SOALAN

Doktor yang dihormati.. Apakah rahsianya unutk mengubat hati yang resah.? Terima kasih.

 

 

JAWAPAN

waalaikumussalam

A) Cara untuk membersihkan hati :-
1) Membaca al-Quran.
2) Istighfar
3) Selawat ke atas Nabi SAW
4) Khusyuk dalam solat
5) Taubat
6) Mendengar ceramah-ceramah agama
7) Banyakkan membaca doa ini selepas solat :-

Maksudnya : Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku betlindung denganMu dari 4 perkara tersebut.

[Hadis sohih: Tarmizi 5/519, Abu Dawud 2/92, Sohih al-Jami' Assoghir 1/410 dan Sohih Sunan Annasaaie : Al-albany 3/1113]

Maksudnya : Ya Allah, sucikan diriku dari dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan, Ya Allah bersihkan diriku dari dosa-dosa sebagaimana sehelai baju putih yang dibersihkan daripada kekotoran,Ya Allah, sucikan diriku dnegan salji dan fros serta air yang sejuk.

[Hadis Sohih : Annasaaie 1/198,199,Tirmizi 5/551, Sohih sunan Annasaaie : Al-albany 1/86]

B. Dengki :-

 

Saudari;

Ketahuilah sesungguhnya ramai otrang dengki dan tidak suka dengan apa yang telah saudari kecapi. Ini adalah fenomena biasa. oleh itu, Islam telah meletakkan garis panduan agar kita dilindungi oleh Allah dari hasad dengki orang lain.

1) Bersyukur di atas segala nikmat allah.
2) Membanyakkan puji-pujian bagi Allah.
3) Eratkan hubungan persaudaraan Islam sesama rakan-rakan sekerja.
4) Membaca doa ini setiap kali masuk ke pejabat :-

Maksudnya : Aku berlindung kepada Allah dengan kalimah-kalimah Allah yangs empurna dari kejahatan makhluk yang jahat.

[Hadis Sohih : Sohih Muslim no : 2708, Jami' Tarmizi no : 3433, sunan ibnu majah no : 3547, Musnad Imam Ahmad (6/377,409)]

Doa ini sangat penting kerana ia adalah senjata orang mukmin, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : Doa ialah senjata orang mukmin dan tiang agama serta nur (cahaya) langit dan bumi.

{Musnad Ahmad (2/362), Jami' Tarmizi no : 3367 (Kata Tarmizi : Hadis Hasan Ghoriib),Sunan Ibnu Majah no : 3829, Sohih Ibnu Hibban (2/115), Mustadrak Alhakim (1/490) disohihkan oleh Alhakim dan dipersetujui oleh Azzahaby dari hadis Abu Hurairah, Aal-Adabul Mufrad no : 712, Musnad attoyalisy no : 2585, dan diriwayatkan oleh attobary di dalam kitab 'ADDUAA' no : 28]

Sekian Wassalam.