Bil (17) : Siri Pemurniaan Aqidah dan Penyucian Hati.
Daarij Madarijus Saalikin Bayna Manazili Iyyaka Nakbudu Wa Iyyaka Nastaiin
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualikum WMT;
Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah sekalian;
Segala puji yang tidak terhingga bagi Allah Khaliq Yang Maha Berkuasa, Maha Agong. Selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW;
Berkata Alallamah Ibnul Qayyim AL-Jauziyyah di dalam Madarij Salikin : "Ini adalah dilalah (alamat) bagi Tauhid Al-asmaa Wassifaat. Di dalam surah Al-Fatihah terdapat 5 nama Allah yang menunjukkan kepada tauhid Al-asmaa Wassifaat :-
1 ) Allah
2 ) Rabb
3 ) Arrahmaan
4 ) Arrahiim
5 ) Almalik
Kelima-lema nama ini terbina di atas 2 asas :-
Asas (1) : Sesungguhnya nama-nama Allah Yang Maha Suci Lagi Tinggi menunjukkan kepada sifat-sifat kesempurnaanNya. Maka nama-nama Allah diishtiqoq (diterbitkan) dari sifat-sifat. Maka ia adalah nama-nama dan sifat-sifat. Oleh itu, nama-nama Allah adalah HUSNA : (baik). Jika nama-nama Allah itu sekadar lafaz yang tidak ada makna, maka tidak baiklah nama-nama itu dan ia tidak menunjukkan puji-pujian dan kesempurnaan; serta bolehlah kita samakan nama-nama yang berkaitan dengan intiqoom (membalas) dan ghodob (marah) dengan nama-nama yang berkaitan dengan rahmat dan ihsan dan sebaliknya. Maka dikatakan: Ya Allah! Sesungguhnya aku telah menzalimi diriku, maka ampunlah dosaku sesungguhnya Engkau adalah ALMUNTAQIM, dan Ya Allah berikanlah kepadaku, sesungguhnya Engkau memberi mudarat dan melarang. (Ini adalah batil dan salah!).
Menafikan makna nama-nama Allah yang husna adalah merupakan salah satu daripada penyelewengan terhadapnya. Firman Allah dalam surah Alaraaf; ayat 180 yang bermaksud : [Dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam menyebut nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang mereka telah kerjakan].
Jika nama-nama Allah tidak mengandungi makna-makna dan sifat-sifat, maka tidak bolehlah kita mengkhabarkan tentang nama-nama Allah dengan masdar (tempat terbit kalimah) dan tidak bolehlah disifatkan Allah dengan masdar.
Tetapi Allah mengkhabarkan tentang dirinya dengan masdar nama-nama Allah dan mengisbatkannya kepada diriNya dan diisbatkan oleh Rasulullah SAW seperti firman Allah dalam surah Azzariat; ayat 58 yang bermaksud : [Sesungguhnya Allah, Dialah Maha Pemberi Rezeki yang punyai kekuatan lagi sangat gagah]. Dari potongan ayat tersebut dapat diketahui dari masdar ALQUWWAH nama Allah Al-qawiyyu, maknanya; yang disifatkan dengan kekuatan. Begitulah juga dengan firman Allah dalam surah Fatir; ayat 10 yang bermaksud : [Maka bagi Allahlah kemudian itu semuanya]. Maka Alaziz ialah siapa yang memiliki izzah (kemuliaan).
Jika sifat kemuliaan dan kekuatan tidak tetap bagi Allah maka Allah tidak akan dinamakan sebagai ALQAWIYYU dan ALAZIZ. Begitu juga di dalam surah An-Nisaa; ayat 166 yang bermaksud : [Allah menurunkan al-Quran dengan ilmunya]. Di dalam surah Hud; ayat 14 yang bermaksud : [Ketahuilah bahawa al-Quran diturunkan dengan ilmu Allah).
Sabda Nabi SAW di dalam sebuah hadis yang sohih :
[Sesungguhnya Allah tidak tidur, dan tidak sepatutnya Dia tidur. Allah merendahkan neraca dan menaikkannya. Diangkatnya kepeda Allah amalan pada waktu malam. Hijab Allah ialah nur (cahaya). Jika Allah menyingkap hijab tersebut, nescaya nur wajah Allah akan membakar segala makhluk Allah sejauh mana sampai pandangan Al-Basor Allah].
[Diriwayatkan oleh Muslim (179), Ibnu Majah (195), dan Baghowi (91) dari hadis Abi Musa Asyari].
Maka Nabi SAW mengisbatkan masdar (BASOR) yang diistiqoq daripadanya nama AL-BASIIR (Yang Maha Melihat).
Dari Aishah ra berkata, sabda Nabi SAW; [Segala puji bagi Allah yang pendengarannya meliputi segala suara-suara].
[Diriwayatkan oleh Bukhory secara muallaq di dalam Sohih Bukhory (13/372) dan diwasolkan (disambung isnadnya) oleh Ahmad (6/46) dan Ibnu Majah (188) dan Nasaaie (6/168) . Dan disohihkan oleh Ibnu Hajar di dalam Attaghliiq (5/339)]
Di dalam hadis doa istikhoroh : Ya Allah!, aku akan beristikhoroh dengan ilmu Mu , dan aku memohon kekuatan dengan kudratMu.
[Diriwayatkan oleh Bukhory (1162), Tarmizi (480), Ibnu Majah (1383) dari Jabir b. Abdullah]
Maka Allah qoodir (berkuasa) dengan kudrat (kuasa).
Firman Allah Taala kepada Musa di dalam surah Al-Araf; ayat 144 yang bermaksud : [Sesungguhnya aku memilih engkau dari kalangan manusia dengan risalah-Ku dan kalam-Ku]. Maka Allah berkata-kata (mutakallimin) dengan kalam.
Dan Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung (Al-Aazim) yang memiliki kekuatan. Sabda Nabi SAW; firman Allah; [Keagungan adalah kainku dan ketinggian adalah pakaianKu].
[Diriwayatkan oleh Muslim (2620), Abu Dawud (4090) dan Ibnu Majah (4174) dari Abu Hurairah]
Dan Allah ialah TuhanYang Maha Bijaksana (ALHAKIIM) yang memiliki kebijaksanaan. Firman Allah di dalam surah Ghofir; ayat 12 yang bermaksud : [Maka hikmat adalah milik Allah, Tuha Yang Maha Tinggi Lagi Besar].
Umat Islaam telah berijmak (bersepakat) bahawa jika seseorang muslim bersumpah dengan kehidupan Allah (Hayat) atau pendengaran (Sama) atau penglihatannya (Basor) atau kekuatanNya (Quwwah), atau kemulianNya (Izzah) atau keagunganNya (Azomah) ; tersempurnalah sumpahnya dan dikenakan kafarrah kerana masdar-masdar ini adalah sifat-sifat kesempurnaan Allah. Nama-nama Allah diistiqoq dari sifat tersebut.
Dan juga; jika namanama Allah tidak merangkumi makna-makna dan sifat-sifat , maka kita tidak boleh mengkhabarkan tentang Allah dengan sifat-sifatNya. Maka tidak bolehlah kita mengatakan Allah mendengar , melihat, mengetahui, berkuasa dan menghendaki. Sesungguhnya ketetapan hukum-hukum yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah adalah cabang kepada ketetapan sifat-sifat itu. Jika tidak benar atau dinafikan asal (umbi) sifat-sifat itu , maka mustahillah ketetapan hukum sifat-sifat tersebut.
Jika nama-nama Allah tidak mempunyai makna dan sifat, nescaya ia akan JAAMID (tidak diistiqoq darinya) seperti nama-nama orang atau tempat diletakkan berdasarkan makna-makna tertentu. Semuanya sama. Tidak ada perbezaan makna. Ini adalah suatu penyelewengan yang jelas dan tohmahan yang jelas.
Siapa yang menyamakan makna nama Allah, AL-QADIIR (Yang Maha Berkuasa) sama dengan makna nama Allah, ASSAMII" (Yang Maha Melihat), ataupun menyamakan makna nama Allah, AL-MUTY (Yang Maha Memberi) dengan nama Allah, AL-MANI (Yang Maha Melarang), Maka dia telah menyalahi akal, bahasa dan fitrah.
Berwaspadalah, menafikan makna-makna nama Allah adalah salah satu penyelewengan yang besar terhadap nama-nama Allah!.
Ikhwah;
Kesimpulannya , kita wajib beriman bahawa setiap nama Allah mempunyai maknanya yang tersendiri. Inilah dia aqidah Solafus Soleh di dalam bab yang membicarakan tentang manhaj nama-nama Allah dan sifa-sifatNya. Oleh itu, pelajarilah Tauhid Asmaa Wa Sifaat. Amalkan kesan-kesan tauhid ini. Insya Allah anda akan berjaya di dunia dan akhirat.
Sekian, Wassalam.