Bil (12) : Siri Pemurniaan Aqidah dan Penyucian Hati.
Daarij Madarijus Saalikin Bayna Manazili Iyyaka Nakbudu Wa Iyyaka Nastaiin
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualikum WMT;
Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah sekalian;
Segala puji yang tidak terhingga bagi Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa. Selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW;
Berkata Imam Ibnu Qayyim di dalam Madarij beliau : disebut AsirotolMustaqiim di dalam al-Quran secara mufrad (singular) dan mua'rraf (diidentitikan) dengan 2 pentakrifan :-
1) Takrif dengan Iaam
2) Takrif dengan Idhoofah (genitive construction)
Faedah-faedahnya :
1) Menunjukkan jalan yang lurus ialah jalan yang ditentukan oleh Allah iaitu Islam.
2) Menunjukkan bahwa jalan tersebut telah dikhususkan oleh Allah.
3) Menunjukkan bahawa jalan yang lurus hanya satu sahaja iaitu Islam.
Adapun jalan-jalan lain yang dilalui oleh orang yang sesatdan dimurkai Alllah, disebut oleh Allah di dalam al-Quran dengan sighoh jamak (plural) dan mufrad (singular). Contohnya firman Allah dalam surah al-Ana'am ayat 153 yang bermaksud : (dan bahawa ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya). Maka Allah mensingularkan lafaz ASSIROT dan SABILIHI. Dan Allah menjamakkan lafaz ASSUBUL. Berkata Ibnu Masu'ud : Rasulullah SAW melukis garisan lurus di atas tanah lalu baginda bersabda : Ini adalah jalan Allah, lalu nabi melukis garisan-garisan yang bersimpang-siur di kiri-kanan garisan lurus di atas tanah, lalu baginda bersabda : Ini adalah jalan-jalan. Dan di atas setiap jalan ada syaitan yang mengajak insan kepadanya. Kemudian Rasulullah membaca ayat surah al-Ana'am ayat ke 153.
[Hadis Hasan. Riwayat Addarimy 1/67; Ahmad bin Hambal 1/435, 456; at-Tobary 14168, al-Hakim 2/318 dan disohihkan oleh Ibnu Hibban (6), (7)]
Ini adalah kerana jalan menuju Allah hanya satu sahaja iaitu jalan yang dilalui oleh rasul-rasul yang diturunkan kitab-kitab wahyu kepada mereka.Tidak ada seorang pun yang boleh sampai kepada Allah melainkan denganjalan yang satu. Jika manusia cuba untuk melalui jalan-jalan yang lain selain daripada SIROTOL MUSTAQIIM dan cuba melalui pintu-pintu kesesatan,maka mereaka tidak akan berjaya kerana kesemua jalan-jalan kesesatan adalah jalan mati dan begitu juga semua pintu-pintu kesesatan tertutup malainkan satu jaln sahaja iaitu SIROTOL MUSTAQIIM.
Sesungguhnya jalan ini bersambung kepada Allah dan menyampaikan kita kepadanya. Firman Allah di dalam surah al-Hijr; ayat 41 bermaksud (Ini adalah jalan yang lurus, kewajipan Akulah (menjagainya)). Berkata al-Hasan dalam menafsirkan ayat ini : (jalan yang lurus menuju kepada Ku) Pentafsiran ini mengandungi 2 keberangkalian :-
1) Huruf A'laa di sini bermakna kepada atau ke.
2) Sesungguhnya Hasan menghendaki tafsir yang berdasarkan makna. Ini lebih menyerupai method salafi. Pentafsiran itu ialah jalan yang menyampaikan kepada Allah.
Berkata pula Mujahid : Kebenaranadalah kembali kepada Allah. Jalankebenaran semestinya menuju Allah. Jalan itu tidak bengkang-bengkok. Pentafsiran Mujahid ini menyerupai penmtafsiran Hasan buhkan lebih jelas lagi. Dan ia adalah pentafsiran yang paling betul bagi ayat ini.
Dan dikatakan bahawa (A'layya) di dalam ayat menunjukkan ALWUJUUB (keewajipan) iaitu kewajipan Akulah menerangkan dan memberikan identiti serta menunjukkan jalan yang lurus itu. Pentafsiran Hasan dan Mujahid menyerupai 2 pentafsiran bagi ayat 9 surah Annahl yang bermaksud : [Dan hak bagi Allah (menerangkan) jalan yang lurus]. Pentafsiran yang betul bagi surah Annahl; ayat9 samalah dengan pentafsiran ayat al-hijr iaitu : [Jalan yang lurus itu ialah kembali kepada Allah dan menyampaikan orang-orang mukmin kepadanya.
Berkata thufail al-Ghonawy di dalam syair beliau :
Madhou salafan qasdas sabiili a'laihinu Wa sorful manaya birrijaali tasyqolibu
Iaitu : Kami berjalan menujukepada mereka dan merekalah destinasi kami.
Berkata penyair yang lain :
Fahunnal manaayaa ayyu waadin salaktuhu A'laiha fariiqy au a'laiya toriiquhaa
Jika bertanya seseorang : Baiklah; jika sekiranya begitulah yang dimaksudkan, maka penggunaan huruf jar (ilaa) lebih sesuai daripada (a'laa) kerana ilaa menunjukkan sampai kepada destinasi manakala a'laa menunjukkan alwujub (kewajipan). Tidakkah anda perhatikan di dalam al-Quran, apabila Allah menceritakan tentang destinasi maka Allah menggunakan huruf (ilaa) seperti firman Allah dalam surah al-Ghosyimah; ayat 22 yang bermaksud [Sesungguhnya kepada kamilah mereka kembali]. Begitu juga dalam surah Yunus; ayat 46 bermaksud [Kepada kamilah tempat mereka kembali]. Begitu juga dalam surah al-Ana'am; ayat 108 bermaksud [Dan kepada Tuhan mereka tempat mereka kembali].
Manakala apabila Allah menghendaki WUJUD (kewajipan) Allah menggunkan huruf jar (a'laa) seperti dalam surah al-Ghosyimah; ayat 62 bermaksud [Kemudian sesungguhnya kewajipan kamilah menghisab amlaan mereka]. Begitu juga firman Allah dalam surah al-Qiamah; ayat 17 bermaksud [sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkan al-Quran di dadamu dan membuatmu pandai membacanya]. Begitu juga dalam surah Hud; ayat 6 bermaksud [Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezeekinya]. Dan banyak lagi contoh-contoh yang lain.
Maka jawapan bagi soalantersebut ialah; disebalik huruf jar (a'laa) ada tersimpan rahsia yang sangat halus iaitu huruf ini menunjukkan kepada kita bahawa orang yang berjalan di atas SIROTOL MUSTAQIM berada di atas petunjuk Allah. Dan petunjuk Allah adalah benar sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqrah; ayat 4 bermaksud [Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan meraka dan merekalah orang yang beruntung]. Begitu juga dalam surah Annaml; ayat 79 bermaksud [Sebab itu bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya kamu Muhammad SAW berada di atas kebenaran yang nyata]. Allah adalah AL-HAQ (Yang Maha Benar). Dan jalanNya adalah benar. Dan agamaNya benar. Dan siapa yang beristiqomah di atas jalan Allah, maka dia berada di atas petunjuk dan kebenaran. Maka disebalik huruf jar a'laa ada rahsia yang halus yang tersimpan yang tidak ada dalam huruf alaa. Renungilah!!!.
Jika kamu bertanya : Apakah faedah penggunaan huruf jar a'laa? Dan bagaimana orang mukmin boleh berada tinggi di atas puncak kebenaran dan petunjuk Allah?
Kata Ibnu Qayyim : Ini adakah kerana dengan berada di atas martabat yang tinggi dia mengikut kebenaran dan petunjuk dan dia tetap di artasnya serta beristiqomah. Maka penggunaan huruf jar a'laa menunjukkan ketinggian darjat seorang mukmin dan ketetapannya dan istiqomahnya. Ini berbeza dengan kesesatan dan keraguan.
Apabila Allah menceritakn tentang kesesatan dan keraguan, Allah menggunakan huruf jar (ilaa) kerana ilaa menunjukkan bahawa orang yang sesat dan ragu-ragu masuk dan jatuh ke bawah serta tenggelam di dalam lautan kesesatan dan syak seperti firman Allah dalam surah Attaubah; ayt 45 bermaksud [Kerana itu mereka selalu bimbang dalam keraguannya]. Begitu juga dalam surah al-Ana'am; ayat 39 bermaksud [Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami adalah pekak, bisu dan berada dalam gelap gelita]. Dan firman Allah dalam surah Almukminun; ayat 54 bermaksud [Maka biarkanlah mereka dalm kesesatan mereka sampai suatu waktu]. Dan firman Allah dalam surah Fussilat; ayat 45 bermaksud [Dan sesungguhnya mereka terhadap al-Quran benar-benar dalam keraguan-keraguan yang mambingungkan].
Seterusnya, perhatikanlah serta renungilah firman Allah dalam surah Sabak; ayt 24 bermaksud [Dan sesungguhnya kami atau kamu (orang-orang musyrikin) pasti berada di atas kebenaran atau dalm kesesatan yang nyata]. Maka sesungguhnya jalan kebenaran membawa orang mukmin naik tinggi menuju kepada Allah Taala Yang Maha Tinggi Lagi Agung. Manakala jalan kesesatan pula membawa orang yang sesat menuju ke peringkat yang bawah sekali du dalam neraka!!! Nauuzu billahi min zalika.
Ikhwah,
Sungguh menakjubkan sekali pentafsiran Ibnu Qayyim. Sesungguhnya beliau benar-benar memahami tuntutan-tuntutan tauhid di dalam surah al-Fatihah. Oleh itu; kita mestilah mengikut SIROTOLMUSTAQIM dengan menegakkan Daulah Islamiah, melaksanakan Hukum Hudud, mengharamkan zina dan arak, rajin solat berjemaah di masjid, berzikir, membunag segala penyakit-penyakit hati dan melahirkan generasi mujahidiin yang akan mengembalikan Masjid Aqsa ke tangan orang Islam. Dengan itu, kita akan sama-sama naik tinggi menuju keredhoan Allah di galaksi Iyyaka Nakbudu Wa Iyyaka Nastaiin, Insya Allah Taala. Sekian. Wassalam.