SEMANIS SALJU Semoga sahabat berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dalam menelusuri mehnah dan ujian di dunia ini.Kita hendaklah sentiasa beringat bahwa Allah sememangnya mendatangkan ujian kepada hambanya bagi menilai sejauh mana hambanya ini memikul dan menyelesaikannya hingga sampai ke satu tahap bahawa kita merasakan 'MANIS'nya ujian itu.Tentang tazkirah ini,rasanya ramai yang lebih berkelayakan dari saya untuk memberi tazkirah pada sahabat, cuma pada kali ini saya cuba memberi sekadar yang termampu buat sahabat sebagai panduan menjalani hidup di dunia ini.Kita kan insan yang selalu dalam kelalaian dan kealpaan.Insan ini perlu diingat-ingatkankan selalu agar senantiasa dalam jalan yang benar dan tidak menyimpang mengikut hawa nafsu yang sentiasa nak merosakkan jiwa manusia.Sahabat memperingatkan saya dan saya pula memperingatkan sahabat.Betulkan? Sahabat saya, Sememangnya memperbaiki diri ini bukan satu kerja yang senang apatah lagi terpaksa melalui jalan yang agak sukar sehingga sampai ke satu destinasi yang selamat yang dimimpi-mimpikan oleh semua jiwa yang suci.Jiwa sahabat adalah jiwa yang suci lagi murni jika teransang untuk mengubah diri dari segala kekotoran jiwa sebelum ini kepada jiwa yang putih laksana salju pada kedinginan musim sejuk.Adakah kita rasa 'SENSITIF' terhadap peribadi kita ?Bukti sensitifnya kita terhadap diri kita adalah kita sentiasa muhasabah diri kita.Orang yang selalu muhasabah ialah orang yang sensitif terhadap dirinya.Agak-agak bagaimana muhasabah itu berlaku ya? Tiap-tiap hari MUHASABAH/MENGHITUNG DIRI mesti berlaku.Kita menghisab/menghitung segala apa yang kita lakukan pada hari tersebut.Hari ini banyak mana kebaikan yang kita lakukan .Banyak mana kejahatan yang kita lakukan.Cuma saya nak pesan pada sahabat tentang satu perkara penting yang perlu diberi perhatian! Kita digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kita telah buat seharian.Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara kebaikan yang kita buat .Jangan! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif.Iaitu kita rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga bahwa kita ni baik dan berperibadi mulia.Ini lah bahaya nya.Lepas itu kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi.Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini.Saya harap sahabat nampak dan jelas dengan penerangan yang ringkas ini. Kita digalakkan untuk berfikir dan mencari ruang kebaikan yang akan kita buat pada hari esok dan berikutnya.Kita mesti fikir tentang itu.Maksudnya esok mesti ada kebaikan yang kita lakukan.Saya nak beri satu contoh yang waqi'/praktikal berada di dalam kehidupan kita.Pada hari sahabat baca emel ini,adalah hari yang pertama.Muhasabah berjalan seperi biasa.Kata sahabat (di dalam hati),esok sahabat nak buat kebaikan.Dan hari esok pun menjelma buat sahabat dengan taqdir Allah.Sahabat harus mencari ruang untuk melakukan kebaikan.Oh ya! Ruang untuk kita melakukan kebaikan ada yang datang secara kita tak jangka dan ada yang dah kita jangka.Yang kita jangka seperti ,selepas solat Subuh sahabat baca AlQuran,berzikir,berwirid dan lain2 kebaikan.Yang kita tak jangka seperti ada peminta sedekah yang meminta sedekah di luar masjid,ada orang buta yang kehilangan peneman jalan dan ada mak cik tua yang tak mampu memikul beban barang yang dibawa.Semua itu "BONUS' dari Allah buat kita sebagai ruang mencari kebaikan.Di situlah kita menabur kebaikan.Mana kita sangka ,ada orang buta itu datang sebagai 'bonus' pada kita.Tetapi ia adalah ujian Allah buat manusia untuk melihat apa tindakan kita.Pahala tersembunyi melalui orang buta itu.Kalau kita tak buat,hilanglah 'bonus' itu kan ! Kesimpulan dari perkara ini ialah kita mesti berfikir akan kebaikan yang akan kita lakukan dan JANGAN sekali-kali kita fikir/ungkit-umgkit kebaikan yang telah kita lakukan ! Manakala perkara kejahatan pula wahai sahabatku, Kita tak payah susah-susah pikir/ungkit-ungkit kejahatan yang akan dilakukan.Siapa yang beranggapan seperti itu maksudnya hati itu kotor! Ya lah.Beranggapan yang negatif.Ingin membuat kejahatan. Bagi muslim sebenar,kita kena renung dan pikir atau kita kena selalu ungkit-ungkit akan kejahatan yg telah kita lakukan.Moga-moga ia menimbulkan kesedaran pada kita bahwa lemahnya kita.Selepas berfikir itu,kita mestilah susuli dengan rasa penyesalan dan tak mahu kembali lagi ke desa kekotoran dan kejahatan tadi.Yang lepas tu biarlah berlalu.Tapi janganlah kita tanam cita-cita untuk mengulangi kejahatan yang lalu. Kali ini saya nak bagi 2 cadangan ringkas buat sahabat.Senang dan memerlukan keikhlasan yang amat tinggi.Ok! Pertama:Bertaubat dan Kedua: Memohon Ampun dan Maaf Bertaubat itu ada 3 syarat.Boleh rujuk mana-mana buku yg menceritakannya.Pertamanya meninggalkan kejahatan lalu ,keduanyaberazam kita takkan ulangi kejahatan lalu dan ketiga menyesal atas dosa lalu.Cuma perkara keempat ialah memohon kemaafan adalah syarat keempat bagi dosa sesama manusia.Perkara 3 tadi adalah taubat kepada Allah dan dosa itu antara kita dengan Allah. Maksudnya bila bertaubat ini,kita yakin bahawa lepas itu kita akan buat segala perintah Allah dengan sebaik mungkin.Sentiasa berhati-hati dalam setiap tindak tanduk.Biasanya sapa yang bertaubat sungguh2 kesan boleh dilihat selepas itu.Perangainya banyak berubah.Peribadi teratur.Bertuahlah diri yang selalu ingat Allah dan selalu sensitif akan dosa lalu jalan terbaik yg dipilih olehnya ialah Bertaubat! Memohon ampun tu adalah bukti baik hatinya kita .Tak rasa ego atau sombong.Tapi menampakkan rasa lembutnya hati kita.Minta maaflah dari mereka yg awak rasa awak ada buat sst kesalahan .Jika awak kata awak banyak buat salah pada kawan-kawan ,maka pergilah berjumpa mereka secara personal.Jumpa secara berdepan.Cakap elok-elok kat dia.Bahwa sahabat benar-benar nak minta maaf Kalau dia tak nak ampunkan kesalahan sahabat,biarlah.Kita dah habis tanggungjawab kita.Ikhlaskan hati tika minta ampun dan maaf tu.Insya Allah ,Allah bersama sahabat. Sikap tak puas hati pada seseorang ini berkait rapat dengan rasa hasad dan dengki.Biasanya begitulah.Samada sahabat itu lebih taraf dari orang tersebut atau sahabat kurang taraf dari orang tersebut,maka sememangnya sikap tak puas hati ini tetap wujud.Sehinggalah sampai kita akan mati!Oleh itu adalah dinasihatkan agar sahabat cuba fikirkan dan renungkan buat seketika masalah ini....... Sahabat yang dihormati,ada pesanan untuk kita umat Islam ini.Iaitu jangan selalu memandang mereka yang tarafnya tinggi dari kita tak kiralah dari segi ilmu, harta atau kecantikan dll tetapi lihatlah juga mereka yang berada di bawah kita iaitu yang kurang dari segi ilmu,harta,kecantikan dll.Semoga ingatan seperti ini akan memjadi salah satu tembok untuk kita bersyukur terhadap nikmat Allah yang amat luas tak terhingga.Dan pesanan dari Allah buat kita hambanya: "Jika kamu bersyukur ,nescaya akan AKU (Allah) tambahkan nikmat ke atas kamu" Besyukurlah dengan apa yang ada pada kita.Kelebihan yang ada pada kita tak terdapat pada orang lain.Itulah 'permata' dalam diri kita.Tetapi kita tak lekang dari mempunyai kekurangan dan kelemahan.Begitulah manusia lain.Mereka ada kelebihan dan ada kekurangan.Mungkin-mungkin mereka juga ada yang irihati atau berhasad pabila melihat 'permata' yang berada pada kita.Kita tak puasa hati dengan seseorang.Orang lain pun tak puas hati sama kita.Samalah tu.Kita nak orang lain jaga hati kita tetapi kita tak pula terniat nak jaga hati orang lain.Kita rasa orang lain salah tetapi kita tak rasa kita ni pun salah.Macam mana ni?Maksudnya kita ni sombong ke?Kalau kita sombong,kita tetap nak kita juga menang.Nak orang lain kalah dalam setiap pebahasan.Kitalah yang senantiasa betul.Betulkah cara kita ini?Tetapi kalau kita ni jenis manusia yang suka beralah bukan kerana 'bodoh'tetapi beralah kerana 'cerdik' pasti tak terjadi satu tanggapan pada manusia lain bahwa kita ni jenis tak suka mengalah.Nak menang je..Pada saya sikap begini patut dibuang jauh-jauh dari diri manusia.Kalau kita suka kekal dalam gaya tersebut,benarlah kawan-kawan akan menjauhkan diri dari kita walaupun kita dah hampir mendekati mereka.Bertaubatlah sambil menangis di hadapan Allah.Siapalah kita berbanding Allah?Makhluk kerdil yang kadang-kadang tu lupa erti perhambaan.Kita makhluk dan mesti patuh kata tuan(Allah)!Kembalilah menghayati Akhlak Islami yang diajar oleh Rasulallah s.a.w. "Orang yang cerdik ialah orang yang mengingati mati!Tiap amalan akan dilakukannya mengikut apa yang Islam ajar.Dia takut gerak gerinya menyakiti hati manusia.Kerana dia yakin adanya dosa dan pahala.Maka dia melakukan sebaik mungkin pesanan Allah dan Rasulnya" Ok lah untuk kali ini. Cubalah ambil yang terbaik dari emel ini.Yang benar tu dari Allah dan yang buruk dan salah tu dari saya yang masih menagih nasihat dan kritikan yang membina. Biarlah kita dikata penghuni terhina di dunia ini tetapi kita menjadi tetamu kehormat buat penghuni di langit sana.............Renung-renungkan lah kata-kata ini.............Ok! Wassalam. |