Bil (7) : Siri Pemurniaan Aqidah dan Pemurniaan Hati.
Daarij Madarijus Saalikin Bayna Manazili Iyyaka Nakbudu Wa Iyyaka Nastaiin
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualikum WMT;
Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah sekalian;
Adalah mejadi kewajipan seorang muslim yang ingin memperolehi kemanisan tauhid dan merealisasikannya, memahi tuntutan-tuntutan tauhid di dalam surah al-Fatihah. Justeru itu, marilah kita teruskan langkah kita yang seterusnyadalam perjalanan menuju Iyyaka Nakbudu Wa Iyyaka Nastaiin.
Berkata Shaikhul Islam Ibnul Qayyim di dalam "Madarij Saalikin"
[Surah al-Fatihah mengajak kita beriman kepada hari kiamat dan percaya bahawa manusia akan dihisab berdasarkan amalannyadi dunia. Pada hari akhirtat nanti, yang berkuasa dan menghukum hanyalah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Semua makhluk lemah dan tunduk di dalam keagungan Allah. Allah Taala akan menghisab kita semua dengan adil. Dan semua ini terkandung di dalam firman Allah Taala : [Maaliki Yaumiddin] bermaksud : Tuhan ynag memiliki Hari Kiamat.
Ikhwah;
Apabila kita beriman dengan hari kiamat, maka kita hendaklah banyakkan ibadat. Kita mestilah bertaubat dengan meninggalkan maksiat dnegan melaksanakan segala suruhan Allah. Neagra Islam wajib ditegakkan. Hukaum hudud wajid dilaksanakan. Pemerintahan sekular wajib dihapuskan. Golonagan remaja wajib dididik dengan aqidah Solafus Soleh. Golongan kuffar mestilah didakwah dan diberikan kefaham Islam. Syirik dan Bid'ah mestilah dibenteras. Maka, kita akan sama-sama sampai ke Iyyaka Nakbudu Wa Iyyaka Nastaiin dengan selamatnya, Insya Allah.
Shaikhul Islam Ibnul Qayyim menambah :
[Surah al-Fatihah juga mengandungi pengiktirafan terhadap Annubuwwah (Kenabian) dari pelbagai aspek :
Aspek (1) : Allah Taal adalah Tuhan Sekalian Alam. Oleh itu, Allah tidak meniggalkan hambanya sia-sia tanpa petunjuk serta penjagaan. Allah Taala tidak akan membiarkan hamba-hambanya hidup di dalam dunia ini tanpa memberitahu kepada mereka perkara-perkara yang memanfaatkan atau memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Oleh itu, Allah mengutus Nabi-nabi dan Rasul-rasul untuk membawa manusia kepada kebenaran.
Menbinggalkan manusia di dunia tanpa mengutus Rasul-rsul adlah suatu kekurangan terhadap ar-Rububiyyah dan menisbahkan Allah Taala kepada perkara-perkara yang tidak layak bagiNya. Siapa yang mengatakan sedemikian, maka dia tidak memuji Allah dengan sebenar-sebenar pujian!))
Ikhwah;
Berpegang kuatlah anda semua dengan Islam! Takutlah azab Allah! Cintakan syurga! Janganlah anda murtad dengan menukar agama yang tercinta kepada ynag tercela. Rajin-rajinlah pergi ke masjid. Hantar anak-anak anda belajar di sekolah agama. Lahirkanlah generasi Mujahidiin yang akan mengembalikan kegemilangan Islam! Kesemua perkara ini tidak akan tercapai melainkan dengan memahami tuntutan-tuntutan Aqidah dalam Surah al-Fatihah.
Aspek (2) : Nama [Allah] mengisbat dan mengiktiraf kenabian. Allah merupakan Tuhan yang berhak diabdikan diri kepadanya. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Oleh itu, mustahil bagi seorang hamba untuk mengetahui cara beribadat yang betuldan diredoi Allah melainkan melalui perutusan Rasul-rasul))
Ikhwah;
Allah Taala mengutuskan kepada kiat Nabi Muhammad SAW. Baginda menerangkan kepada kita isi kandungan al-Quran. Segala amal ibadat kita adalah berdasarkan apa yang diajark oleh Baginda SAW yang warid di dalam Sunnah dan Hadis-hadis Nabi.
Oelh itu, Umat Islam wajib berpegang dan mempertahankan hadis Nabi SAW. Janganlah anda terpengaruh dengan golongan Anti-Hadis dan kuncu-kuncunya yang cuba menjauhkan Umat Islam dari Sunnah Nabi SAW. Malang bagi golonmgan ini, dakwaan mereka adalah batil. Hujah-hujah mereka lemah dan menjadi bahan ketawa yang menambahkan lagi kejahilan mereka. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka dan kita semua. Semoga Umat Islam berpegang teguh dengan Sunnah Nabi SAW.
Aspek (3) : Salah satu nam Allah ialah AR-RAHMAN (Yang Maha Pemurah). Oleh itu, rahmat Allah tidak mungkin membiarkan hamba-hambanya lalai tanpa diutus dengan Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Tidak mungkin juga Allah tidak memberitahu kepada mereka cara memperolehi kesempurnaan dan kebahgiaan yang sebenar. Siapa yang megamalkan tuntutan dan memahami pentafsiran [AR-RAHMAN] maka dia tahu bahawa Allah telah mengutuskan RAsul-rasul dan menurunkan wahyu dan kitab-kitab kepada rasul-rasul.
Perkara ini lebih besar dari menurunkan hujan, menumbuhkan rumput dan mencambahkan biji benih. Sesungguhnya rahmat Allah yang membuahkan kehidupanhati dan roh yang bahagia. Natijah dari perutusan rasul-rasul jauh lebih besar nilainya daripada kehidupan jasmani dan khayalan semata-mata. Tetapi malang pemahaman golongan yang tertutup hatinya terhadap nama AR-RAHMAN samalah seperti pemahaman haiwan ternakan dan tungganagan. Manakala golongan yang memiliki hati yang bersih dan pemahaman yang jitu memahami AR-RAHMAN dengan pemahaman yang betul!!))
Berkata Tuan Guru Sheikh Dr. Syarif al-Khatib;
"Sebaik-baik generasi ikutan ialah generasi sohabat dan solafussoleh. Meraka dididik oleh semulia-mulia makhluk Allah Taala iaitu Muhammad SAW. Mereka merupakan ikutan kita untuk mencari kehidupan dunia dan akhirat dan bukannya ahli falsafah yang mengelirukan"
Kita akan sambung aspek-aspek yang seterusnya dalam keluaran yang akan datang. Insya Allah.
Sekian Wassalam