gerak7.gif (42442 bytes)

 

Usamah Bin Laden; Bibliografi

1970-an, Muhammad bin Ladin, berhijrah dari Yaman ke Arab Saudi dan menubuhkan Bin Ladin Corp. yang terlibat dengan pembinaan prasarana di Timur Tengah. Usamah bin Muhamad bin Laden adalah anaknya yang lebih warak daripada saudara-saudaranya yang lain.

1979: Bin Laden menamatkan pelajaran di Universiti King Abdul Aziz di Jeddah dalam bidang Kejuruteraan Sivil.

1979: Soviet Union menyerang dan menduduki Afghanistan. Bin Ladin menyertai mujahidin Afganistan sebagai menyahut seruan jihad mujahidden. Jentolak-jentolak keluarganya di hantar ke Afghanistan. Beliau merekrut beribu-ribu pejuang Arab dari Timur Tengah, membiayai tambang mereka ke Afghanistan dan mendirikan kem-kem untuk melatih mereka serta membina terowong-terowong dan parit pertahanan di sepanjang sempadan Pakistan.

1986: Beliau bersama-sama pejuang Arab berjaya mematahkan serangan Soviet ke atas bandar Jaji, yang bersempadan dengan Pakistan.

1987: Bin Ladin memimpin satu serangan ke atas tentera Soviet di dalam pertempuran Shaban. Pertempuran itu menyebabkan ramai dari kalangan Mujahideen gugur shahid. Tetapi mereka berjaya menghalau pihak Soviet keluar dari kawasan tersebut.

1980-an: Raja Fahd menawarkan kepadanya kontrak yang lumayan untuk membesarkan Masjid Nabawi. Beliau menolak tawaran ini kerana beliau tahu tawaran itu adalah untuk mengalih perhatian beliau dari Jihad di Afghanistan kepada pembinaan masjid.

Beliau mengkritik rejim Saudi kerana penyelewengan dan tidak melaksanakan perundangan Islam.

1991: Raja Fahd membenarkan tentera Barat masuk ke Saudi ketika Perang Teluk. Kesannya; beliau mengkritik kerajaan secara terbuka lantas beliau menjadi sasaran penganiayaan ke atas aktivis Islam. Akhirnya beliau melarikan diri ke Sudan. Kerakyatannya ditarik balik oleh kerajaan Arab Saudi dan beliau diisytiharkan sebagai penjenayah. Arab Saudi juga menawarkan ganjaran yang lumayan kepada mereka yang sanggup membunuhnya.

1991-1996: Beliau menetap di Sudan dan membiayai Jihad di pelbagai negara Islam antaranya; Afghanistan, Bosnia, Yaman, Chechnia dan lain-lain. Satu cubaan membunuhnya telah dilakukan di Sudan tetapi beliau selamat walaupun mengalami sedikit kecederaan.

1996: Kerajaan Sudan terpaksa mengusir beliau daripada Sudan di atas tekanan A.S dan beliau berpindah dari Sudan ke Afganistan pada musim panas 1996.

26 Ogos 1996: beliau mengeluarkan dokumen berbahasa Arab setebal 12 m/s yang bertajuk, "Pengisytiharan Perang" oleh Usama bin Muhammad bin Ladin berbentuk amaran terakhir kepada tentera A.S agar meninggalkan bumi suci Islam, atau mereka akan menerima tindakan ketenteraan daripada pejuang yang telah mengalahkan tentera Rusia di Afganistan.

"Umat Islam terbakar dengan kemarahan kepada Amerika. Demi kebaikannya sendiri, Amerika mesti meninggalkan [Arab Saudi - bumi tanah haram]" - Usama bin Ladin.

7 ogos 1998: Kedutaan A.S di Noirobi dan Dar al-Salam dibom. Bin Laden dituduh bertanggungjawab.

21 ogos 1998: A.S melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Sudan dan Afganistan.