BIL: 15 Siri Pemurnian Aqidah dan Penyucuian Hati.
Oleh Darijul Madarij Saalikiin Bayna Manail Iyyaka Nabudu Wa Iyyaka Nastaiiin.
Bismillahirrahmaanirrahiim,
Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Berkata Shaikhul Islam Abnu Qayyim: ( Tuntuntan tauhid yang paling agung ialah memohon hidayah daripada Allah agar Allah menjadikan kita dari golongan yang mengikuti SIROOTOL MUSTAQIIM. Ini adalah semulia-mulia pemberian yang dikurniakan kepada Allah. Oleh itu Allah telah mengajar hamba-hamba-Nya cara-cara memohon hidayah iaitu:-
1 . Memuji Allah Taala dan mengagongkannya.
2 . Ubudiah kita kepada Allah dan mentauhidkanNya, Inilah dia dua wasilah ( cara) untuk memohon hidayah. Dua wasilah itu ialah :-
A . Bertawassul kepadaNya dengan nama-namaNya dan sifat-sifatNya.
B . BertawassulkepadaNya dengan Ubudiyah ( kehambaan ) kita kepadaNya.
Doa hampir-hampir tidak ditolak jika diiringi dengan dua wasilah tersebut. Ii disokong oleh dua hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban di Dalah sohehnya dan Ahmad bin Hanbal dan Tarmizi.
HADIS 1 : Hadis Abdillah bin Buraidah dari Buraidah berkata: " Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya aku berdoa kepada Mu bahawa sesungguhnya Engkaulah Allah yang tiada tuhan yang berhak diabdikan diri kepadanya segala sesuatu, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tiada seorang pun setara dengan-Nya. Maka bersabdalah Nabi SAW: Demi Allah! Sesungguhnya dia telah memohon kepada Allah dengan nama Allah yang paling agong, yang apabila dia berdoa dengannya, doanya akan dimakbulkan, dan apabila dipohon sesuatu dengan nama tersebut, Allah akan menunaikannya". Berkata Tirmizi: hadis soheh
[ Hadis soheh: dikeluarkan oleh Tirmizi ( 3475), Ahmad ( 5/360), Nasaie ( 3/52)
Ini adalah tawassul kepada Allah dengan nama-nama Allah dan sifat-sifatNnya.
Al Quran telah menggabungkan dua wasilah iaitu:
1 . Tawassul dengan memuji dan mengagongkan Allah.
2 . Tawassul dengan ubudiya kita kepada Allah dan mentauhidkan-Nya dengan sebenar-sebenar Tauhid.
Kemudia barulah datang permohonan hidayat yang merupakan tuntutan tauhid yang penting dan pemberian yang terbaik dari Allah iaitu Ihdinas Sirotol Mustaqiim.
HADIS KE 2: Hadis Anas: Sesungguhnya Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada Mu bahawa sesungguhnya segala puji bagi Mu, tiada tuhan yang berhak diabdikan dirinya melainkan Engkau, Yang maha memberikan nikmat, pencipta langit dan bumi, yang memiliki ke agongan dan kemuliaan, Wahai Tuhan Yang Maha Hidup lagi tidak berhajat kepada makhlik. Maka bersabda Nabi SAW. Sesungguhnya dia telah bertawassul kepada Allah dengan nama-Nya yang paling agong.
[ Hadis Sohih: dikeluarkan oleh Abu Dawud (1495) Nasaie (3/25) dan Ibnu Majah ( 3859) ]
Juga doa Nabi ketika baginda bangun menunaikan sembahyang malam. Imam Bukhari meriwayatkan didalam Sohih Bukhari daripada hadis Ibnu Abbas; Segala puji bagi Mu Ya Allah, Engkau cahaya (nur) langit dan bumi serta penghuninya, dan segala puji bagi Mu, Engkau pencipta langit dan bumi serta penghuninya. Dan segala puji bagi Engkau Engakaulah AL HAQQ ( Yang Maha Benar ). Dan janji Mu adalah kebenaran. Pertemuan dengan Mu adalah benar, Syurga adalah benar, Neraka adalah benar, Nabi-nabi adalah benar, Kiamat adalah benar dan Muhammad adalah benar. Ya Allah, kepada Engkau sajalah aku beriman, kepada Engkau sajalah aku bertawakkal, kepada Engkau sajalah aku bertaubat, kepada Engkau sajalah kami mengadu, dan kepada Engkau kami berhukum. Maka ampunlah dosa-dosaku yang lalu dan akan datang, dan dosa-dosaku yang aku sembunyikan dan aku zahirkan . Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan yang berhak diabdikan diri kepadanya melainkan Engkau.
[ Hadis Soheh: Diriwayatkan oleh Bukhari ( 1120) Muslim ( 769) dan Malik ( 1/215)]
Di dalam hadis diatas nabi SAW bertawassul kepada Allah dengan memuji-Nya dan ubudiyah Nabi SAW kemudian barulah Nabi memohon kemapunan.
Ikhwah,
Kesimpulannya , kita berhajat kepada hidayah Allah. Untuk memperolehinya, Allah mengajar kita agar bertawassul kepadanya denga Asmaaul Husna dan sifat-sifatNya serta ubuiyah kita kepada Allah. Dan inilahtawassul yang diamalkan oleh baginda Nabi SAW. Oleh itu bertawassullah kepada Allah, Insya Allah, Allah akan memberi hidayat kepada anda. Akhirnya saya bertawassul kepada Allah dengan mengucapkan setinggi-tinggi pujian kepada Allah bersama ubudiyah dan tauhid saya kepada Allah agar Allah menerangkan hati-hati kita dengan aqidah salafus soleh dan iman yang kuat. Aamin, Ya Rabbal Aalamiin. Sekian Wassalam