BERITA GEMBIRA TENTANG KEMENANGAN ISLAM

Al Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan untuk panduan umat manusia sejagat.Al -Quran mempunyai rahsianya yang tersendiri , mencakupi aspek kehidupan manusia keseluruhannya.Al-Quran hadir dengan beberapa " al-Mubasysyiraat " iaitu berita-berita gembira atau janji-janji gembira yang diceritakan oleh Allah Subhanahu WaTaala.

Berita gembira yang pertama yang terdapat di dalam Al-Quran ialah janji Allah (S.W.T) kepada orang-orang Mukmin denagn kemenangan Islam.Cahaya kebenarannya akan tersebar ke seluruh pelusuk dunia dan akan mengatasi semua agama-agama lain.Firman Allah Taala dalam Surah At-taubah , ayat 32 dan 33 yang bermaksud :"Mereka(orang-orang musyrikin dan ahli kitab) mahu memadamkan cahaya Allah(agama Islam) tetapi Allah Taala akan menyempurnakannya sekalipun orang-orang kafir membenci(Islam).Dialah(tuhan) yang mengutuskan Rasul-Nya membawa hidayah dan agama yang benar untuk mengatasi agama-agama yang lain kesemuanya, sekalipun orang-orang musyrikin membencinya.

Berita gembira kedua ialah umat Muhammad ini akan memegang tampuk Khalifah di muka bumi. Dunia akan aman sejahtera di bawah pemerintahan Islam .Firman Allah Taala di dalam surah An-nur ayat 55 yang bermaksud :"Janji Allah kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh bahawa akan dijadikan mereka Khalifah di muka bumi ini sebagaimana memerintah umat-umat terdahulu dari mereka.

Berita gembira ketiga ialah berita kejayaan Rasul-Rasul terdahulu berserta pengikut-pengikutnya.Sebaliknya azab dan bala bagi kaum yang engkar dari mengikut petunjuk Rasul-Rasul tersebut.Firman Allah Taala di dalam Surah Al-Ankabut ayat 15 yang bermksud :"Kami beri kemenangan kepadanya (Nabi Nuh A.S) dan pengikut-pengikutnya dalam kapalnya (dari banjir besar) dan kami jadikan ia pengajaran untuk sekalian alam. Firman Allah lagi dalam surah Al-Baqarah , ayat 50 yang bermaksud :"Dan tatkala kami belahkan laut menjadi dua , dan kami beri kejayaan kepada kamu (pengikut-pengikut nabi Musa A.S) dan kami tenggelamkan Firaun serta pengikit-pengikutnya.

Diantara berita gembira yang terdapat di dalam Al-Quran juga ialah janji Allah Taala bahawa akan ada satu golonga yang amat-amat mencintai Islam dan orang-orang Islam .Manakala orang-orang Musyrikin dan orang-orang yang murtad tidak akan memudaratkan agama Allah ini. Akan lahir satu generasi di mana orang-orang Islam mempunyai kekuatan yang padu .Firman Allah Taala dalam Surah Al-Ma'idah ,ayat 54 yang bermaksud :"Wahai orang-orang yang beriman , sesiapa yang murtad di kalangan kamu yang keluar dari agamanya(Islam) , maka Allah akan datangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya, merendah diri kepada orang-orang yang beriman(yang lain) , serta bersungguh-sungguh(menentang) orang-orang kafir , mereka berjihad di jalan Allah dan tidak takut celaan orang-orang yang mencela".

Sesungguhnya janji-janji Allah itu benar.berita-berita gembira yang dijanjikan Allah itu telah dan pasti terjadi.Sabda Rasulullah (S.A.W) yang bermaksud :"Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya"

rujukan : AL-Mubasysyiraat bintisooril islam OLEH DR. Yusof Al-Qardhawi