Di kala malam yang sunyi sepi sedang bani insan tenggelam dalam tidur dan mimpi musafir yang malang ini tersentak bangun pergi membasuh diri untuk datang mengadap mu Tuhan Lemah lututku berdiri dihadapan Mu sedu sedan tangis ku keharuan hamba yang lemah serta hina ini Engkau terima jua mendekat bersimpuh di bawah Duli Kebesaran Tuhan.......... Hamba tidak tahu pasti bagaimana penerimaan Mu di kala mendengar pengaduan hamba yang penuh noda dan dosa ini. Dalam wahyu yang engkau nuzulkan Engkau berjanji untuk sedia menerima pengaduan dan sudi memberi keampunan. Dan Muhammad Rasul Mu yang mulia itu ada mengatakan:- Ampunan Tuhan lebih besar dari kesalahan insan Hamba percaya pada Tutur Kepastian itu sebab itu hamba datang wahai Tuhan bukan tidak redha dengan ujian cuma hendak mengadu pada Mu tempat hamba kembali nanti memohon sakinah, maghfirah dan mutmainnah. Demikian bila hati sudah kembali kepada fitrahnya, maka manusia menjadi makhluk yang paling sempurna (Insan nul Kamil) . Tetapi malang tidaksemua manusia memilih jalan ini. Mereka bukan lagi memuja Allah tetapi memuja diri (nafsu ) sendiri. Allah tidak dibesarkan selayaknya. Dan syariat Tuhan lahir mahupunbatin dijadikan bahan senyum dan mainan mereka semata mata. Tetapi selamat dan bahagiakah hidup mereka? Damaikah negara mereka? Amankah masyarakat mereka? Tenangkah rumah tangga mereka? Lapangkah dada mereka? Puaskah nafsu mereka? Dan dimanakah syurga dunia yang mereka impi impikan? Ketenangan hati akan diperolehi dengan mengakui kehambaan, kekurangandan kelemahan di hadrat Allah yang maha tinggi. Mengaku berdosa lahirdan batin, takut dengan kebesaran, kekuasaan dan hukum Allah., mengharapkan kebahagiaan akhirat dengan melupakan penderitaan di dunia,berkasih sayang pada manusia, zuhud terhadap dunia sertaikhlas beramal semata mata kerana Allah . Kebahagiaan di dunia ialah ketenangan hati. Dan hati hati yang tenang adalah hati yang selamat dari kejahatan. Mudah mudahan Allah mengurniakan kita taufik dan pimpinan untukmemperolehi hati yang selamat sebagaimana yang Dia maksudkan. Amin. Sekian Wassalam Rose |