Nur : Berasal dari bahasa Parsi tetapi telah diarabkan lalu digunakan secara meluas di dalam bahasa Arab. Nur bermaksud cahaya lawannya gelap. Selain itu nur juga bererti petunjuk atau hidayah. Allah s.w.t befirman di dalam al quran : ( Nurnya umpama tebukkan dinding yang berisi pelita ) ( al Nur : 35) Sila rujuk Ibnu Mazur = Lisan al arab. Didalam alquran, terdapat 43 perkataan an-Nur yang membawa pelbagai makna. Antaranya bererti petunjuk dan Iman. Firman Allah s.wt ( Dan orang orang yang kafir, pembantu mereka adalah Thagut, mengeluarkan mereka daripada Nur petunjuk dan iman kepada kegelapan iaitu kekufuran. Al baqarah ayat 257). Didalam
ayat ini Nur juga bererti siang. Nur Juga bermaksud Nabi Muhammad s.a.w. firmannya lagi :" Telah datang kepada kamu nur iaitu Nabi Muhammad dan kitab yang nyata" al-Maidah ayat 15 Orang orang Islam yang gugur dimedan peperangan juga disebut sebagai Nur. Firmannya : "Dan para syahid, bagi mereka ganjaran dan Nur disisi tuhan mereka" al-Hadid ayat 19. Selain itu, Taurat dan Injil juga dikatakan sebagai nur. Firmannya :"Dan kami datangkan Injil didalamnya ada petunjuk dan Nur" al-Maidah 46 firmannya lagi: "Dan kami datangkan kepada taurat didalamnya ada petunjuk dan Nur al-Maidah ayat 44. Didalam falsafah sufi ada satu kepercayaan tentang apa yang dinamakan Nur Muhammad. Ianya lebih jelas jika anda membuka kitab Futuhat Makkiyah Karangan Ibnu Arabi. Menurutnya, sebelum Allah mencipta aam semesta ini, dia terlebih dahulu menciptakan Nur. dari Nur inilah Allah telah menciptakan seekor burung yang indah dan melalui titisan peluh nur inilah Allah menciptaskan tujuh petala langit dan bumi, tujuh petala laut iaitu laut ilmu, laut latif, Laut Sabar, Laut akal, Laut Fikir, Laut Rahmat dan Laut cahaya. Seterusnya diciptakan Adam dan Zuriatnya hinggalah kepada Noh, Ibrahim, Ismail, Musa dan sehingga kepada Abdul Muttalib. Nur itu akhirnya muncul sebagai Nabi Muhammad SAW. Selain itu, kejadian Nur Muhammad juga sering kita lagukan terutama ketika menyambut maulidur Rasul. ( tatakala allah menggengam Nurnya dan befirman : Jadilah dengan kekuasaan kami akan kekasih kami Muhammad ) = Iz qala jalla li qabzatin min nurihi kunii bi qadratina al Habiba Muhammad&ldots; Juga terdapat di dalam doa Maulid : ( Nabi Muhammad yang lebih dahulu dijadikan. Tetapi dibangkitkan akhir sekali) = Waman huwa akhiru anbiya' bi suratiihi awwalahum bi ma'nah.. Didalam al quran, kisah kejadian Nur Muhammad jelas tidak kelihatan. Didalam hadis Abu Daud meriwayatkan dari Jaafar bin Hasan dari Al Walid bin Rabah dari Ibrahim bin Abu A'ladari Hafsah katanya: Ubadah bin al samit telah berkata .. Aku mendengar Rasululallah bersabda: Sesungguhnya allah taala menjadikan al Qalam sebelum dijadikan benda benda lain.. Ada pula hadis lain mengatakan bahawa allah s.w.t menciptakan akal sebelum diciptaka benda benda lain. Oleh itu ader ulamak berpendapat bahawa semua perkara atau hadis berkenaan tentang awal kejadian adalah lemah dan tidak boleh dijadikan hujah. Yang pastinya nabi kita Muhammad bin Abdullah dilahirkan hasil perkongsian hidup di antara Abdullah dan Aminah di Mekah pada tahun gajah. Beliau dilahirkan dan dibesarkan sama seperti manusia normal. Seterusnya diberikan kepadanya wahyu oleh Allah sebagaimana nabi nabi lain. Kemudian Allah wafatkannya.. ( Sesungguhnya engkau akan mati dan mereka juga akan mati.. al Zumar : 30) Allah s.w.t menyatakan didalam alQuran bahawa Nabi Muhammad ialah manusia biasa. ( katakanlah aku hanyalah manusia seperti kamu tetapi aku diberikan wahyu . al Kahfi ayat 110) Firmannya lagi Katakan Maha suci allah adakah aku makhluk lain kecuali manusia yang telah diangkatka menjadi rasul. Al isra: 93. Juga terdapat kenyataan kenyataan sebigini di dalam al Quran yang banyaknya bukan main main. Rasdulullah sendiri menegaskan tentang sifatnya sebagai manusia. Imam al Bukhiari meriwayatkan dari al Humaidi dari sufuian katanya: Akku teleh mendengar azzuhri berkata: Ubaidillah bin Abdullah telah memberitahuku dari Ibnu Abbas dari Umar yang berkhutbah diatas mimbar: Aku mendengar Rasulullah bersabda Jangan terlalu mengada ngada ketrika memujiku seperti golongan Nasara memuji Isa ibnu Maryam. Aku hanyalah hambanya &ldots; Katakanlah Aku ini hanyalah hamba Allah dan pesuruhnya. Justeru itu nabi Muhammad s.a.w. adalah seperti manusia manusia lain dan bukannya sejenis makhluk yang diciptakan dari emas atau perak atau tembaga. Bahkan baginda diciptakan daripada setitis mani yang terpancar keluar dari tlang sulbi lelaki dan tulang dada wanita. Dari segi perutusannya pula bolehlah dikatakan Nur ( telah datang kepada kamu Nur iaitu nabi Muhammaad s.a.w dan kitab kitab yang nyata. Al maidah : 15) Firmannya lagi : wahai nabi sesungguhnya kami telah mengutuskanmu untuk menjadi saksi dan pembawa khabar gembira dan memberi peringatan dan untuk menjadi penyeru kepada agama Allah dengan izinnya dan untuk menjadi cahaya yang menerangi .. al ahzab : 45 - 46) Didalam riwayat lain baginda sering berdoa ( Ya Allah jadikan lah didalam hatiku Nur pada penglihatanku Nur dan Dagingku Nur dan pada Tulangku Nur dan pada Rambutku Nur serta dikanan dan kiriku nur) hadis riwayat Ibnu Abbas dan disepakati oleh Bukhari dan Muslim. Wallahu a'lam |