Abu Muhammad
berkata lagi:"Sesungguhnya aku telah melihat di Hims Al Andalus(Sepanyol), seorang wanita telah melahirkan:-Kali Pertama (melahirkan anak)
-seorang anakKali Kedua - 2 anak
Kali Ketiga - 3 anak
Kali Keempat - 4 anak
Kali Kelima - 5 anak
Kali Keenam - 6 anak
Kali Ketujuh - 7 anak
JUMLAH: 28 Anak
7 orang anak dalam 1 perut dan bilangan anak mengikut bilangan beranak/kelahiran !!! Subhanallah……
Masyhurlah kisah wanita ini di segenap pelusuk Andalus (Sepanyol).Dan Abu Muhammad ini seorang soleh dan terdiri dari kalangan Pemerintah-pemerintah Al Murobitin. ]
Kalau mengikut cerita di atas,bermakna wanita tersebut telah melahirkan 28 orang anak dalam 7 perut (7 kali beranak/ kelahiran). Sesungguhnya perkara tersebut adalah dari perkara-perkara yang ajaib! Akan tetapi kita mesti ingat peringatan Firman Allah s.w.t. dalam ayat 49 Surah Asy -Syura yang bermaksud:
"Bagi Allah,kerajaan di langit dan di bumi.Allah menjadikan/menciptakan apa yang Allah kehendaki"
Kedapatan juga di dalam buku Ibn.Saad "Thobaqat Al-Kubra" ketika Ibn Saad menerangkan peribadi Muhammad bin Sirin-seorang faqeh,muhaddis dari kalangan tabien (lahir 33 H dan mati 110 H) dan antaranya disebut :"Bakar bin Muhammad telah memberitahu kami:Muhammad bin Sirin dianugerahkan Allah dengan 30 orang anak lelaki dari seorang isteri.Tidak ada seorang pun dari anaknya yang ramai tersebut itu hidup kecuali Abdullah". Manakala Al-Qadhi Ibn Kholikan di dalam bukunya "Al-Wafayat "ketika menerangkan peribadi Muhammad bin Sirin antaranya beliau berkata:Dianugerahkan kepadanya 30 orang anak lelaki dan 11 orang anak perempuan dari seorang isteri.Namun ,hanya Abdullah sahaja yang masih hidup dari jumlah yang banyak itu (41 orang anak).Subhanallah……….
TAMAT.