Tajuk : Makna Arrabb dan Arrahman
Bil
(20) : Siri Pemurniaan Aqidah dan Penyucian Hati.
Daarij
Madarijus Saalikin Bayna Manazili Iyyaka Nakbudu Wa Iyyaka Nastaiin
Bismillahir
Rahmanir Rahim. Assalamualikum WMT;
Muslimin
dan muslimat yang dikasihi Allah sekalian;
Segala
puji yang tidak terhingga bagi Allah Khaliq Yang Maha Berkuasa, Maha Agung. Selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW;
Berkata
Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah di dalam Madarijnya :
Renungilah
hubungan rapat di antara penciptaan dan perintah Allah pada 3 nama Allah :
1 ) Allah
2 ) Arrab
3 ) Arrahman
Bagaimanakah
boleh timbul daripada 3 nama ini penciptaan perintah, pahala dan pembalasan. Bagaimanakah 3 nama ini menyatukan semua makhluk dan bagaimanakah ia mendefinasikan mereka? Maka baginya penyatuan dan baginya pengklasifikasian.
Nama
Arrab : melibatkan semua makhluk. Allah memiliki setiap sesuatu, menciptanya serta berkuasa keatasnya. Tiada suatu makhluk pun yang terkeluar, dari skop Rububiyyah Allah. Setiap sesuatu di langit dan di bumi adalah hamba Allah yang berada di bawah kekuasaan Allah. Semua makhluk (Islam dan kafir) bergabung dengan sifat Rububiyyah dan diklasifikasikan dengan sifat Ilahiyyah. Orang-orang mukmin yang memperolehi kebahagiaan dan kesejahteraan mengabdikan diri mereka hanya kepada Allah. Mereka beriman dengan ketaatan yang penuh bahawa Allah, tuhan yang hanya berhak diabdikan diri kepadaNya. Hanya untuk Allah sahajalah ibadat, tawakkal, harapan, takut, cinta, taubat, khusyuk, menghinakan diri, tunduk dan patuh.
Di
sini berbezanya manusia-manusia dan mereka terbahagi kepada 2 golongan :
1 ) Golongan yang menyekutukan Allah di dalam ibadat (ahli neraka)
2 ) Golongan yang mengtauhidkan Allah yang akan masuk syurga.
Maka
Ilahiyyah yang memisahkan mereka sebagaimana Rububiyyah menggabungkan mereka.
Diantara
sifat-sifat Ilahiyyah Allah ialah :
1 ) Agama
2 ) Syara
3 ) Suruhan
4 ) Larangan
Diantara
sifat Rububiyyah pula ialah :
1 ) Penciptaan
2 ) Pengwujudan
3 ) Pentadbiran
4 ) Perbuatan
Diantara
sifat Almulku (memiliki) ialah:
1 ) Pembalasan dengan pahala dan siksa
2 ) Syurga
3 ) Neraka
Maka
Allah ialah Tuhan yang memiliki Hari Pembalasan.
Allah
memerintahkan hamba-hambanya dengan IIahiyyahNya, dan membantu, memberi taufiq, memberi petunjuk dan menyesatkan disebabkan oleh kesesatan mereka dengan RububiyyahNya. Serta Allah memberi pahala dan menyiksa golongan yang jahat dengan keadilan dan kekuasaanNya (Mulk). 3 perkara ini iaitu : Ilayhiyyah dan Rububiyyah serta kekuasaan Allah tidak boleh dipisahkan diantara satu sama lain.
Adapun
rahmat; merupakan perkaitan dan sebab yang menghubungkan diantara Allah dengan hamba-hambanya. Maka ibadah adalah daripada hamba-hamba untuk Allah. Dan Rububiyyah adalah daripada Allah untuk manusia. Rahmat ialah sebab yang menghubungkan Allah dengan hamba-hambanya. Dengan rahmatlah Allah mengutuskan kepada mereka kitab-kitab wahyu dan dengan rahmat jugalah Allah memberi petunjuk kepada mereka, memasukkan mereka ke dalam syurga, memberi rezeki kepada mereka, mengampunkan dosa-dosa mereka serta mengurnikan nikmat kepada mereka. Maka diantara mereka dan Allah ada sebab Ubudiyyah (ibadat) dan diantara Allah dan mereka ada sebab rahmat.
Kaitan
yang sangat rapat diantara Rububiyyah Allah dan rahmatnya adalah seperti kaitan yang rapat diantara ketinggian allah di atas ArashiNya dan rahmatnya. Mka (Arrahman Alal Arshis Tawaa) bertepatan dengan firman Allah (Rabbil Aalamin. Arrahmanirrahim). Sesungguhnya kesyumulan rububiyyah dan kekuasaannya di mana tiada suatu makhluk pun yang terkeluar daripadanya, mewajibkan kesyumulan rahmat Allah dan kekuasaannya. Maka Allah meliputi setiap sesuatu dengan rahmatnya dan rububiyyahnya. Walaupun keadaan Allah itu tuhan sekalian alam, menunjukkan dan mengisbatkan sifat ketinggian Allah di atas segala makhluk ciptannya serata menunjukkan bahawa Dia mengatasi dan di atas segala-galanya sebagaimana yang akan diterangkan nanti, Insya Allah.
Ikhwah;
Kesimpulannya,
Rububiyyah tidak boleh dipisahkan dengan rahmat Allah. Ini menunjukkan kesempurnaan Nya dan kekuasaanNya serta keaguanganNya. Oleh itu, kita sebagai pendokong aqidah solafus soleh, wajib mengabdikan diri kita sepenuhnya kepada Allah dengan memperbanyakkan amal ibadat serta mengikut peribadi Nabi Muhammad SAW yang telah mendidik sebaik generasi iaitu generasi solafus soleh dengan Al-Quran dan Assunnah.
Sekian
Wassalam.