SAMBUNGAN..............

5) Martabat Albayan Al-a'am : (penjelasan umum)

Iaitu menjelaskan kebenaran dan membezakannya dengan kebatilan dengan dalil-dalil ddan tanda-tandanya sehinggakan ia boleh disaksikan oleh hati sebagaimana kita melihat benda-benda kasar. Martabat ini ialah hujah Allah ke atas manusia. Allah tidak akan menazab seseorang adan dan tidak menyesatkannya melainkan setelah kebenaran sampai kepadanya. Firman Allah dalam surah Taubah; ayat 115 yang bermaksud : [Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan sesuatu kaum, sesudah Allah memberi petunjuk kepada mereka hingga dijelaskannya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi].

Maka penyesatan (idhlal) adalah balasan daripada Allah kepada mereka kerana Allah telah menjelaskan kebenaran kepada mereka tetapi mereka tidak menerima dan mengamalkannya. Maka Allah menghukum mereka dengan meyesatkan mereka dari petunjuk. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menyesatkan manusia melainkan selepas sampainya bayan am ini.

Jika kamu tahu perkara ini, maka kamu tahu rahsia Qadar dan terhapus syak-wasangka dan syubuhat-syubuhat di dalam perkara ini serta anda mengetahui hikmah Allah menyesatkan golongan-golongan yang sesat. Dan Al-Quran telah menjelaskan perkara ini melalui ayat-ayatnya yang I'kjaz. Firman Allah dalam surah Assof; ayat 5 yang bermaksud : [Tatkala mereka berpaling dari kebenaran maka aallah memalingkan hati-hati mereka. Ini adalah kufur I'naad (ingkar). Ffirman allah dalam surah Annisa' ; ayat 155 yang bermaksud : [Dan menyatakan : Hati kami tertutup. Bahkan sebenarnya Allah telah mengunci mati hati mereka kerana kekafirannya]. Ini adalah kufur tabiat. Dan firman Allah dalam surah Alana'm; ayat 110 bermaksud : [Dan begitu pula kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadaNya (Al-Quran) pada permulaannya dan kami biarkan mereka bergelimpang dalam kesesatan yang sangat]. Maka Allah menghukum mereka kerana mereka tidak beriman kepada Allah setelah mereka meyakini Allah dan mengetahui kebenaran. Hukuman itu ialah Allah memalingkan hati-hati dan penglihatan-penglihatan mereka. Oleh itu, mereka tidak mengikut petunjuk Allah. Renungilah perkara ini baik-baik kerana ia sangat penting.

Firman Allah dalam surah Fussilat; ayat 17 yang bermaksud : [Dan adalah kaumThamud maka mereka kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai harta (kesesatan) dari petunjuk].

Maka ini adalah petunjuk selepas keterangan dan penjelasan. Ia adalah syarat dan bukannya perkara yang mewajibkan kepada hidayah yang sempurna. Hidayah ini jika tidak dikaitkan dengan petunjuk yang satu lagi selepasnya, maka tidak sempurnalah petunjuk itu. Hidayah yang kedua ini ialah hidayah taufiq dan ilham. Bayan am ini terbahagi kepada dua iaitu :

1) Penerangan degan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca dan didengar.

2) Keterangan melalui tanda-tanda kekuasaan Allah (alam ini).

Kedua-duanya adalah dalil-dalil dan tanda-tanda yang menunjukkan kepada tauhid Allah dan nama-namaNya dan sifat-sifatnya dan kesempurnaanNya serta kebenaran risakah yang disampaikan oleh rasul-rasul. Oleh itu, Allah menyeru hamba-hambanya melalui ayata-ayat Al-Quran yang dibaca, demi memikirkan tanda-tanda kekuasaan Allah yang dilihat dengan mata dan menggalakkan mereak kepada memikirkan itu dan ini. Hidayah am inilah yang dibawa oleh rasul-rasul dan diteruskan oleh ulama-ulama.

Setelah itu Allah menyesatkan siapa yang mengingkari kebenaran yang dikehendaki olehNya. Firman Allah dalam surah Ibrahim; ayat 4 yang bermaksud : [Kami tidak mengutus seorang Rasul pun melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dialah Tuhan Yang Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana]. Maka rasul-rasul menerangkan. Dan Allahlah menyesatkan dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki dengan keperkasaanNya dan kebijaksanaanNya.

Bersambung............