TANGGUNGJAWAB SEMUA

OLEH DR. YUSOF QARDAWI

Adakah masalah yang kita hadapi sekarang ini iaitu masalah terpinggir, tersisih dari dunia terletak diatas rakyat ataupun atas masyarakat umum??

Pada hakikatnya, tanggungjawab ini adalah tanggungjawab besama. Setiap pihak memikul tanggungjawab masing-masing sesuai dengan kemampuannya yang ada padanya. Tanggungjawab orang alim (orang berilmu) adalah lebih besar dari tanggungjawab orang jahil, tanggungjawab orang yang mempunyai kuasa adalah lebih besar dari mereka yang tidak ada kuasa, tanggungjawab orang yang berharta lebih besar dari mereka yang tidak berharta walaupun semuanya bertanggungjawab. Nabi SAW memikul tanggungjawab bagi semua. Sabda baginda: "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab keatas apa yang dipertanggungjawab padanya".

Islam tidak mengenal perbezaan golongan tertentu yang menyifatkan mereka sebagai "golongan agama" sebagai mereka yang bertanggungjawab pada agama, bahkan setiap orang islam bertanggungjawab terhadap agamanya. Umat Islam kesuluruhannya bertanggunjawab mengamalkan apa yang difardukan oleh Allah dan juga melaksanakan syariatnya begitu juga melaksanakan konsep amal makruf nahi mungkar.

Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 71 yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain&ldots;&ldots;"

Saya teringat satu kisah dimana sorang pendengar telah berkata seorang penceramah selapas ceramahnya yang diberinya: "Telah berlalu 30 tahun kamu hanya asyik bercakap tetapi apa yang telah kamu lakukan????" Dan penceramah itu menjawab dengan nada marah: "Kamu..juga telah berlalu 30 tahun kamu asyik mendengar . Apakah yang kamu telah lakukan??"

Inilah hakikatnya, sesorang pendengar itu sebagaimana juga orang yang bercakap, bertanggungjawab untuk mengubah segala isi pecakapan kepada amalan, mengubah idea-idea kepada realiti walaupun berbeza jenis tanggungjawab!!!

Dipetik dari Majalah As-Sabeel