Daarij Madarijus Saalikin Bayna Manazili Iyyaka Nakbudu Wa Iyyaka Nastaiin

Bil (13) : Siri Pemurniaan Aqidah dan Penyucian Hati.

Tajuk : Sesungghuhnya Tuhanku (Allah) berada di atas jalan yang lurus.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualikum WMT;

Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah sekalian;

Segala puji yang tidak terhingga bagi Allah Khaliq Yang Maha Berkuasa, Maha Agong. Selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW;

Berkata Shaikhul Islam Ibnul Qayyim di dalam Madarij beliau : "Sirotol Mustaqiim adalah jalan Allah. Dan Allah telah memberitahu bahawa Allahlah yang berhak menjadikan dan menyifatkan Sirotol Mustaqim". Allah juga menerangkan bahawa Dia berada di dalam jalan yang lurus. Ini boleh di dapati di dalam 2 tempat di dalam al-Quran iaitu :

 ( 1 ) Surah Hud

(2) surah Nahl.

Firman Allah di dalam surah Hud; ayat 56 yang bermaksud : [Tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dialah yag menguasai umbun-unbunnya. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus]. Dan firman Allah di dalam surah Annahl; ayat 76 yang bermaksud : [Dan Allah membuat perumpamaan 2 orang lelaki, yang seorang bisu tidak dapat berbuat sesuatupun dan dia menjadi beban di atas penanggungannya, kemana sahaja dia disuruh oleh penanggungnya itu dan dia tidak dapat mendatangkan suatu kebajikanpun. Samakah orang itu dengan siapa yang menyuruh berbuat keadilan dan dia berada pula di atas jalan yang lurus?].

Allah membuat perumpamaan ini bagi berhala-berhala yang tidak boleh mendengar serta tidak boleh memahami dan berkata-kata. Berhala-berhala itu merupakan beban yang sangat berat bagi golongan yang menyembah berhala kerana mereka terpaksa membawa, meletakkan dan menegakkannya di atas tanah serta memberi khidmat kepadanya. Oleh itu, bagaimanakah mereka boleh menyamakan baerhala-berhala ini dengan Allah yang menyuruh kepada Keadilan dan Tauhid?.

Sedangkan Allah Maha Berkuasa, Maha Berkata-kata, Maha Kaya dan Mahasuci Allah di atas jalan yang lurus pada kata-kataNya dan perbuatanNya. Perbuatan Allah adalah kebenaran, petunjuk dan nasihat. Perbuatan Allah adalah hikmah, keadilan, rahmat dan maslahat. Ini adalah pentafsiran yang paling sohih bagi ayat ini dan ramai dari kalangan mufassirin yang tidak menyebut pentafsiran tersebut.

Allah Taala di atas jalan yang lurus.

Oleh itu Allah wajib menerangkan kepada kita mengenai ciri-ciri Sirotol Mustaqim. Sesungguhnya petunju Allah adalah dengan kata-kataNya dan perbuatanNya kerana Allah di atas jalan yang lurus pada perbuatan dan kata-kataNya. Ini tidak bercanggah dengan pendapat yang mengatakan bahawa Allah di atas jalan yang lurus.

Ada pendapat yang mengatakan : Jika begitu, Nabi Muhammad SAW juga menyeru kepada keadilan dan baginda juga berada di atas jalan yang lurus.

Aku (Ibnul Qayyim) menjawab : "Pendapat ini benar dan tidak bercanggah dengan pandapat yang pertama. Allah di atas jalan yang lurus, begitu juga Rasulnya SAW. Sesungguhnya Nabi SAW tidak melakukan atau menyuruh malainkan tuntutan-tuntutan Sirotol Mustaqiim sahaja. Oleh itu, ini adalah 2 perumpamaan untuk imam orang-orang kafir dan mursyid mereka iaitu berhala-berhala yang bisu, tidak mempu memberi hidayah dan kebaikan. Ia juga adalah perumpamaan bagi imam orang-orang soleh Rasululluh SAW yang mengajak manusia kepada keadilan dan baginda berada di atas jalan yang lurus.

Berdasarkan pendapat yang pertama : ayat ini merupakan perumpamaan bagi berhala yang disembah oleh orang-orang kafir. Manakala Allah, Tuhan yang diabdikan diri kepadaNya oleh orang-orang mukmin yang soleh. 2 pendapat ini adalah seiringan. Ada yang mengambil pendapat yang pertama dan ada juga yang mengambil pendapat yang kedua. Dan kedua-duanya adalah maksud ayat tersebut.

Ada pendapat lain pula yang mengatakan bahawa kedua-duanya adalah untuk orang mukmin dan orang kafir. Ini adalah pendapat yang diriwayatkan oleh A’tiyyah daripada Ibnul Abbas. Berkata pula A’thoo’; "Orang yang bisu adalah Umar bin Kholuf, manakala yang menyuruh ke arah kebaikan ialah Hamzah, Usman bin Affan dan Usman bin Mazu’un".

Aku (Ibnul Qayyim) berkata; "Barangkali ayat tersebut mngandungi pendapat ini dan tidak bercanggah dengan 2 pendapat yang sebelumnya. Sesungguhunya yang berada di atas jalan yang lurus ialah Allah, Rasullullah SAW dan pengikut-pengikut baginda. Adapun mereka yang menyimpang dari jalan yang lurus ialah berhala yang disembah oleh orang-orang kafir. Mereka-mereka yang mengikuti, diikuti dan disembah. Sebahagian menyebut jenis yang paling tinggi. Ada yang menyebut mursyid kesesatan. Ada juga yang menyebut orang yang menerima reaksi daripada orang-orang kafir. Ayat ini mengandungi semua kebarangkalian tersebut". Dan banyak lagi contoh-contoh yang berkaitan dengan perkara ini di dalam al-Quran.

Adapun ayat 56; surah Hud jelas dan mengandungi satu makna sahaja iaitu; Allah SWT berada di atas Sirotol Mustaqiim. Dan Allahlah yang paling berhak sekali berada di atasnya.

Sesungguhnya kesemua kata-kata Allah adalah kebenaran, petunjuk, keadilan dan hikmah sebagaimana firman Allah Taala dalam surah al-Ana’am; ayat 115 yang bermaksud [Dan telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil].

Semua perbutan Allah pula adalah maslahat, hikmah, rahmat, keadilan dan kebaikan. Kejahatan tidak sekali-kali masuk ke dalam perbuatan–perbuatan Allah dan kata-kataNya kerana kejahatan terkeluar dari Sirotol Mustaqiim. Persoalan, bagaimanakah kejahatan boleh masuk ke dalam perbuatan-perbuatan Allah atau kata-katanya sedangkan Allah berada di atas jalan yang lurus?. Bahkan sesungguhnya perbuatan itu masuk ke dalam perbuatan mereka yang menyimpang jauh dari jalan yang lurus!!!

Nabi Muhammad SAW berdoa; "Aku taat pada perntahMu Ya Allah! Dan aku mengharapkan kesejahteraan dari Engkau, dan segala kebaikan ditanganMu dan kejahatan tidak disandarkan kepadaMu".

[Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sohihnya (771) dan Nasaai (2/130) dari hadis ali bin Abi Talib]

Janganlah kamu berpaling kepada mereka yang menafsirkan hadis tersebut bahawa; Dan tidak ditaqorrubkan (mendekatkan diri) kepada Allah dengan kejahatan atau ia tidak naik kepada Allah. Sesungguhnya makna yang asal lebih hebat dan besar nilainya daripada pentafsiran mereka.

Ketahuilah bahawa kesemua nama-nama Allah (Asmaaullah)adalah baik (husna). Semua sifat-sifat Allah adalah kesempurnaan. Perbuatan Allah semuanya adalah himat-hikmat. Dan kata-kata Allah kesemuanya adalah kebenaran dan keadilan : Oleh itu, mustahil kejahatan boleh masuk ke dalam nama-nama Allah, sifat-sifatNya, prbuatan-perbuatanNya dan kata-kataNya.

Maka samakanlah makna sebenar hadis ini dengan firman Allah dalam surah an-Nahl; ayat 76 yang bermaksud [Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus]. Dan renungilah bagaimana Allah menyebut ayat ini selepas ayat 56; dari surah Hud yang bermaksud [Sesungguhnya kau bertawakkal kepada Allah, tuhanku dan tuhan kamu].

Iaitu Allahlah Tuhanku. Maka Allah tidak akan menghinakan aku ditangan musuh dan Allah tidak akan menjadikan aku dari kalangan mereka yang tidak diendahkan. Allah juga adalah Tuhan kamu. Maka Allah tidak akan membiarkan kamu semua menguasai aku dan menghukumi aku. Sesungguhnya umbun-umbun kamu di tangan Allah. Kamu tidak dapat melakukan apa-apa jika Allah tidak menghendakinya. Sesungguhnya umbun-umbun semua binatang yang melata di tangan Allah.

Tidak mungkin semuanya bergerak malainkan dengan izin dari Allah. Allahlah yang mentadbirnya. Bersama semua ini, yakni pentadbiran Allah terhadap umbun-umbun itu dan kekuasaan Allah untuk menggerakkannya serta perlaksanaan qadak dan qadarnya, maka Allah berada di atas jalan yang lurus. Segala perbuatan Allah adalah hikmat, keadilan dan maslahat. Dan jika Allah menjadikan kamu berkuasa terhadapku maka ia adalah hikmat daripadaNya dan bagimu segala puji-pujian yang tidak terhitung banyaknya, kerana ia adalah penguasaan terhadapku yang ditentukan oleh Tuhan yang berada di atas jalan yang lurus. Allah tidak berlaku zalim dan tidak melakukan sesuatu perkara dengan sia-sia tanpa ada sebarang hikmat disebaliknya.

Muslimijn dan muslimat diseluruh dunia,

Subhanallah! Hebat sungguh kata-kata Ibnul Qayyim. Bertambah iman kita kepada Allah apabmembacanya. Tenang dan sejuk hati-hati kita. Hati-hati yang penuh dengan penyakit-penyakit hati dan lalai kepada Allah, tetapi kembali bersinar dengan sinaran Madarijus Saalikiin.

Oleh itu, kita mestilah mengikuti Sirotol Mustaqiim,dengan mempraktikkan Islam 100% sebagaimana yang diperintahkan Allah.

Kembalilah kita semua kepada aqidah Ahli Sunnah, aqidah Solafussoleh yang sebenar. Dengan cara inilah sahaja kita dapat menegakkan Daulah Islamiah kembali sebagaimana yang ditegakkan oleh baginda Muhammad SAW.

Aqidah yang kita kehendaki ialah pemahaman yang disusuli oleh amal ibadat. Insya Allah, Islam akan kembali gemilang sebagaimana gemilangnya Islam di zaman para sahabat terdahulu.

Sekian, Wassalam.