Keluaran Pertama (7 Januari 1997)

      DARI KITA UNTUK KITA

      Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat bertemu buat julung-julung kalinya melalui Buletin TM2 yang ditujukan khusus untuk anda, warga TM2. Penerbitan ini, walaupun telah lama diura-urakan, namun seperti saudara dan saudari sedia maklum, kekangan masa dan tanggungjawab semasa berkursus, menjadikan hasrat ini tertangguh. Namun demikian, apabila isu untuk menerbitkan buletin ini muncul semula pada pembukaan semester ini, pihak redaksi (ad-hoc) terpaksa menyahut cabaran. Maka lahirlah buletin sulung yang dinamakan Buletin TM2 ini. Adalah diharapkan penerbitannya mendapat sokongan kesemua warga TM2 (seramai 2000 orang ... minus dua ‘0’ di belakang tu...). Sokongan yang diharapkan bukanlah semata-mata untuk menjadi pembaca setia, tetapi lebih daripada itu. Buletin ini dirancang untuk diterbit dan diedarkan setiap 2 minggu sekali. Bagaimanapun, sidang redaksi memberikan anda kebebasan untuk memberikan cadangan baru. Sekiranya anda memberikan sokongan dengan menyediakan bahan yang sesuai, mungkin boleh dijadikan terbitan mingguan. Jika anda langsung tidak memberikan sumbangan, mungkin terbitan ini menjadi terbitan pertama dan terakhir. Sekarang mouse berada di tangan anda! (Kita tak main bola...) Anda yang menentukan. Klik pertama telah kami mulakan.

      Sila hubungi: Sidang Redaksi sekiranya anda ada bahan.

      Ketua Eksekutif TM2: Tel: 700 5893 / 924 2121 (fax) e-mail: spidey@lelabah
      Setiausaha Eksekutif TM2: Tel: 7141194 (fon/fax) e-mail: rohazi@tm.net.my
      PRO TM2: Tel: 733 4836 e-mail: afauzi@hotmail.com


      ANDA ADA BAHAN UNTUK DIKONGSI WARGA TM2?

      Berita, cerita, artikel, petikan-petikan ilmiah, panduan-panduan untuk kita kongsi-kongsikan bersama? Sila taipkan dalam satu fail dan serahkan kepada pihak redaksi untuk dimuatkan ke dalam Buletin TM keluaran akan datang. Kami amat memerlukan kerjasama anda. HIDUP TM2!

      IKLAN TM2

      Institut Seri Padang memerlukan seorang tenaga pengajar untuk mengajar speaking orang putih. Yang berminat sila hubungi Pengetua institut, Sdr. Habib (Tel. 9174144). Ingin Belajar C?

      Kolej Seri Uda menawarkan kursus sambilan Advance Programming in C. Anda boleh menjadi programmer C dalam masa 21 hari sahaja. Buku teks dan disket pengaturcaraan contoh disediakan. (Aturcara tak gerenti boleh jalan... ) Yang berminat, hubungi Pengetua, Bang Long Tel: 733 4836).


      Kembali ke