gerak7.gif (42442 bytes)

 

Tajuk : Puji-pujian

Daarij Madarijus Saalikin Bayna Manazili Iyyaka Nakbudu Wa Iyyaka Nastaiin

Bil (21) : Siri Pemurniaan Aqidah dan Penyucian Hati.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualikum WMT;

Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah sekalian;

Segala puji yang tidak terhingga bagi Allah Khaliq Yang Maha Berkuasa, Maha Agung. Selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW;

Berkata Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah di dalam Madarijnya : Apabila dinyatakan nama-nama Allah selepas puji-pujian bagiNya yang mengandungi kandungan nama-nama Allah dan tuntutan-tuntutanNya, maka ini menunjukkan sesungguhnya Allah:

1. Dipujia pada UluhiyyahNya
2.Dipuji pada RububiyyahNya
3. Dipuji padaRahmaniyahNya
4. Dipuji pada pemilikanNya
5. Ialah yang dipuji
6. Rabb yang dipuji
7. Rahman yang dipuji
8. Malik yang dipuji

Ini menunjukkan semua bahagian kesempurnaan Allah:

1. Kesempurnaan nama Allah dari segi mufradahnya (singular)
2. Kesempurnaan nama Allah yang lain secara mufrad (singular)
3. Kesempurnaan nama Allah apabila digabungkan

Contoh : Firman Allah yang bermaksud; [Dan Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Kekayaan adalah sifat kesempurnaan. Puji-pujian adalah sifat kesempurnaan. Gabungan diantara kekayaan dan puji-pujian adalah kesempurnaanNya.

Firman Allah yang bermaksud [Dan Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana]

Ilmu adalah kesempurnaan dan hikmatnya adalah kesempurnaan. Maka gabungan ilmu dan hikmat adalah kesempurnaanNya.

Firaman Alalh yang bermaksud; [Dan Allah Maha Berkuasa dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang].

Kekuasaan Allah adalah kesempurnaan dan keampunanNya adalah kesempurnaan. Gabungan kedua-duannya adalah kesempurnaan juga.

Begitu juga gabungan kemaafan dan kudarat. Firamna Allah dalam surah Annisa’; ayat 14 yangbermaksud [Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf Lagi Maha Berkuasa].

Begitu juga perkaitan diantara ilmu dan kesantunan. Firman Allah Annisa’; ayat 11 yang bermaksud [Dan Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Penyantun]

Tidak semua yang berkuasa memaafkan. Dan tidak semua yang memaafkan, memaafkan dengan kuasa melainkan Allah Taala.

Dan tidak semua yang mengetahui adalah penyantun. Dan tidak semua yang penyantun mengetahui , malainkan Allah.

Tidak ada ikatan dan gabungan yang lebih cantik melainkan perkaitan diantara :

1. Kesantunan dan ilmu.
2. Kemaafan dan kekuasaan
3. Pemilikan dan pujian
4. Keperkasaan dan rahmat.

Firman Allah dalam surah Assyua’raa’ ayat 9; bermkasud: [Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Dialah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Penyayang].

Firman Allah dalam surah Almaaidah ; ayat 118 yang bermaksud : [Jika engkaumengazab mereka maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hambamu, dan jika Engkau mengampunkan mereka maka sesungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana].

Kalam Allah ini lebih baik dan cantik daripada itu jika Allah menyatakan : Jika Engaku mengampunkan mereka maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani, iaitu : jika Engaku mengampunkan mereka, maka sumber keampunanMu adalah daripada keperkasaan dan keperkasaaan ialah kesempurnaan kudrat. Begitu juga ia adalah daripada kebijaksanaan yang merupakan kesempurnaan ilmu. Siapa yang mengampunkan sedangkan dia lemah dan jahil tentang dosa orang yang berdosa,maka dia bukannya berkuasa, bijaksana dan mengetahui, bahkan ini semua menunjukkan kelemahannya. Maka Engkau tidak mengampunkan melainkan dengan kudrat yang sempurna dan ilmu yang sempurna serta hikmat yang bertepatan dengan tempatnya. Maka ini adalah lebih baik dari Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

Dan Allah telah mengatakan : maka sesungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana kerana maqam pada waktu itu ialah maqam memohon belas kasihan Allah dengan doa Nabi Ibrahim iaitu; jika Engaku mengampunkan mereka dan menyayangi mereka dengan memberi taufiq kepada mereka agar kembali daripada menyekutukan Allah di dalam ibadah kepda Tauhid dan daripada maksiat kepada ketaatan sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud; (Ya Allah, ampunilah kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui.

[Hadis diriwayatkan oleh Bukhary (3477), Muslim (1792) daari hadis Abdillah bin Masu’ud. Sila rujuk Fathul Bary (6/521)]

Ini jelas menunjukkan bahawa nama-nama Allah diistiqoq (diterbitkan) dari sifat dan makna-makna nama-nama tersebut, dan sesungguhnya semua nama Allah sesuai dengan nama yang dikaitkan dengannya dan di sebut bersamanya dari segi perbuatan Allah dan suruhannya. Dan Allah memberi taufiq kepada kebenaran.

Ikhwah;

Oleh itu, kita mestilah membanyakkan puji-pujian kepada Allah kerena Allah ialah Tuhan yang kita sembah dan taat. Bukannya patung-patung, berhala dan segala ideologi kafir. Segala amalan ibadat kita dan akhlak kita yang mulia merupakan tanda kita bersyukur kepada Allah. Sekian Wassalam.