Bil (11) Siri Pemurnian Aqidah dan Penyucian Hati

 Mutiara Tauhid di Lautan Al-Fatihah (6)

Bismilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Berkata Shaikhul Islam Ibnul Qayyim: ( Di dalam surah Al-fatihah Allah Taala menyandarkan nikmat kepadanya yakni Allah adalah fai’l ( pelaku ) yang memberikan nikmat kepada hambanya. Apabila Allah menceritakan tentang kemurkaan , Allah menyembunyikan pelakunya. Di sebalik semua ini ada rahsianya iaitu:

1 ) Sesungguhnya nikmat adalah kebaikan dan kurnian daripada Allah. Kemurkaan pula adalah intiqoom (balas dendan ) dan keadilan. Rahmat mangalahkan kemurkaan. Maka Allah menyandarkan nikmat kepada dirinya kerana ia lebih sempurna, kuat dan terdahulu daripada kemurkaan. Ini adalah gaya bahasa dan cara Al-Quran menyandarkan kebaikan-kebaikan dan nikmat-nikmat kepada Allah dan Allah menyembunyikan pelaku bagi perkara-perkara yang berlawanan dengan nikmat dan kebaikan, contohnya : Kata-kata jin mukmin yang dirakamkan oleh Allah Taala di dalam surah Al-Jin : ayat 10 yang bermaksud

( Dan sesungguhnya kami tidak mengetahui apakah keburukan yang dikehendaki bagi orang di bumi atau Tuhan mereka menghendaki kebaikan bagi mereka )

 Begitu juga kata-kata Khodir di dalam kisah dinding dan 2 orang anak yatim di dalam surah Al-Kahfi : ayat 82 yang bermaksud :

( Tuhanmu menghendaki agar mereka supaya sampai kepada kedewasannya dan mengeluarkan simpanannya itu ). Begitu juga kata-kata Khodir di dalam kisah kapal yang ditebuknya di dalam surah Al-Kahfi ayat 79 yang bermaksud: (( Aku (Khodir ) bertujuan merosakkan bahtera itu ))

Kemudian Khodir berkata :

 ( Dan bukanlah aku melakukanya itu menurut kemahuanku sendiri) ( surah Al-Kahfi : ayat 82 )

2 )Sesungguhnya Allah Taala sahajalah yang memberikan nikmat kepada hamba-hambanya. Firman Allah dalam surah Annahl: ayat 53 bermaksud:

 ( Sesungguhnya segala nikmat yang kamu perolehi adalah daripada pemberian Allah )

 Maka Allah menyandarkan nikmat kepada dirinya kerana Allah Tuhan Yang Maha Esa dan pemberi nikmat kepada hamba-hambanya. Jika disandarkan nikmat kepada selain daripada Allah maka ia adalah jalan untuk memperolehi nikmat. Adapun kemurkaan terhadap musuh-musuh Allah, tidak dikhususkan kepada Allah sahaja, bahkan para malaikat , Nabi-Nabi dan Wali-Wali Allah turut murka terhadap mereka sebagaimana Allah murka. Maka lafaz ( ALMAGH’DUUBI A”LAIHIM ) menunjukkan bahaw Wali-Wali Allah turut murka terhadap musuh-musuh Allah. Lafaz tersebut juga menunjukkan bahawa nikmat hanya dimiliki oleh Allh dan Allh sahajalah pemberi nikmat. Oleh itu, Allah menggunakan lafaz An’amta A’laihim dan bukannya Al’muna’mu a’laihim !.

3 )Apabial tidak disebut pelaku ( Faai’l ) kemurkaan, ini menunjukkan kehinaan bagi golongan yang dimurkakai oleh Allah. Berbeza pula ketika dijelaskan pelaku pelaku bagi nikmat iaitu Allah. Ia menunjukkan bahaw Allah memuliakan dan menaikkan darjat serta memuji golongan yang diberikan nikmat oleh Allah. Oleh itu jika anda melihat seorang lelaki yang dimuliakan oleh sultan dan diberikan hadiah yang lumayan serta diperkenankan permintaannya maka anda akan menyatakan “ inilah dia lelaki yang sultan muliakan akan dia dan memberikan hadiah kepadanya serta memperkenankan permintaannya. Ibarat ini adalah lebih cantik dan bombastik berbanding dengan kata-kata anda. Inilah dia lelaki yang dimuliakan dan diberikan hadiah serta dimuliakan dan diperkenankan permintaannya.

Renungilah rahsia yang tersimpan di sebalik pemberitahuan mengenai sebab dan balasan bagi 3 golongan tersebut

(1) yang diberi nikmat oleh Allah
(2) yang dimurkai Allah
(3) golongan sesat, dengan lafaz yang begitu ringkas tetapi maknanya begitu dalam sekali.

 Sesungguhnya pemberian nikmat oleh Allah mengandungi :
(1) pemberian nikmat hidayah daripada Allah. Nikmat tersebut ialah : (A) ilmu yang bermanfaat (B) beramal soleh. Hidayah adalah petunjuk dan agama kebenaran ( Islam).
(2)Kesempurnaan nikmat iaitu sebaik-baik pahala dan balasan bagi orang-orang mukmin. Inilah nikmat yang paling sempurna. Kedua perkara -perkara ini (1 dan 2) terkandung di dalam lafaz ( Ana’mta A’laihim).

Sesungguhnya lafaz ( Al magdhuubi A’laihim ) mengandungi 2 perkara:

(1)Balasan bagi golongan yang dimurkai oleh Allah ialah azab neraka dan kehinaan.
(2)Sebab mereka memperolehi kemurkaan Allah iaitu mengingkari suruhan Allah.

Allah Taala maha mengasihi hambanya. Allah tidak akan murka kepada mereka jika mereka tidak mengingkari suruhannya atau tidak sesat daripada jalan yang lurus. Disebabkan mereka sesat dan mengingkari suruhan Allahlah maka Allah murka terhadapmereka. Adapun golongan yang sesat dimurkai oleh Allah dan akan menerima azab Allah. Orang-orang yang sesat layak menerima hukuman daripada Allah dan kemurkaannya disebabkan oleh kesesatan mereka.

Maka sifat-sifat tersebut boleh simpulkan disini bahawa rahsia-rahsia tersebut ialah:
1-Sifat-sifat bagi ketiga-ketiga golongan berdasarkan sebab dan balasan yang akan diterima.
2-Penggunaan bahasa yang ringkas dan cantik serta fasih.
3-Menyebut faai’l ( pelaku) ketika menceritakan tentang golongan yang memperolehi kebahagian.
4-Menyembunyikan pelaku (faai’l) ketika menyifatkan golongan yang dimurkai Allah.
5-Menyandarkan perbuatan ( faai’l) kepada sebabnya ketiak menceritakan tentang golongan yang sesat.

Dan renungilah juga perbandingan diantara hidayah dan nikmat dengan kemurkaan dan kesesatan. Maka ALMAGDHUBI A’LAIHIM dan ADDHOOLIIN, lawannya ialah mereka yang mengikut hidayah Allah dan beroleh nikmatnya. Perbandingan seperti ini banyak didalam Al-Quran. Al-Quran mengaitkan

(1) Kesesatan dengan kecelakaan dan mengaitkan bagi perkataan
(2) petunjuk dengan kejayaan.

 Maka contoh yang pertama ialah firman Allah dalam surah Al- Qamar ayat: 47 yang bermaksud (sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam kesesatan di dunia dan dalam neraka ) dengan surah Al-Baqarah ayat: 7 yang bermaksud

 Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat.

Contoh bagi perkaitan yang kedua ialah firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat: 4 yang bermaksud

( Mereka itulah yangbtetap mendapat petunjuk dari tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung ).

Begitulah dalam surah Al-An’am ayat 82 yang bermaksud:

( Mereka itulah orang-orang yang mendapat tempat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yany mendapat petunjuk ).

Allah juga menggabungkan 4 perkara ini iaitu 1) petunjuk 2) kejayaan 3) kesesatan 4) kecelakaan. Firman Allah dalam surah Toha ayat 123 yang bermaksud

( lalu barangsiapa yang mengikut petunjuk ku ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka )

. Di sini Allah mengaitkan petunjuk dengan kebahagian. Kemudian firman Allah dalam surah Toha ayat 124-126 yang bermaksud

( dan barangsiapa yang berpaling daripada peringatan ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia; “ Ya Tuhanku, mengapa engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat”. Allah berfirman: “demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat kami, maka kamu melupakannya, dan begitu pula pada hari ini kamu dilupakan )

 Di sini Allah mengaitkan kesesatan dengan kesengsaraan. Oleh itu, petunjuk sentiasa seiring dengan kebahagian. Manakala kesesatan pula seiring dengan kecelakaan.

 

Muslimin dan Muslimat,

Daripada kata-kata Al-Hafiz Ibnu Qayyim tadi kita telah dapat mengambil banyak pengajaran -pengajaran dan panduan-panduan serta bekalan-bekalan untuk menuju ke Iyyaka Nakbudu Wa Iyyaka Nastaiin. Oleh itu,ikutilah Sirotal Mustaqim dengan berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah. Ikutilah langkah Salafus Solleh. Hiasilah hati anda dengan iman, taqwa dan akidah salafiah solehah. Dengan cara ini sahajalah kita akan beroleh hidayah daripada Allah dan rahmat daripadanya. Realisasikankanlah tuntutan Al-Fatihah dari segala aspek, nescaya anda akan bahagia di dunia dan akhirat. Sekian Wassalam&ldots;&ldots;&ldots;&ldots;.