FAEDAH PERKAHWINAN

SOALAN

Assalamualaikum..

1. Bagaimanakah cara untuk meyakinkan hati saya bahawa dalam perkahwinan itu membawa kebaikan. Kerana pada waktu ini saya merasakan perkahwinan itu belum perlu kerana saya belum bersedia untuk menghadapinya ( saya sudah berusia 21 thn ). Alasan ini tidak diterima oleh orang tua saya, dan beliau mengambil keputusan mencarikan jodoh untuk saya.Peringkat mula ini memang saya tidak menerima dia.

2. Apakah persiapan yang perlu ada dalam jiwa seseorang sebelum mendirikan rumahtangga?

3. Apakah batas-batas dan perkara yang perlu dilakukan dalam pertunangan.

 4. Jika tidak khusyuk dalam solat, adakah perlu diulangi solat tersebut.

ITBASE....MALAYSIA

JAWAPAN.

Kebaikan daripada perkahwinan

1) Ia merupakan salah satu daripada sunnah para Nabi .Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya : " Empat perkara daripada sunnah para rasul : Malu , berwangi-wangian , bersiwak dan berkahwin .

2) Memenuhi tuntutan naluri semula jadi manusia dengan cara yang bermaruah dan terhormat .Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah maksudnya : " Mereka ( perempuan ) adalah pakaian kamu dan kamu adalah pakaian mereka . Perumpaan yang diberi oleh Al-Quran ini menunjukkan bahawa manusia berhajat kepada pasangan untuk memelihara naluri dan kemulian seperti ia memerlukan kepada pakaian untuk menjaga tubuh badannya .

3) Menyambung generasi Islam yang bertakwa dengan pembentukan sebuah rumah tangga yang dimulai dengan perkahwinan .

4) Memberi ketenangan kepada jiwa . Firman Allah s.w.t. di dalam surah Ar-Rum maksudnya :

" Dan di antara tanda-tandaNya , Dia menciptakan jodoh-jodoh untuk kamu daripada dirimu supaya kau bersenang-senang denganya dan mengwujudkan di antara kamu kasih sayang dan rahmat .

5) memelihara diri daripada terjebak dengan keruntuhan akhlak . Sabda Rasullullah s.a.w. maksudnya : " Apabila datang seseorang yang kamu redhai agamanya kepada kamu , maka kahwinilah ia , sekiranya kamu melakukannya akan berlaku akan berlaku fitnah dan kerosakan di muka bumi . Riwayat Imam At-Tarmizi .

6) Mendapat ganjaran pahala kerana mengikut sunnah Nabi s.a.w.

Batas pergaulan yang perlu dilakukan dalam pertunangan

Pertunangan sebenarnya sebuah ikatan yang menunjukkan keinginan seorang lelaki untuk menikahi seorang perempuan. Kesan daripada ikatan ini , lelaki-lelaki lain di haramkan untuk melamarnya .Walaupun begitu hubungan lelaki tersebut dengan tunangnya adalah sama seperti hubungannya dengan perempuan lain yang bukan muhrimnya . Oleh itu ia tidak boleh keluar atau duduk berdua-duaan . Keluar bersiar-siar bersama melainkan disertai dengan muhrim dan banyak lagi perkara yang telah digariskan oleh Islam mengenai hubungan lelaki dengan perempuan yang bukan muhrimnya .

Oleh itu seorang perempuan yang bijak dapat menghayati batas-batas ini , kerana ia menyedari harga dirinya dan apa akibat yang akan timbul sekiranya ia bergaul bebas dengan tunangnya , lebih-lebih lagi apabila pertunungan diputuskan .

Tidak yakin untuk berumah tangga

Mengapa saudari tidak menyatakan sebab-sebab saudari tidak bersedia untuk berkahwin . Dari segi fizikal , seseorang wanita itu sebenarnya telah bersedia untuk diakahwini semenjak datand darah haid yang pertama lagi . Kedatangan darah haid seolah-olah satu isyarat bahawa keperempuanannya telah benar-bvenar matang .

Sekiranya saudari merasakan saudari terlalu muda untuk mendirikan rumah tangga , saudari sebenarnya tersilap .Perasaan takut yang wujud di dalam diri saudari adalah perkara biasa . Ini adalah kerana perkahwinan merupakan satu alam baru di dalam hidup saudari . Sememangnya sudah menjadi lumrah hidup kita apabila berhadapan dengan sesuatu yang baru , perbagai gambaran tentang perkara baru tersebut bermain di kepala kita .

 Gambaran-gamabran inilah yang menimbulkan perasan takut , gementar , tidak yakin dan sebagainya di dalam diri kita . Untuk mengatasi perkara , saudari mesti menanamkan keyakinan di dalam diri bahawa saudari BOLEH dan SANGGUP untuk menerima tanggujawab hidup berumah tangga .

Tanggujawab besar yang diamanahkan oleh Islam ke atas diri saudari . Percayalah bahawa apa yang dilakukan oleh ibu bapa saudari adalah untuk kebahagian hidup saudari . Apatah lagi dengan sifat yang ada pada bakal suami saudari , saya yakin saudari akan mendapati kehidupan berumah tangga adalah kehidupan yang membahagiakan . Hadapilah cabaran hidup ini dengan penuh keyakinan !

Persiapan yang perlu ada di dalam jiwa sebelum mendirikan rumah tangga

Alam rumah tangga adalah alam yang penting di dalam sesebuah masyarakat . Rosaknya rumah tangga bererti rosaknya masyarakat . Pada hari ini kita dapati terlalu banyak rumah tangga yang runtuh disebabakn oleh perkara-perkara yang remeh temeh . Oleh itu antara persediaan jiwa yang perlu ada di dalam diri seseorang sebelum memasuki alam rumah tangga ialah :

1) sikap bertolak ansur
2) banyak bersabar
3) sentiasa bersikap pemaaf
4) menjaga kata
5) belajar menonjolkan perasan kasih sayang kepada pasangan
6) memahami sikap pasangan . Ini adalah kerana manusia mempunyai tabiat yang berbeza .Umpamanya mudah merajuk , pemarah , pendiam , periang , suka berjenaka dan sebagainya .
7) tidak terlalu memberi perhatian kepada perkara-perkara remeh temeh . Berapa banyak rumah tangga yang hancur disebabkan oleh sikap isteri yang terlalu suka meminta-minta perkara remeh temeh seperti pinggan mangkuk yang mahal dan sebagainya .Akibatnya perkara utama di dalam kehidupan rumah tangga iaitu pendidikan anak-anak dan kebahagian mereka menjadi korban perkara remeh temeh tadi .
8) Jangan membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain .
9) Tidak bersifat buruk sangka kepada pasangan .

Tidak khusuk di dalam solat

Solat yang paling tinggi martabatnya ialah solat yang dilaksanakan dengan penuh khusuk . Firman Allah di dalam surah Al-Mukminun sewaktu menyebut sifat-sifat orang mukmin yang berjaya :

ÇáÐíä åã Ýí ÕáÇÊåã ÎÇÔÚæä

Maksudnya : "orang-orang yang khushuk di dalam sembahyang mereka .

Walaupun begitu solat yang dikerjakan dengan tidak khusuk tetap sah dan tidak perlu diulang .

Wallahua'lam