Mulai 9 Januari lalu, Ketua Eksekutif telah menyediakan kemudahan e-mel kepada ahli-ahli lembaga pengarah TM2. Ini bersesuaian dengan perkembangan teknologi semasa selain akan dapat mempertingkatkan imej korporat. Adalah diharap-kan kemudahan tersebut akan dapat dimanfaat oleh Ahli Lembaga, semua warga TM2 serta rakan-rakan kongsi yang terdapat di seluruh dunia. Dijangkakan, menjelang akhir semester 2 ini, kesemua warga TM2 akan memiliki peti surat e-mel masing-masing. Sila rujuk alamat e-mail Ahli Lembaga Pengarah di muka 2.
Masihkah kau ingat, suatu waktu dulu, komputer adalah satu makhluk hijau
(skrin la) yang amat digeruni oleh sebilangan ‘haiwan yang boleh berfikir’?
(seperti kata En. Ramli Mohamad dalam sesi ceramah yang lalu). Apa dah
jadi pada hari ini? ‘Haiwan-haiwan’ yang sama kini berebut-rebut pulak
hendak memiliki komputer. Sebabnya, ‘nak masuk kat Internet!’.
Begitulah besarnya pengaruh Internet. Yang takut dulu, tiba-tiba jadi berani
kerana takut ketinggalan kapal dan dicop ‘obsolete’ macam komputer XT atau
IIe. So, that is the sejarah part of it. Anda tak teringin ke nak masuk
sama? Kalau nak masuk, jom!
Internet merupakan jaring laluan dalam sarang labah-labah terbesar yang
menghubungkan berjuta-juta komputer di serata ceruk dunia. Bermula pada
tahun 1960 untuk kegunaan askar Amerika, kini menjadi milik sesiapa saja.
(yang ada komputer dan modem la...) Internet adalah perkampungan global
yang dihubungkan oleh lebuhraya maklumat yang tidak ada ‘speed-limit’ tak
ada ‘Ops Pacak’ dan tidak memerlukan lesen ‘L’ atau ‘P’. Tidak ada undang-undang
dan peraturan. Orang jahat dan orang baik, semua boleh lalu. Cuma yang
pasti, tol kena bayar. Kadar tol tidak dikira mengikut jauh mana kita merayau,
tetapi mengikut lama mana kita melepak dan bergayut pada sarang labah-labah.
Www (macam gigi boya...) yang dimajukan pada tahun 1989, mengandungi berbilion
muka surat dipenuhi maklumat yang disimpan di dalam komputer-komputer di
seluruh dunia. Muka surat web dapat memuatkan bukan sahaja teks, tetapi
juga imej, audio dan video. Pengguna dapat mencapai halaman web hanya dengan
mengklik-klik-klik dan klik, sama ada menggunakan komputer di pejabat,
di rumah ataupun di tengah hutan Taman Negara. Ok, ada soalan?
Soalan: Jadi Internet dan World Wide Web tu, dua perkara yang berlainan?
Jawab: That’s right, 100% correct. Tak percaya, pi tanya orang lain.
Soalan: Kalau di Internet dah tidak ada undang-undang, siapa saja boleh
masuk dan lakukan ikut suka hati...
Jawab: Definitely and 110% correct! Anda boleh lakukan apa saja. Atas sifat
keterbukaannya, Internet membawa anda ke banyak tapak web yang berfaedah
dan tak kurang juga ke tapak yang bermasalah. Selagi penggunanya bernama
‘manusia’.... jadi terpulanglah kepada manusia itu sendiri memilih yang
OK atau yang KO. Mouse di tangan anda... to click or not to click, it is
your prerogative. Nasihat saya, better not, lainlah kalau nak buat kajian
ilmiah. Any more question? Aha, no question? Baiklah, kita ke tajuk yang
seterusnya.
Seperti yang dinyatakan awal tadi, Internet membawa segala maklumat,
grafik, audio dan video halaman web terus ke komputer di hadapan anda.
Apa yang dipaparkan di skrin adalah merupakan halaman web yang telah dipindahkan
daripada sebuah pelayan web (web server) yang terletak di satu sudut planet
bumi yang tidak pernah anda jejaki seumur hidup anda.
Memang cukup mudah, jari klik-klik-klik, mata klipok-klipok-klipok - dalam
masa seminit dua, (kalau laluan tak ada trafik jem) anda sudah berada di
Perpustakaan University of Entah-Apa-Apa, Amerika Syarikat! Anda bolehlah
menjerit sekuat hati, beritahu orang kampung, “AKU DAH SAMPAI KAT AMERIKA!”
Anda berasa macam tak percaya, tapi kena percaya! Susah juga nak terangkan
secara terperinci bagaimana Internet dapat membawa anda ke Amerika atau
ke Bangladesh, tapi lebih kurang beginilah caranya;
* Kandungan halaman web disimpan di komputer pelayan (server) yang dihubungkan
ke seluruh dunia. Ianya dikendalikan oleh organisasi (ataupun individu)
yang tidak kedekut untuk berkongsi maklumat dengan orang lain.
* Bila kita dapat laluan (access) ke Internet, kita mintalah maklumat yang
kita perlukan daripada pelayan yang mungkin berada di IPDA atau mungkin
berada di Peru (jauhlah maksudnya tu...)
* Setelah permintaan diterima oleh pelayan berkenaan, maklumat yang diminta
akan dibahagikan kepada beberapa paket. (Paket mengandungi bit-bit maklumat
yang anda perlukan dan setiap paket dilabelkan dengan alamat komputer anda.)
Paket-paket ini kemudiannya disalurkan berperingkat-peringkat menerusi
talian telefon ke pintu masuk utama Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet
Service Provider - ISP) tempatan yang dikendalikan oleh Mimos atau Telekom,
sebelum dilonggokkan ke dalam ruang ingatan komputer anda.
Setelah itu, tibalah giliran komputer anda berhempas-pulas, menyusun semula
paket-paket yang dilonggokkan tadi ke dalam bentuk asal bagi membolehkan
anda melakukan interaksi yang seterusnya. Eh, mudahnya...
Mudah? Oh.. tidak... Operasi pemindahan data ini dikendalikan oleh satu
protokol yang dikenali sebagai Protokol Pengawal Transmisi/Protokol Internet
(Transmission Control Protocol/Internet Protocol - TCP/IP) yang menetapkan
piawai bagi membolehkan pelbagi sistem komputer berkomunikasi. Protokol
ini membolehkan paket-paket maklumat dihantar melalui laluan yang berlainan
sekiranya laluan asal menjadi terlalu sibuk atau tertutup.
Walaupun paket-paket melalui laluan yang berlainan, tak usah bimbang. Ingat?
Setiap paket ada alamat komputer anda. Jadi paket-paket berkenaan gerenti
akan sampai ke komputer anda. Lainlah jika anak anda tertekan suiz bekalan
elektrik ke komputer anda dan komputer anda terus ‘black-out’ (sebab komputer
anda tak guna unit UPS).
Soalan: Apakah perkakasan atau peranti (hardwares/peripherals) yang
diperlukan untuk berkecimpung secara aktif di dalam Internet?
Jawapan: Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu keluaran hadapan!
Jika belum, silakan. Anda boleh menyumbangkan apa saja bahan yang anda
fikir sesuai untuk dikongsi warga TM2. Tak kira apa bahan sekalipun - multimedia!
Anda boleh sediakan dalam bentuk Word, text files, bertulis tangan (style
lama...), melalui faks, e-mail ataupun voice-mail (bacakan saja bahan anda
ke dalam peti pesanan mel suara TM2 di talian 924 2121 / 714 1194 selepas
bunyi beep) Mudah. ANGKAT, TEKAN, BACA DAN LETAK.
Sila hubungi Sidang Redaksi sekiranya anda ada bahan:
BULETIN TM2 bukan sebarang buletin.. kami tidak mengikut paradigma yang sama. Kami menyajikan kelainan. Ianya tidak dapat diakses di mana-mana kedai buku, kedai suratkhabar ataupun di pasar-pasar malam. Hanya di TM2.