Tajuk : Manusia mengundang kecelakaan

Kalau dilihat dengan teliti kita akan dapati bahawa kecelakaan yang menimpa manusia dan kemanusiaan di segenap tempat adalah kerana ketiadaan muslim yang sebenar - sebenar muslim, ketandusan insan - insan yang memahami amanah Allah , kekontangan mereka dari gelanggang hidupyang kmemerlukan pemimpin.Dengan terbenam nya dasar - dasar islam yang berperikemanusiaan dan adil dibawah longgiokan dasar - dasar kehidupan ciptaan manusia yang kolot ,basi dan lapuk ,tetapi dicelupkan dengan lebal baru dan moden meyilaukan mata kerana kelihatan seperti madu rtetapi beracun .Maka terjadilah bencana alam yang menimpa manusia yang berupa kemalangan ,kemiskinan , penindasan ,kebuluran dan kezaliman.

Ini semua terjadi sejak zaman berzaman hinggalah kehari ini,di zaman pengembaraan di angkasa raya ,di zaman penggunaan roket perpandu dan serba maju ini.

Berapa tahun yang lalu,dunia dunia di kejutkan dengan satu kisah tentang seorang gadis eropah yang menjadi jururawat sukarela untuk bbertugas di sebuah daerah di Afrika.Penduduknsy memakan makanan yang buruk yang tidak cukup zat dan vitamin untuk menjamin kesihatan yang sihat.Mereka ditimpa penyakit saraf yang boleh yang boleh mambawa penyakit gila.Di suatu hari dia melihat satu pertempuran berdarah yangberlaku diantara anak - anak Afrika yang membawa pebunuhan secara liar lantaran kebuluran.Pertumpahan darah itu kerana hanya mmerebut sebiji buah mempelam.Pertempuran yang dahsyat itu tidak terhenti sehinggalah seorang dari mereka memukul lawannya sehingga buta matanya.Sebahagian dari mereka belum pun mencapai umur lapan tahun.

Kebuluran yang membuta tuli dan kejam itu menyebabkan manusia terbunuh dan menderita berbagai penyakit.Mereka sentisa menderita di bawah taring - taring kematian.

Pada waktu berluluasanya kebuluran dan merebaknya kelaparan di asia dan di afrika yang sangat mengerikan itu,kita lihat pula di dunia barat yang kaya raya tapi hanya didiami 20 peratus dari bilangan penghuni bumi.Mereka membolot kekayaan dunia 80 peratus,mereka memelihara kekayaan denga penuh kegilaan.

Kita dapat lihat bagaimana kufurnya manusia terhadap nikmat Allah.Peristawa pembunuhan beribu - ribu lembu ternakan di Amerika yang di benamkan ke dalam bumi untuk menjaga harga daging lembu yang mahal di pasaran dunia.Ini semua dilakukan diwaktu berpuluh - puluh malah berjuta manusia mati kebuluran di Afrika ,Asia dan amerika selatan.

Lihatlah ,bagaimana jauhnya perbezaan diantara nilai -niali islam dengan kebudayaan jahiliah.Kebudayaan islam yang sentiasa mengutamakan kenanusiaaan yang mulia dan tinggi dibandingkan drengan kebudayaan jahiliah yang tidak berperikemanusiaan dan serba kebendaan ynag sentiasa membiarkan manusia mati dan kelaparan.

Alangkah malangnya dan celakanya kemanusiaan dan manusia yang terpedaya, lalai, terperangkap dan tergila - gila mengikut telunjuk sistem hidup meterialisme yang mengutamakan kebendaan.Alangkah besarnya tanggungjawab muslim dalam membawa nur yang terang.hanya islam dan pendokongnya saja yang akan mampu menghancurkan jahiliah dan fahaman kebendaan.

Hanya dengan nur islam sajalah yang dapat menyinari hati dan akal dan memimpin manusia kepada hidayat,petunjuk dan keamanan ,kesenangan dan kebahagian hidup dan ummahnya.