Martabat Tahdith

Martabat ini lebih rendah dari martabat wahyu yang khas untuk nabi-nabi dan lebih rendah dari martabat siddiqqiyyah. Sabda Nabi saw yang bermaksud : [Sesungguhnya dikalangan umat-umat terdahulu sebelum kamu ada muhaddathuun (mereka yang memperolehi martabat tahdiis). Jika wujud pun muhaddath di kalangan umat Muhammad saw maka muhaddath itu ialah Umar bin Alkhattab ra].

[Diriwayatkan oleh Bukhary (3669) dari Abu Hurairah dan Muslim (2398) dari Aishah]

Berkata Ibnu Qayyim : "Aku mendengar tuan guruku Shaikhul Islam Taqiuddin Ibnu Taimiyyah ra berkata : Nabi saw menjazamkan di dalam hadis di atas bahawa Muhaddathun wujud di dalam umat-umat terdahulu dan baginda mengaitkan kewujudannya mereka pada umat Muhammad dengan huruf "in syartiyyah" walaupun umat Muhammad ialah sebaik-baik umat. Ini adalah kerana umat-umat terdahulu berhajat kepada muhadathun yang memperolehi hidayah tahdiis ini. Adapun umat Muhammad saw tidak memerlukan kepada mereka disebabkan oleh kesempurnaan nabinya dan risalahnya. Maka Allah menjadiakan umat Muhammad saw tidak berhajat kepada Muhaddas mulham (yang beroleh ilham) atau mereka yang memiliki kasyaf dan mimpi di dalam urusan hukum-hakam, aqidah dan tashri'. Maka ta'liiq dengan "in syartiyyah" menunjukkan kepada kesempurnaan umat Muhammad saw dan bukannya menunjukkan kekurangannya.

Almuhaddas : ialah siapa yang diberitahu di dalam hatinya dengan sesuatu, maka ia berlaku sebagaimana yang telah diberitahu.

Berkata Shaikhul Islam Ibnu Taimiyyah :

ASSIDDIIQ lebih sempurna dari MUHADDAS kerana cukuplah bagi ASSIDDIIQ dengan kesempurnaan siddiqqiyyah dan mutabaa'hnya dan beliau tidak memerlukan kepada tahdiis, ilham dan kasyaf. Dia telah menyerahakan seluruh jiwa raganya, zahirnya dan batinnya untuk mentaati Rasulullah saw.

Adapun muhaddas terpaksa merujuk apa yang diberitahu di dalam hatinya kepada syariat rasul. Jika ia bertepatan dengan syariat rasul, maka dia menerimanya dan jika ia bertentangan dengan syariat rasul, maka dia menolaknya.

Ada sebilangan golongan yang jahil dan berkhayal mangatakan : Haddathany Qalby A'n Rabby (Aku diberitahu oleh hatiku daripada Tuhanku). Memang betul, dia telah diberitahu oleh hatinya tetapi dari siapa? Dari syaitan atau dari Allah?. Jika dia menyatakan bahawa : aku diberitahu oleh hatiku dari tuhanku, maka muhaddas ini telah menyandarkan pemberitahuan itu kepada siapa yang dia sendiri tidak tahu bahawa dia telah memberitahu sesuatu kepada muhaddas itu. Maka ini adalah dusta!!!

Berkata lagi Shaikhul Islam Ibnu Taimiyyah : sedangkan Umar bin Alkhottoob tidak manyatakan Haddathany Qalby A'n Rabby dan sekali-kali kata-kata ini tidak pernah terkeluar dariipada lidahnya dan Allah telah melindunginya daripada menyatakannya.

Pada suatu hari, penulis Saidina Umar telah menulis di atas sehelai kertas :

 Inilah apa yang ditunjukkan oleh Allah kepada Amirul Mukminin Umar bin Alkhatoob. Lalu Umar berkata : Jangan, padam apa yang kamu tulis dan tulislah : Inilah yang dilihat oleh Umar bin Alkhatoob. Jika ia betul ia adalah daripada Allah, dan jika ia salah ia adalah daripada kesalahan Umar. Dan Allah dan Rasulnya jauh daripada kesalahan Umar. Umar juga berkata di dalam masalah Alkalalah : (Aku menyatakan dengan pendapatku. Jika pendapat ini betu,l maka dari Allah, dan jika ia salah maka daripada diriku sendiri dan syaitan). Maka bandingkan dua orang yang berkata (Umar dan orang jahil). Bandingkan kata-kata mereka berdua dan martabat mereka serta situasi mereka. Berikan hak yang sebenar kepada siapa yang berhak menerima dan janganlah anda menyamakan di antara penipuan dan kebenaran!!!

 

 4) Martabat Ifhaam : (memberi kefahaman)

Firman Allah di dalm surah Ambiya'; ayat 78 - 79 yang bermaksud :

 [Dan ingatlah kisah Dawud dan Sulaiman di waktu keduanya memberikan keutusan mengenai tanaman, kerana tanam-tanaman itu dirosak oleh kambing-kambing kepunyaan kaumnya. Dan adalah kami mneyaksikan yang diberikan oleh mereka itu. Maka kami telah memberikan kefahaman kepada Sulaiman tentang hukum yang lebih tepat dan kepada masing-masing telah kami berikan hikmah dan ilmu].

 Allah menyebut nama dua orang nabi yang mulia ini dan memuji mereka dengan ilmu dan kebijaksanaan lalu Dia mengkhususkan bagi Nabi Sulaiman a.s dengan kefahaman yang lebih di dalam situasi ini.

Saidina Ali bin Abi Talib telah ditanya : (Adakah Rasulullah telah mengkhususkan kepadamu sesuatu yang tidak ada pada manusia yang lain? Lalu Ali berkata : Tidak, Demi Allah yang membelah benih dan menyembuhkan manusia, melainkan pemahaman yang dikurniakan oleh Alllah kepada hambanya. Dan apa yang terkandung di dalam kertas ini, dan di dalam surat ini terkandung diat dan tebusan tawanan perang serta arahan agar tidak membunuh seorang Muslim yang membunuh seorang kafir).

(Diriwayatkan oleh Bukhory (3047),Tirmizi (1412), Nasaie 8/23 dari Abi Juhaifah)

Dan di dalam kitab yang diutus oleh Saidina Umar kepada Abu Musa Asha'ry r.h : Fahamilah baik-baik apa ynag diberitahu kepadamu.

Kefahaman adalah nikmat dari Allah ke atas hambanya dan cahaya yang dicampakkan oleh Allah di dalam hatinya. Dia mengetahui dengan kefahaman tersebut, serta menggambarkan sesuatu yang tidak diketahui oleh orang lain. Dia memahami nas nas yang tidak difahami oleh orang lain walaupun mereka sama-sama mempunyai kekuatan hafalan dan sama-sama memahami makna asal.

Memahami tuntutan Allah dan RasulNya merupakan lambang Siddiqqiyah dan penerangan bagi wilayah kenabian. Dengan kefahamanlah ulama'-ulama berbeza sehingga jika diisbatkan maka nisbahnya adalah [1:1000]. Lihatlah kefahaman Ibnu Abbas. Beliau telah ditanya oleh Umar Alkhattob dan ahli-ahli Badar yang lain menyenai ayat (IZAA JAA'A NASRULLAHI WALFATH). Ibnu Abbas menyatakan bahawa ayat ini menunjukkan bahawa Allah memberitahu kepada Nabi saw bahawa baginda akan mati dan ajalnya sudah hampir. Umar bersetuju dnegan penafsiran Ibnu Abbas walaupun ia tersembunyai dari pengetahuan orang lain. Ibnu Abbas pada waktu itu masih lagi muda.

Dan dimanakah anda boleh menemui pengetahuan tentang ajal Nabi saw kalau bukan daripada kefahaman yang khas? Sampai kepada suatu peringkat , ramai manusia yang tidak faham, maka kefahaman khas diperlukan walaupun nas wujud. Meraka tidak boleh meninggalkan nas kerana mereka tidak memahaminya. Adapun siapa yang faham, cukuplah baginya nas itu sahaja.

bersambung............