TAJUK: MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH

Menangis yang diistilahkan sebagai 'hiba', ialah kekhusukan di dalam hati yang sentiasa menangis lantaran takut kepada Allah swt. Ia adalah suatu sifat yang mulia danusaha yang terpuji. Inilah sifat2 yang di anugerahkan oleh Allah swt kepada para Nabi dan hamba2Nya yang berilmu.Allah swt berfirman yang bermaksud:

 "Apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur, sujud dan menangis.." (Surah maryam ayat:58)

FirmanNya lagi:

" Dan mereka menyugnkur di atas muka sambil menangis dan hati mereka bertambah khusyu'.." (Al-Isra' ayat: 109)

Rasulullah saw telah mengkategorikan orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah di dalam tujuh golongan yang akan dilindungi Allah pada hari kiamat.Hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan Allah swt.Baginda saw bersabda:

"Seorang yang sentiasa menyebut nama Allah ketika sunyi. lalu menitislah air mata dari kelopaknya.."

Sabda Rasulullah lagi :

"Setiap mata akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang menangis kerana takut kepada Allah,dan mata yang berjaga di jalan Allah(iaitu berjihad untuk meninggikan kalimah Allah)"

Di dalam riwayat yang lain disebutkan." Tidak akan masuk neraka siapa yang keluar dari matanya seperti kepala lalat lantaran takut kepada Allah" yakni yang terlalu banyak menangis.

Rasulullah saw telah menyamakan airmata-airmata yang mengalir lantaran takut kepada Allah dengan darah yang tumpah kerana berjihad di jalan Allah.

Di dalam sebuah riwayat disebutkan, " Sekiranya pada satu umat ada seorang yang menangis kerana Allah, nescaya Allah akan merahmati umat itu ,disebbakan tangisan tadi".

Kini nyatalah, bahawa tangisan itu banyak ragamnya,tetapi hanyalah tangisan kerana takut kepada Allah sahaja yang jarang dilakukan oleh manusia.Kerana itu,hendaklah kita dan anda menangis kerana takut kepada Allah.Tetapi kita juga perlu berwaspada,jangan pula amalan kita disertai oleh sifat riya' iaitu untuk menunjuk2 kepada orang lain.Ini akan membuatkan kita dipandang hina oleh Allah swt.

Bila mana orang-orang yang beriman menggambarkan betapa susahnya menghadapi rintangan dan hisab di akhirat kelak,maka mereka pasti akan merasa hiba dan dan mengalir airmatanya.Tetapi bagi mereka yang tidak menyedari hakikat ini,maka hidup mereka akan sentiasa dihiasi dengan gelak ketawa.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan tidak ada yang dapat mengambil pengajaran kecuali orang2 yang berakal.." (Al-Baqarah ayat:269)

Firman Allah lagi yang bermaksud:

"Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sebenar benar sumpahan,sekirannya datang kepada mereka seorang pemberi peringatan, nescaya mereka akan lebih mendapat petunjuk dari salah satu umat2 (yang lain). Tatkala datang kepada mereka pemberi peringatan, maka kedatangannya itu tidak akan menambah kepada mereka, kecuali menjauhkan mereka dari kebenaran". (al-Fathir ayat:42)

Demikianlah perumpamaan orang yang diseru kepada kebenaran. Celakalah bagi mereka yang menolak seruan allah seraya takbur,ingakar, dan kufur. Orang yang menampakkan keimanan dengan lisan dan keyakinan secara lahiriah sahaja, sedangkan batinnya ingkar, maka itulah orang munafik yang akan dimurkai oleh Allah.