Oleh : Afqarul I'bad - Aziz Hakim Bil (22) : Siri Pemurniaan Aqidah dan Penyucian Hati (Bahagian 1) Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualikum WMT; Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah sekalian; Berkata Shaikhul Islam Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah : Martabat-martabat hidayah yang khas dan umum ada 10 martabat : (1) Martabat Taklimi Iaitu Allah berbicara dengan hambaNya secara yaqazah (jaga) tanpa perantaraan, bahkan dari Allha kepada hambanya. Inilah martabat hidayah yang paling tinggi sebagaimana yang difirmankan Allha kepada Nabi Musa b. Imran as. Firman Allah Taala dalam surah Annisa'; 164 yang bermaksud : [Dan allha berbicara kepada Musa secara langsung]. Allah menyebut dipermulaan ayat ini wahyuNya kepada Nabi Nuh as dan nabi-nabi selepasnya,kemudian Allah mengkhususkan bahawa sesungguhnya Allah berbicara dengan Musa secara langsung. Ini menunjukkan bahawa sesungguhnya bicara Allah dengan Musa lebih khusus dari wayhu mutlak yang dinyatakan diawal ayat. Kemudian allah mentaukidkan (mengukuhkan) perkara ini dengan masdar (infinitive) yang hakiki iaitu TAKLIIM yang merupakan masdar bagi KALLAMA. Demi menghapuskan kekeliruan Almua'ttilah, Aljuhmiyyah, Muktazilah dan lain-lain yang menyatakan bahawa taklim ialah ilham atau isyarat atau pemberiatahuan makna jiwa dengan sesuatu yang bukan dengan cara berkata-kata. Maka Allah mentaukidkan (menperkukuhkan) perkara ini dnegn masdar yang merealisasikan nisbah dan menghapuskan kekeliruan majaz (metaphoric). Berkata Alfarroo' : Orang-orang Arab menamakan apa yang disampaikan kepada manusia sebagai kalam, walau dengan cara bagaimana ia sampai, tetapi mereka tidak mentahqiqkan (mengisbat) dengan masdar. Apabila orang Arab mengisbatkan kalam dengan masdar, maka ia adalah kalam hakiki seperti kehendak. Dikatakan Fulanun Arooda Iroodatan, maka di sini orang-orang Arab menghendaki kehendak yang hakiki. Dikatakan Arooda Aljidaoru (diingini itu menghendaki) dan tidak ditambah kepadanya mafu'ul mutlak (iroodatan), kerana ia majaaz dan bukannya hakikat. Inilah kata-kata Alfarroo'. Firman Allah taala dalam surah Ala'raf; ayat 43 yang bermaksud: [Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa : Ya Tuhanku! Nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku] Bicara Allah dengan Musa secara terus ini tidak sama dengan perbicaraan yang pertama ketika allah mengutus Nabi Musa kepada Firaun. Di dalam bicara yang kedua ini, Musa meminta untuk melihat Allah. Dan Musa telah diberikan Alwaah (kertas) Taurat, dan ia merupakan janji Allah kepada Musa. Adapun bicara yang pertama tidak ada hubung kait dengan perjanjian Allah. Firman Allah Taala di dalam surah Alaa'raf; ayat 144 yang bermaksud : [Allah berfirman : Hai Musa! Sesungguhnya aku memilih kamu dari manusia lain untuk membawa Risalahku dan untuk berbicara langsung denganKu] iaitu dengan TakliimKu kepadamu dengan ijmak salaf. Allah juga memberitahu di dalam Al-Quran bahawa Dia memanggil Musa dan bermunajat dengannya. Panggilan, daripada jauh. Munajat, dari dekat. Di dalam hadis Isra' yang menceritakan tentang perjumpaan Nabi Muhammad saw dengan Nabi Musa di langit yang ke-6 atau ke-7 (ikhtilah riwayat), Sabda Nabi saw yang bermaksud : Ini adalah kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada Musa dengan kalam Allah) [Diriwayatkan oleh Bukhary (7517) dari Anas bin Malik] Jika bicara Nabi Musa sama dengan bicara nabi-nabi yang lain, maka makna hadis di atas tidak menunjukkan pengkhususan bagi Nabi Musa as sedangkan baginda digelar sebagai Kaliimu Rahmaan. Firman Allah dalam surah Assura'; ayat 51 yang bermaksud [Dan tidak ada bagi seorang manusia pun bahawa allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau dibelakang tabir (iaitu seseorang dapat mendengar kalam Ilahi tetapi dia tidak dapat melihatNya seperti yang terjadi kepada Nabi Musa as), atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan izinNya apa yang Dia kehendaki] Maka Allah membezakan di dalam ayat ini 3 jenis takliim (bicara) untuk nabi-nabi :- 1) Takliim Wahyu : iaitu mencampakkan wahyu ke dalam hati Nabi saw tanpa perutusan Jibrail as. 2) Takliim melalui perutusan Jibtrail as. 3) Takliim di sebalik hijab iaitu Nabi mendengar kalam Ilahi tanpa perutusan Malaikat tetapi dia tidak melihat Allah.
(2) Martabat wahyu yang dikhususkan untuk Nabi-nabi iaitu : mencampakkan wahyyu ke dalam hati Nabi saw tanpa perutusan malaikat. Firman allah Taala di dalm surah Annisa'; 163 yang bermaksud : [Sesungguhnya kami telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana kami telah memberikan wahyu kepada nuh dan Nabi-nabi yang kemudiannya]. Firman Allah di dalam surah Assyura; ayat 51 yang telah disebut diatas. Allah menjadikan wahyu di dalam surah ini salah satu bahagian Takliim dan Allah menjadikannya di dalam ayat Annisa' sebagai dua perkara iaitu : 1) Takliim Khas tanpa perantaraan 2) Takliim Am iaitu meyampaikan makna ke dalam hati Nabi saw dengan pelbagai cara. Wahtu dari segi bahasa ialah pemberitahuan yang tersembunyi dan cepat. Fiilnya (perbuatannya) : wahaa / auhaa. Berkata penyair yang bernama Ru'bah : WAHAA LAHAL QOROORU FASTAQARRAT yang bermaksud : Dia telah diberitahu dengan cara yang cepat dan tersembunyi lalau tetaplah ia. Wahyu terbahagi kepada beberapa bahagian sebagaimana yang kami akan terangkan dengan izin Allah.
(3) Martabat perutusan wahyu kepada rasul-rasul melaluiperutusan malaikat. Maka malaikat menyampaikan wahyu kepada rasul-rasul sebagaimana yang pertama ini khas untuk nabi-nabi sahaja. Malaikat yang diutus ini kadang-kadang berupa menjadi seorang lelaki. Dia melihat Nabi saw dan bercakap dengan baginda. Dan kadang-kadang nabi melihatnya dalam bentuknya yang sebenar sebagaimana yang diciptakan oleh Allah. Kadang-kadang malaikat itu masuk berjumpa dengan Nabi saw lalu dia menyampaikan wahyu kemudian terus beredar. Ketiga-tiga situasi ini dialami oleh Nabi saw.
|