man dan dua dari kanan, zaharie.  Dia orangpun ada butirannya tersendiri dekat budak2 kelaspunya website dekat http://www.oocities.org/animasi_ktti .  Cuba2lah masuk...

 

seLepas ini.. Aku ingat nak kena kerja dulu.  Stay dekat KUL kut, member ramai.  Lagipun buat kerja2 nieh aku dah biasa.  Lagipun boleh mahirkan lagi apa2 yang aku tak tahu lagi terutama perkara yang sangkut paut dengan kursus akulah... okeylah buat sementara yang berita terbaru.  Aku selalu jugak chatting dalam talian... carilah aku..alright. 

 

Copyright Reserved 2004.  Page designed for I.E version 4.0 above.  The page is right protected by the

common law specification - dupplicate, copy into new media of sources, save or store each of the pages

concepts, illustrated, animation or any files is illegal without first write permission by contact this

number at +013 5060900 or anazil73@mailcity.com