BERSAMA AL-QURAN

AL-QURAN DAN ULUMNYA.

Al Quran, satu kitab yang terpaksa diakui oleh musuh-musuh Islam betapa keindahannya masih dipelihara hingga ke hari ini. Andainya Orang-orang yahudi berbangga dengan kitab Taurat, manakala orang-orang Kristian mendabik dada dengan kitab Injil namun dalam sedar ataupun tidak, ada suara di lakangan mereka yang memartabatkan Al-Quran adalah jauh lebih indah. Islam yang didukungi oleh al-Quran sebagai sumber rujukan utama adalah benar dan lebih sempurna. Mereka terpaksa mengakui betapa Taurat dan Injil walaupun asal keuda-duanya juga dari sumber yang sama seperti Al-Quran tetapi telah memlalui proses perubahan hasil pengkhianatan tangan-tangan mereka sendiri, memang terbukti keindahan lahir dan batin Taurat dan Injil telah lenyap, sedangkan Al-Quran yang telah dijamin oleh allah swt sentiasa terpelihara hingga ke hari Kiamat. Allah taala telah berfirman dalam surah Al-Hijir ayat 9 :

Mafhumnya : Sesungguhnya kami yang menurunkan az-Zikra (al-Quran) dan kami jugalah yang menjadi penjaganya.

Dua nama yang kerap digunakan untuk kalam Allah ialah Al-Quran dan Al-Kitab. Firman Allah dalam surah Al-Israk ayat 9 :

Maksudnya : Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk (jalan) yang lebih lurus.

Dan dalam surah Al-Baqarah ayat 1&2:

Maksudnya : Aliif, Laam, Miin. Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.

Dr. solah Al-Khalidi dalam kitabnya (Latoif Quraniah) telah berkata (( kedua-dua nama "Al-Quran" dan "Al-Kitab" ini menandakan bahawa kalam Allah ini akan terpelihara dari segala pengkhianatan tangan-tangan manusia melalui (Quran) yang maksudnya "pembacaan" dan penulisan (Kitab) maksudnya kitab )).

Allah swt juga ada berfirman dalam surah Al-Nahli ayat 89 :

Mafhumnya : Dan kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu, menjadi petunjuk, memberi rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang muslim.

Ibn Kathir dalam tafsirnya telah meriwayatkan bahawa Ibnu Mas'ud telah berpendapat berkenaan ayat ini (( Allah swt telah menerangkan kepada kita melalui Al-Quran ini segala ilmu dan setiap perkara ))

Lihatlah betapa Al-Quran ini milik Al-Khalik (pencipta) yang Maha Bijaksana bukan sehaja ia terpelihara sepanjang zaman, bahkan padanya terdapat ciri-ciri yang membuktikan keindahannya yang bukan hasil ciptaan makhluk. Firman Allah dalam suratul Isra' ayat 88 :

Maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad), sekiranya manusia dan jin bersatu untuk membawa satu contoh yang menyerupai al-Quran, nescaya mereka tidak akan (berupaya) untuk membawa (mencipta) contoh walaupun mereka berkerjasama antara satu sama lain.

Sebagai contoh, Al-Quran mudah untuk dihafaz berbanding kitab-kitab dan buku-buku yang lain (ciptaan manusia). Ini adalah kerana di dalamnya terdapat aturan, kaedah tajwid dan tilawah yang rapi, susunan bahasa dan gaya bahasa yang teratur lagi indah. Al-Quran juga mencakupi segala bentuk bidang keilmuan untuk kejayaan manusia di dunia dan di akhirat, Ilmu akidah, tauhid serta akhlak yang terpuji. Begitu juga kisah-kisah para Nabi yang terdahulu dan hamba-hamba Allah yang taat untuk dijadikan pengajaran , seterusnya ianya juga mencakupi hukum hakam yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia sejagat untuk kesejahteraan meraka sepanjang zaman Allah swt berfirman dalam surah An-Nisa' ayat 82

Mafhumnya : Apakah mereka tidak membaca dan mengambil penjaran daripada al-Quran, sekiranya ia (al-Quran) itu datangnya bukan daripada Allah, nescaya kamu akan dapati di dalamnya pertembungan yang banyak.

Oleh itu, sewajarnya kita umat Islam kembali mengangkat martabat Al-Quran serta menobatkannya di arena dunia untuk mencapai manisnya kemenagan Islam dan redha Allah swt.

 

Sekian Allahu a'laam wassalam.