![]()
|
Tajuk: Allah Nama Yang Menggabungkan Semua Asmaulah Husna |
Bil ( 20) Siri Pemurnian Aqidah dan Penyucian Hati Bismillahirrahmanirrahim. Assalamulaimum Ibnu Qayyim berkata:- Apabila telah sabit dan tetap 2 asas yang lalu, maka nama (Allah) menunjukkan kepada semua nama-nama Allah yang husna (baik) dan sifat-sifat Allah yang tinggi dengan dilalah: 1. Uluhiyyah Nama Allah menunjukkan ilahiyyah (ketuhanan) yang mengandungi sifat-sifat ilahiyyah Allah yang tetap. Nama Allah juga menafikan lawan bagi sifat-sifat ilahiyyah ( sifat-sifat kekurangan). Sifat-sifat ilahiyyah ialah sifat-sifat kesempurnaan Allah yang suci daripada tashbih (penyamaan Allah denga makhluk), misal ,aib-aib dan kekurangan-kekurangan. Oleh itu Allah mengidhofahkan (menyandarkan) semua nama-namanya kepada nama yang agong ini, iaitu Allah seperti firman Allahdalam surah Al-a'raaf ayat 180 yang bermaksud: " Hanya milik Allah Asmaul Husna" Dan dikatakan : Arrahman, Ar-Rahiim, Al-Quddus, As-Salaam, Al-Aziz dan sebagainya. Maka diketahui bahawa sesugguhnya nama Allah merangkumi semua sekali makna-makna Asmaulhusna dan menunjukkan kepada nama-nama Allah secara ijmaal (am) . Nama-nama Allah adalah pendetailan dan penerangan bagi semua sifat-sifat ilahiyah. Nama Allah diterbitkan dari sifat-sifat ilahiyyah tersebut. Dan nama Allah menunjukkan bahawa dialah tuhan yang hanya berhak diabdikan diri kepadanya. Semua makhluk menyembahnya dengan cinta kepadanya dan mengagongkanNya dan tunduk kepadaNya; serta takut kepada Allah ketika memerlukan pertolongan dan ketika menghadapi kesusahan. Ini menunjukkan kepada kesempurnaan Rububiyyah Allah dan rahmatNya yang menunjukkan kesempurnaan kerajaanNya dan pujian-pujian yang tidak terhingga begiNya. Ilahiyyah dan RububiyyahNya dan RahmaniyyahNya (sifat rahmat)serta kerajaan yang dimilikiNya menunjukkan kepada semua sifat-sifat kesempurnaan Allah, kerana mustahil sifat-sifat kesempurnaan ini dimiliki oleh siapa yang tidak hidup, tidak melihat, tidak mendengar, tidak berkuasa, tidak berkata-kata, tidak melaksanakan kehendaknya dan tidak bijaksana didalam perbuatanNya. Nama Allah khas bagiNya: 1. sifat-sifat keagongan Nama Rabb khas bagiNya:- 1. Sifat-sifat perbuatan dan kudrat Nama Ar-Rahmaan, khas bagiNya:- 1. Sifat-sifat ihsan. Didalam bahasa arab, Ar-Rahmaan adalah sighoh mubalahgah (melampau). Pengulangan ini menunjukkan 1. ketetapan sifat. Ar-Rahmaan: SifatNya ialah rahmat ( umum kepada semua makhluk). dan Ar-Rahiim: ialah tuhan yang merahmati dan mengasihani hambaNya (khas bagi orang mukmin). Oleh itu, Allah berfirman didalam surah Al-Ahzab ayat 43 yang bermaksud: " Dan Allah sangat mrngasihani orang-orang Mukmin" Didalam surah At-taubah ayat 117 yan bermaksud: " Sesunggunhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha penyayang kepada mereka" Allah tidak menggunakan didalam Al-Quran nama Ar-Rahmaan ketika menceritakan tentang hambaNya atau orang-orang mukmin walaupun nama Ar-Rahmaan diatas wazan fa'lan (salah satu kaedah nahu soraf bahasa arab) menunjukkan kekuasaan sifat rahmat dan ketetapan semua makna yang disifatkan denganNya. Sighoh fa'lan menunjukkan keluasan dan merangkumi serta menunjukkna perkara yang melampau seperti ghadhban (marah yang melampau) nadman (orng menyesal dengan melampau), sakron (terlampau mabuk) dan lahfan (terlalu sedih). Oleh itu Allah sering mengaitkan Istiwaa' (ketinggian) Allah didalam durah Tohaa ayta 5 yang bermaksud: Ar-Rahmaan ( Allah) tinggi ditas arasyNya). begitu juga dalam surah Furqan ayat 59 yang bermaksud: "Kemudian Allah itu tinggi dai atas ArasyNya". Maka Allah tinggi diatas arasy nya dengan nama Ar-Rahmaan kerana arasy melingkungi semua makhluk. Rahmat Allah meliputi semua makhluk dan merangkuminya. Sebagaimana firman Allah didalam surah Al-A'raaf ayat 156 yang bermaksud " Dan rahmatKu merangkumi setiap sesuatu" Maka Allah tinggi diatas makhluk yang palin luas (arasy) denga sifat yang paling luas (rahmat). Oleh itu rahmat Allah merangkumi setiap esuatu, Dari Abu Hurairah RA berkata Nabi SAw telah beersabda yang bermaksud:'Ketika Allah menetukan ketentuan setiap makhluk, Allah menulisnya didalam kitab. Maka kitab itu disisinya diletakkan diatas arasy. Sesungguhnya rahmat-Ku mengalahkan kemarahanKu. [ Soheh: Diriwayatkan oleh Bukhari (3194), MUslim (2571 dan Ahmad (2/258)] Segala dalil-falil diatas jelas menisbatkan sifatul u'luw dan fauqiyyah (ketinggian) bagi Allah iaitu sifat ketinggian Allah diatas segala makhluk-makhlukNya. Maka perhatikanlah pengkhususan kita ini dengan rahmat yang dinyatakan dan bagaimana ia diletak diatas a'rasy disisi Allah. Bandingkan perkara ini dengan ayat 5 surah Tooha yang bermaksud: Ar-Rahmaan tinggi diatas a'rasy dan firman Allah ayat 59 surah AlFurqoon yang bermaksud: "Kemudian dia tinggi diatas a'rasy, dialah yang maha pemurah, maka tanyakanlah kepada Allah yang lebih mengatahui ( Muhammad) tentan dia" Ternyata akan terbuka bagi anda sebuah pintu besar untuk mengenal Allah yang Maha Suci dan Tinggi. Nama Al-Malik: Khas bag sifat-sifat:- 1. Adil Ikhwah, Kesimpulannya, Allah ialah nama yang menggabungkan semua nama-nama Allah. Allah berhak diabdikan diri kepadaNya. Allah bersifat denga sifat-sifat kesempurnaan yang mutlak. Oleh itu kita mestilah menjadi hamba Allah yang bertakwa dan patuh kepadaNya kerana inilah tanda kita memahami kesan-kesan Tauhid Asmaa Wa Sifaat. Wassalam |