gerak7.gif (42442 bytes)

 

Bersifat DIAM dan MERENDAH DIRI

Sememangnya setiap jiwa Muslim akan diuji oleh Allah. Manusia yang bernama "pendakwah" tidak terlepas dari tajuk ini. Ujian yang mendatang boleh membawa seseorang itu hingga ke peringkat riak, u'jub atau bangga diri. Islam meggalakkan umatnya agar bersikap DIAM dan RENDAH DIRI . Kali ini saya akan cuba ceritakan perihal DIAM dan RENDAH DIRI .

1) DIAM -Mengapa kita digalakkan diam?

Diam menyimpan 1001 rahsia yang tidak diketahui orang. Samada seseorang itu cerdik, bodoh berilmu atau tidak berilmu tidak dapat dikesan jika seseorang itu diam kecuali bila dia bercakap. Oleh itu bayak bercakap akan dinilai segala2nya yang keluar dari lisan. Untuk mengelakkan dari segala yg tidak diingini (BERUNSUR MAKSIAT), lebih baik kita diam. Kalau tidak ada perkara yg mendatangkan kebajikan dan dapat pahala, maka eloklah dipendamkan suara anda seketika. Cuma 1 peringatan dari saya untuk diri sendiri dan anda semua.

Ada manusia yg ingin mendiamkan diri. Ingin menjaga lidahnya. Tetapi..sekali dia bersuara kata2nya memedihkan telinga dan menyebabkan manusia lari darinya .Ini cukup bahaya. Niat hati nak bercakap sebaik mungkin tapi tak pandai memilih ungkapan terbaik dan manis dan akhirnya mengeruhkan keadaan.

Pernah kita jumpa di dlm masyarakat kita berlaku perselisihan antara dua pihak dan akhirnya masing2 tak bertegur sapa antara satu sama lain. Iaitulah kes yang berpunca dari LIDAH. Yang membahayakan keadaan ialah ,tidak ada jalan penyelesaian (berdamai) hinggalah mereka yg terbabit itu meninggal dunia. Bagaimana 'dosa ' antara sesama manusia? Kalaulah diselesaikan waktu di dunia lagi dah tentu di akhirat esok senanglah sikit. Tapi ini tidak, masing2 rasa kebenaran berada di sebelah pihak masing2. Inilah salah satu sikap orang Islam yang negatif ! Sukar nak memaafkan pihak lain dan sukar nak pergi memohon maaf dari yang terbabit. Kita digalakkan bersikap pemaaf. Tentu ramai yang suka bersahabat dengan kita apabila kita bersikap PEMAAF.

Kalau kita nak diam kerna nak jaga lidah, sila pastikan bahawa selepas itu (bila mula nak bercakap) lidah kita bercakap hanya dalam perkara yang diredhai Allah dan menyukakan hati manusia. Biarlah apa yang keluar dari mulut kita adalah yang membuahkan ibadah. Lihatlah Baginda s.a.w. yg dinamakan 'Kekasih Allah'! Kalam yang keluar dari Baginda adalah ibadah. Tiada unsur-unsur maksiat. Penuh berisi amal kebajikan untuk diri Baginda dan menjadi contoh buat umatnya semenjak zaman baginda hinggalah datang Hari Qiamat. Oleh itu untuk mendapatkan status para umat Nabi Muhammad s.a.w. yg dikasihi Allah maka salah satunya menjaga LIDAH. Kalau gigi diberus tiap waktu demi menjaga kesihatan dan kecantikannya , maka begitulah jua LIDAH.

Lidah perlu diberus dengan. 2 perkara iaitu Zikir kepada Allah dan Selawat ke atas Rasullallah s.a.w. Sekurang-kurangnya 2 perkara itu tadi sudah cukup untuk mem'berus' lidah anda yg cukup liar untuk dijinakkan!!!!! Kalau boleh tiap2 hari kita laksanakan 2 perkara ini. Insya Allah, anda akan terasa saat perubahannya kelak. Selawat dah diketahui lafaznya. Cuma bagi Zikir kepada Allah ni luas skopnya. Ikut maknanya ialah 'mengingati Allah'. Salah satu bukti kita ingat Allah ialah bersyukur kepadanya. Selepas solat dan pada bila2 masa anda boleh bertasbih (berkata:Subhanallah), bertahmid(Alhamdulillah), bertakbir(Allahuakbar)dan bertahlil(Laa ilaa ha illa Allah). Ini contoh2 lafaz2 yg sudah maklum dlm masyarakat bahawa ianya adalah zikrullah.

Bagi golongan terpelajar,di sana banyak lagi cara2nak buktikan kita "Mengingati Allah" boleh dilakukan. Cukuplah apa yang saya sebutkan seperti di atas sebagai gambaran ringkas memahami maksud Zikrullah dan Selawat yang boleh mem'berus' lidah kita.

2) Rendah diri.

Ini adalah salah satu sifat dari akhlak Islamyyah yang amat susah dimiliki dan dikuasai oleh seorang muslim lantaran terpaksa berjuang bersungguh2 untuk mendapatkan- nya.

Ibarat ingin memiliki jejaka/perawan yg berakhlak mulia tambahan pula yg dicari itu diketahui mempunyai wajah yg segak/cantik. Nak lepas ke? Tentu peluang nak memiliki tu terpaksa melalui pelbagai onak dan duri. Siapa yg sanggup menolak bakal suami/isteri yg berakhlak mulia dan tak kurang dari segi wajah. Tapi, kepahitan bisa ditempuh sepanjang melalui ujian memiliki segala yg diidam2kan sblm menjelmanya kemanisan. Tidak mustahil ss itu dpt memiliki yg diidam2kan tanpa sebarang masalah. Bersyukurlah beliau. Itu nikmat dari Allah. Manakala yg terpaksa berhempas pulas memiliki yg diidam2kannya itu tentu mendapat rahsia/hikmah tersembunyi di sebalik ujian yg dilaluinya.

Bersifat rendah diri mestilah kerana Allah bukan kerana manusia. Bukan merendah diri kerana inginkan pujian. Kalau boleh kita selalu berdoa :"Wahai tuhan..ampunilah daku, jauhilah aku dari sifat takabbur, riak , buruk sangaka , ujub,sombong, buruk sangka, ingin dipuji, ingin disayangi, ingin diambil berat, ingin dicintai, ingin di'itu' ..ingin di 'ini' dll keinginan hati.

Pendakwah selalu diuji dgn sikap u'jub(takjub dgn diri sendiri) dan bangga diri. Namun setelah ditewaskan sikap tersebut ,ia datang menjelma semula buat kali berikutnya.Tewas ..datang .Tewas ..datang. Begitulah hingga kita menemui kematian. Saya cuba nak memberi 3 PETUA agar kita sama2 dpt menewaskan sifat mazmumah ini. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sahaja. Semoga ia dapat dikongsi bersama. Sebagai peringatan, ilmu dan pengalaman manusia terbatas dan lemah. Bandingkanlah apa yg kita ada dengan Kekuasan Allah dan ternyata kita adalah makhluknya!

PETUA PERTAMA!

Pabila suara perasaan ini menjelma dlm jiwa, cepat2lah kita berselawat ke atas junjungan besar Baginda s.a.w. Anda semua tahu bahawa selawat ke atas Baginda banyak cara lafaznya.

Pabila datang bisikan dalam jiwa /hati/diri spt:"aku ni cantik,aku ni smart, aku ni handsome, aku ni pandai, aku ni baik, aku ni lemah lembut dgn org tua2, pandai jaga hati dll bisikan" maka cepat2lah BERSELAWAT! Jangan menangguh2 !

Insya Allah dalam sekelip mata , bisikan perasaan tadi akan hilang kerana tewas dalam pertarungan dengan kuasa sakti SELAWAT. Tambahan pula selawat ke atas Baginda mempunyai fadhilat tersendiri.*Allah akan berselawat 10 kali ke atas hambanya yg berselawat ke atas Baginda s.a.w.sebanyak 1 kali. Ini baru ganjaran bagi 1 selawat. Bagaimana agaknya kalau anda berselawat dalam bilangan yang banyak? Tentu banyak fadhilat yang diperolehi.

* Erti 'Allah berselawat' di atas adalah Allah memberi rahmat ke atas yg berselawat.

PETUA KEDUA!

Pabila datang suara perasaan dlm jiwa /diri/hati kita maka lawanlah perkara tersebut dengan menyandarkannya kepada pihak lain. Agar apa yg dibanggakan oleh kita itu nampak 'lekeh' atau 'tak setaraf' dengan apa yg dimiliki oleh orang lain. Macam mana tu? Macam ni..

Datang bisikan perasaan :"aku ni hansome/cantik...tentu ramai yg menaruh perasaan kat aku". Bila berhadapan dgn perasaan macam tu, cepat2lah lawan! Begini..

Kita lawan dgn suara hati/jiwa :"ada lagi org yg lebih hansome/cantik dari aku. Siapa lah sangat aku ini....". Maksudnya kita cuba alihkan apa yg kita banggakan itu kepada pihak lain yang lebih layak memiliki perkara tersebut. Contoh terdekat macam ni..

Kita kata : Tapi Sebenarnya.....

kita pandai ------- org lain lebih pandai

kita baik ---------- org lain lebih baik

kita berani -------- org lain lebih berani

kita hansome ------ org lain lebih handsome

kita cantik --------- org lain lebih cantik

Dan kiaskan perkara2 ini dgn lain2 suara bisikan yg pernah , sedang dan akan menyerang anda kelak! Kedengaran satu kata2 (saya tak dpt pastikan samada ianya adalah Hadis Baginda s.a.w. atau kata2 hikmat ulamak) iaitu:"Jangan selalu melihat kelebihan yg dimiliki oleh mereka di atas kamu tetapi lihatlah apa yg dimiliki oleh mereka yg di bawah kamu.Itulah salah satu tembok untuk menjadikan kamu bersyukur debgan apa yang kamu miliki."

PETUA KETIGA/TERAKHIR

Iaitulah dgn cara kita melawan suara bisikan dalam diri /jiwa kita yg cenderung utk memuji diri dengan menyandarkan semua sifat2 tersebut kembali kpd Allah jua. Ini hak Allah . Itu hak Allah.

Contohnya pabila datang suara bisikan spt:" Aku ni kuat,aku ni handsome,aku ni cantik ,aku ni cerdik,aku ni tau itu ini,m/kat hormat aku,aku org penting,aku org penyantun,bersungguh2 dlm sst kerja dll suara bisikan" maka Cepat2lah kembalikan semua sifat2 itu kepada Allah.

Kita kata : Tapi sebenarnya

Kita kuat---- Kekuatan itu milik Allah dan Allah lebih perkasa dari makhluk

Kita handsome--- Handsome itu hak Allah dan Allah bersifat dgn cantik mengatasi kecantikan manusia .

Kita cerdik/pandai--- Allah lebih mengatasi segala ilmu aku dan apa yg aku ada hanyalah ibarat debu halus yg berada bumi yg luas.

Aku ni berakhlak mulia--- Akhlak aku ini adalah pemberian Allah dan Kekasih Allah iaitulah Baginda s.a.w. adalah lebih tinggi akhlaknya dari umatnya Jauh beza antara aku dan Rasulallah s.a.w.

Insya Allah, dengan melawan kata2 tersebut tadi kita akan merasa tiada sesaat pun dalam diri kita ini yang boleh dibanggakan kerana semuanya hak Allah jua. Barualah datang selepas itu sikap merendah diri. Iaitulah merendah diri kepada Allah dan bukannya merendah diri kepada manusia! Sesiapa yang merendah diri kepada Allah dengan sebenar-benar makna merendah diri , saya percaya dia akan menghormati manusia lain di dunia ini kerna dia tahu bahawa semua manusia adalah sama di hadapan Allah. Orang yg paling mulia di sisi Allah adalah mereka yg kuat TAQWA!