Bil (18) : Siri Pemurniaan Aqidah dan Penyucian Hati. Daarij
Madarijus Saalikin Bayna Manazili Iyyaka Nakbudu Wa Iyyaka Nastaiin Bismillahir
Rahmanir Rahim. Assalamualikum WMT; Muslimin
dan muslimat yang dikasihi Allah sekalian; Segala
puji yang tidak terhingga bagi Allah Khaliq Yang Maha Berkuasa, Maha Agong. Selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW; Berkata
Ibnul Qayyim AL-Jauziyyah : LAWAZIM
SIFAT(Kewajipan necessaries sifat Allah):- 1.
Dilalah Mutabaqoh, Nama nama Allah menunjukkan kepada ( zat + sifat ) 2.
Dilalah Tadhommun, nama-nama Allah menunjukkan kepada sifat-sifat Allah sahaja tanpa zat atau zat-zat sahaja tanpa sifat. 3.
Dilalah Luzuum, nama-nama Allah menunjukkan kepada nama-nama dan sifat-sifat Allah yang lain. Contoh
nama Allah : Assamii' (Yang Maha Mendengar) 1.Dilalah
Muthobaqoh : zat + sifat ( Allah + sifat pendengaran) 2.Dilalah
Tadhammun : 1) menunukkan zat Allah sahaja 2)
Menunjukkan sifat pendengaran Allah sahaja.
3.
Dilalah Luzuum : nama Allah As-samii menunjukkan kepada nama-nama Allah dan sifat-sifatnya yang lain seperti Al-Hayy ( yang maha hidup, Al-Basiir ( yang maha melihat ), Al-Aziz ( yang maha berkuasa) dan lain-lain. Dan
begitulah baki-baki nama Allah dan sifat-sifatNya yang lain. Tetapi pengetahuan manusia mengenai Dilalah Luzuum adalah berbeza. Ini menyebabkan ramai manusia berselisih pendapat mengenai Dilalah Luzuum bagi nama-nama Allah, sifat-sifatNya yang sempurna dan hukum-hukum. Sesungguhnya barangsiapa yang menegetahui bahawa fi'il ikhtiary (perbuatan pilihan) adalah merupakan suatu kelaziman bagi kehidupan, sesungguhnya pendengaran dan penglihatan adalah lazim (wajib) bagi kehidupan yang sempurna, sesungguhnya segala kesempurnaan adalah di antara lawazim (necessaries) bagi kehidupan yang sempurna; dia akan mengisbatkan bagi nama-nama Allah dan sifat-sifatNya berbeza dengan apa yang diingkari oleh mereka yang tidak mengetahui dilalah luzuum tersebut dan hakikat kehidupan dan lawazimnya. Begitulah seterusnya sifat-sifat Allah yang lain. Sesungguhnya
nama Allah ALA'ZIIM (Yang Maha Agung) mempunyai lawazim yang diingkari oleh golongan yang tidak mengetahui keagungan Allah dan lawazimNya. Dan
begitu juga nama ALA'LIYYU (Yang Maha Tinggi) dan nama ALHAKIIM (Yang Maha Bijaksana) juga sifat Allah yang lain. Di antara lawazim nama ALA'LIYYU (Yang Maha Tinggi) ialah :- 1)
Ketinggian darjat Allah. 2)
Ketinggian gholabah (mengalahkan). 3)
Ketinggian zat Allah. Barangsiapa
yang mengingkari zat Allah, maka sesungguhnya dia telah mengingkari lawazim nama ALA'LIYYU. Diantara
lawazim nama AZZOOHIR (Yang Maha Jelas) iaitu tiada sesuatu pun yang berada di atasNya, sebagaimana sabda Nabi SAW di dalam sebuah hadis bermaksud : [Dan Engkaulah Yang Maha Zahir, tiada sesuatupun yang berada di atasMu] (Diriwayatkan
oleh Muslim (2713), Abu Dawud (5051), Tirmizi (3400) Ibnu Majah (3873) dan Ahmad (2/381) dari hadis Abu Hurairah) Bahkan
Allah Taa'la di atas setiap sesuatu. Dengan pengertian megatasi setiap sesuatu iaitu mengatasi segala-galanya. Siapa yang mengingkari Fauqiyyah (ketinggian) Allah, maka dia telah mengingkari lawazim nama AZZOHIR. Tiada sah AZZOHIR itu bagi siapa yang memiliki fauqiyyah dari segi ketinggian darjat sahaja. Seperti jika dikatakan emas lebih tinggi nilainya dari perak. Barang-barang perhiasan lebih tinggi nilainya daripada kaca. Begitu juga jika dia hanya memiliki fauqiyyah dari segi mengalahkan yang lain sahaja, walaupun Allah bersifat dengan fauqiyyah ini. Apabila nama AZOOHIR dibandingkan dengan ALBAATIN iaitu yang tiada sesuatu pun berada di bawahNya, ia membawakan pengertian bahawa Allah Maha Mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi dan tiada seorangpun yang boleh mngenali hakikat Allah melainkan Allah sahaja. Sebagaimana
ALAWWAL (Yang Tiada Sesuatupun SebelumNya) apabila dibandingkan dengan ALAKHIR (Yang Tiada Sesuatupun SelepasNya). Diantara lawazim nama ALHAKIIM (Yang Maha Bijaksana) ialah :- 1)
Setiap perbuatan Allah ada tujuanNya dan hikmah yang mulia yang dikehendaki oleh Allah. 2)
Meletakkan sesuatu perkara itu tepat pada tempatnya. 3)
Melaksanakan tujuan-tujuan itu dengan bentuk yang paling sempurna. Mengingkari
lawazim tersebut merupakan penafian terhadap nama ALHAKIIM dan lawazimNya. Ikhwah; Kesimpulannya,
setiap nama Allah ada dilalah mutobaqoh, dilallah tadhommun dan dilalah luzuum. Ini semua menunjukkan kesempurnaan nama-nama Allah dan sifat-sifatNya. Apa yang paling penting sekali selepas kita memahami lawazim sifat-sifat Allah ialah kesan-kesan tauhid. Contohnya;
Kita mengisbatkan sifat penglihatan bagi Allah melalui namaNya ALBASIIR (Yang Maha Melihat). Oleh itu, kita mestilah takut melakukan maksiat kepada Allah di mana sahaja kita berada kerana Allah sentiasa memerhatikan gerak-geri kita. Begitulah
juga dengan nama Allah ALGHAFUUR (Yang Maha Pengampun). Kita handaklah sentiasa bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah kerana Allah Maha Pengampun. Banyakkan amal ibadah dan tinggalkan maksiat. Takutlah azab neraka. Insya Allah anda akan memperolehi keampunan Allah. Begitu
juga nama Allah (yang berhak diabadikan hanya kepadaNya). Segala suruhan Allah wajib dilaksanakan. Segala hukum-hakam yang termaktub di dalam Al-Quran adalah benar dan tiada kecacatan di dalamnya. Oleh itu seorang pemimpin yang memahami lawazim sifat (Allah) wajib megakkan Daulah Islamiah, melaksanakan Syariah Islamiah, melaksanakan sistem ekonomi Islam dan meyebarkan Aqidah Ahlus Sunnah Waljamaah. Dan begitulah juga nama-nama Allah yang lain. Sekian
Wassalam. |