Tajuk : Wahsyatu Attafarrudi Rawatannya A'damul Iltifaat

Daarij Madarijus Saalikin Bayna Manazili Iyyaka Nakbudu Wa Iyyaka Nastaiin

Bil (16) : Siri Pemurniaan Aqidah dan Penyucian Hati.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualikum WMT;

Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah sekalian;

Segala puji yang tidak terhingga bagi Allah Khaliq Yang Maha Berkuasa, Maha Agong. Selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW;

Berkata Shaikhul Islam Ibnul Qayyim di dalam Madarij Salikin : Orang yang berjalan di atas Sirotol Mustaqiim pada hakikatnya mencari suatu perkara yang ramai manusia menyimpang daripadanya. Dia ingin mencari jalan kebenaran, tetapi malangnya bilangan mereka yang ingin bersama-samanya terlampau sedikit [khususnya di zaman ini!!]. Oleh itu, dirinya berasa takut dan sedih kerana dia berseorangan sahaja di atas Sirotol Mustaqiim. Dia berhajatkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain untuk menenangkan hatinya yang resah. Tetapi ALHAMDULILLAH, Allah telah memberitahu kepadanya di dalam Al-Quran akan golongan yang seiring dengannya di atas Sirotol Mustaqiim. Iaitu sebagaimana yang diingatkan di dalam surah Annisaa'; ayat 64 yang bermaksud : [Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasulnya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang dianugerahi nikmat Allah iaitu : Nabi-nabi, para Shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baik].

Di dalam surah Al-Fatihah Allah menyifatkan (menyandarkan) Sirotol kepada teman-teman yang berjalan bersamanya di atas Sirotol Mustaqiim [Sirotol Laziina Ana'mta A'laihim]. Ini adalah supaya terhapusnya perasaan takut bagi orang yang ingin mencari hidayah dan melalui Sirotol Mustaqiim, terhadap ahli zaman dan kaumnya sendiri.

Maka dia hendak;lah mengetahui bahawa teman-temanya di atas Sirotol Mustaqiim ialah mereka yang diberi nikmat oleh Allah. Walaupun ramai orang dizamannya yang menyimpang dari jalan kebenaran, janganlah dia bersedih kerana darjat mereka terlalu rendah di sisi Allah walaupun bilangan mereka banyak.

Diriwayatkan daripada sebahagian golongan salaf : [Ikutlah jalan kebenaran. Janagnlah kamu berasa takut disebabkan kerana bilangan orang-orang yang berjalan menuju Allah adalah sedikit. Jangan sekali-kali kamu mengikut jalan kebatilan, jangnlah kamu tertipu dengan bilangan orang-orang binasa yang ramai!!!]. Setiap kali kamu berasa takut lihatlah golongan-glongan terdahulu (salafus soleh) dan berusahalah sedaya-upaya untuk mengikuti jejak langkah mereka. Jangan peduli terhadap golongan yang sesat dan pejamlah matamu. Sesungguhnya merekaitu tidak dapat memberi manfaat langsung kepadamu. Jika kamu terdengar suara-suara sumbang yang cuba menarik perhatianmu, janganlah kamu mempedulikannya. Jika kamu melayan mereka, kamu akan ditangkap olrh meraka dan dihalang daripada berjalan di atas Sirotol Mustaqiim.

Ibnu Qayyim telah membuat dua perumpamaan bagi perkara ini, maka ambillah perhatian!

1)Seorang lelaki keluar dari rumahnya menuju ke masjid untuk solat berjemaah. Di dalm hatinya dia tidak berniat melainkan solat berjemaah sahaja. Di tengah jalan, beliau dihalang oleh syaitan dari kalangan manusia. Syaitan itu melemparkan kata-kata kesat terhadapnya, yang menyakitkan hatinya. Lelaki itu pun membalas kembali kata-kata syaitan itu sehingga menyebabkan berlakunya perbalahan di antara mereka berdua. Boleh jadi, syaitan itu lebih kuat,lalu ia mengalahkannyaserta menghalangnya daripada sampai ke masjid. Maka terlepaslah lelaki itu dari menunaikan solat berjemaah pada awal waktu di masjid. Kemungkinan lelaki itu lebih gagahdari syaitan manusia itu. Tetapi syaitan msenghaja meneruskan pergaduhan danmelengah-lengahkan masa agar leleki itutidak dapat solat di sat yang pertama. Maka kurang sempurnalah pahala solat jemaahnya. Jika lelaki itu melayan kerenah syaitan itu, dia akan minat untukberurusan dengannya. Bolehjadi lemah niat asalnya. Tetapi jika lelaki itu berpaling daripadanya dan meneruskan niat asalnyaserta takut terlepas solat berjemah atau waktu solat syaitan tidak dapat menghalanyanya!!!.

2)Rusa lari lebih laju daripada serigala. Tetapi jika dia menoleh ke belakang ketika dikejar oleh serigalatersebut, maka kelajuannya akan berkurangan. Lalau serigala itupun menangkapnya lantas memakannya.

Faedah memiliki teman-teman yang baik ialah :

1)Menghilangkan perasaan takut apabila berada keseorangan di atas jalan kebenaran.

2)Memberikan semangat kepada kita umtuk terus meneruskan perjalanan menuju Allah. Serta mengikut jejak langkah solafus soleh.

Inilah faedah pertama doa qunut : [Ya Allah berilah hidayah kepadaku sebagaimana Engkau memberikan hidayah kepada orang-orang terdahulu]. Yakni : Masukkan aku ke dalam golongan ini dan jadikan aku teman mereka dan jadikan aku bersama mereka.

[Hadis Sohih ; diriwayatkan oleh tarmizi (464), Abu Dawud (1425), Ibnu Majah (1178) dan disohihkan oleh Al-Hakim (3/172) dari Al-Hasan bin Ali]

Faedah ke-2 : Nabi SAW bertawassul kepada Allah dengan nikmat-nikmat yang diberikan oleh Allah dansifat IhsanNya kepada golongan yang telah diberikan nikmat hidayah oleh Allah Taala. Iaitu : Engkau telah memberi nikmat hidayah kepada mereka; itu adalah nikmat daripada Engkau. Jadikanlah sebahagian daripada nikmat itu bagiku. Dan jadikanlah aku salah seorang daripada mereka yang telah diberi nikmat hidayah daripadaMu. Maka ini adalah tawassul kepada Allah dengan sifat IhsanNya.

Faedah ke-3 : Samalah juga jika seseorang itu memohon kepada Allah :

1)Iktiraflah kebenaran diriku sebagaimana Engkau mengiktiraf kebenaran mereka

2)Ajarkanlah kepadaku sebagaimana yang Engkau ajar kepada golongan-golongan terdahulu.

3)Ihsanilah akau sebagaimana Engkau mengihsani mereka.

Muslim dan muslimat;

Sesungguhnya kata-kata Ibnu Qayyim ini merupakan realiti kehidupan kita pada hari ini. Golongan yang berjalan di atas Sirotol Mustaqiim sedikit. Tetapi golongan yang menyimpang dari jalan kebenaran adalah terlalu ramai. Golongan yang benar merasa takut kerana golongan yang menyimpang dari jalan kebenaran adalah ramai. Oleh itu, kembalilah anda kepada aqidah Solafus Soleh. Ikutilah pertunjuk Rasulullah SAW. Jadikan orang-orang yang mati seperti Solafus Soleh sebagai teman-teman seperjuangan kita kerana ramai dari kalangan orang yang hidup di zaman ini tidak boleh dijadikan ikutan. Kita mestilah terus berjlaan di atas sirotol Mustaqiim. Janagn pedulikan golongan-golongan yang keras hatinya.

Oleh itu, ikutilah jejak-jejak Solafus Soleh. Ajaklah orang lain kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran. Ttetapi, jika mereka tetap berdegil, adakah kita ingin menjadi sesat seperti mereka? Tidak. Jangan pedulikanmereka. Jika semua orang meninggalkan solat, saya tetap mengerjakan solat. Jika semua orang minum arak, saya tetap mengharamkannya. Jika semua orang hendak perlaksanakan Daulah Islamiah san Syariah Islamiah, saya tetap memperjuangkannya. Jiak semua orang malu memakia jubah dan tudung, saya tetap berbangga menjadi seorang Muslimah yang taat kepada perintah Allah. Jiak semua orang murtad dan melaksanakan sistem barat, saya tetap berpeganag dengan aqidah Ahlil Hadis, AqidahSolafus Soleh. Dengan cara ini sahajalah, Islam akan kembali gemilang, Insya Allah Taala!!!. Aaamin.

Sekian Wassalam.